Thursday, November 4, 2010

saya yang lebih berumur



Assalamulaikum Wa Rahmatullah

Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan, menghidupkan dan memberi kehidupan sebegini indah pada saya. Juga selawat salam kepda junjungan besar Nabi seluruh alam yang menunjukkan pada saya bagaimana mahu meneruskan kehidupan sebagai hamba dan Khalifah dengan baik di muka bumi tuhan.


Hidup sudah 23 tahun. Alhamdulillah, sekali lagi saya bersyukur saya punya apa manusia lain ada. Saya punya keluarga, kakak, abang, anak2 saudara yang ramai, Mak Baba, kawan-kawan, sedikit ilmu, sedikit iman, sedikit Taqwa. Dan saya punya belog ini yang bernama “rehlah2syahid” yang seperti sudah dekat menemui kematian yang bukan syahid. Sebab terlalu banyak rehat tanpa memberi apa2 manfaat. Keluar berperang sekali setahun. Masakan mahu syahid :)


Tulisan ini tribute utk diri sendiri. Saya sudah tahu, kenapa belog ini tidak berjalan. Kerana
saya bercita2 mahu menulis formal. Mengulas isu-isu semasa, ekonomi, politik, antabangsa, membahas ilmu2 yang saya tahu dan belajar. Seperti mahu membuat kertas kerja utk persidangan Antarabangsa lagaknya. Jadi sebab itu ia tidak berjalan. Kerana beberapa sebab. Besar sungguh impian. Tp kini saya sedar, ia bukan di blog ini. Ianya ditempat lain. Jadi dengan ini saya mengisytiharkan : ini bukan belog yang ILMIAH. Jadi jika ada yang mahu membuang saya dari senarai blog listnya-saya sangat berterima kasih
:)


Saya kini di tahun akhir pengajian, Alhamdulillah. Dengan pointer yang tidak secemerlang ini, saya akur. Salah diri sendiri. Wallahu’alam. Dan Insya Allah, saya akan menyambung Syariah setahun lagi. This is my passion. Doa kan saya ya. Saya semakin tahu, dan akan banyak lagi yang saya sebenarnya belum tahu. Suku abad kehidupan saya ini (23 tahun) saya banyak belajar. ALLAH! Saya menjadi manusia yang tidak suka menyimpan memori. Saya tidak suka bergambar. Biarkan memori itu berlalu dan saya akan cuba deletekan dari hardisk kehidupan saya. Ini kerana saya rasa melihat apa yang pahit itu akan memusnahkan segala yang manis. Jangan pandang belakang! Huh! Sangat tragis kan. Tp bila difikir kembali, tiada apalah Busyra……inilah kehidupan. Tragedi sekolah, matrik, university bukanlah tragedy Oktober dlm hidup anda. Sehingga saat ini anda masih boleh terus tersenyum dan makan cucur pisang di bilik sebelum bertolak ke meting. Bukankah Allah masih terus memberikan kehidupan yang diminta. Allahu! Tidak tahu saya ini hamba jenis bersyukur atau tidak?


Ya, mungkin ada yang berkata. Kamu tidak ada sakit kronik, kamu masih ada ibu ayah, kamu belajar di Universiti dan etc. Saya akui, Alhamdulillah. Tapi adilkah tuhan memberi saya hidup sebegini tanpa diiuji. Dan tuhan pun menguji saya dengan sedikit ujian kehidupan sebagai seorang Daie. Menguji dengan nikmat kehidupan dan tanggungjawab. Tidaklah seberapa berbanding mereka yang lain. Itupun saya masih dengan susah payah menghadapinya. Ketahuilah diuji dengan nikmat itu lebih susah dilalui berbanding derita. Kita tidak merasakan nikmat itu satu ujian kerana kita tidak nampak inikah ujian? Sahabat2 kita di Palestine, diuji dengan sengsara yang nyata. Nampak jelas. Dan mereka berkata, inilah ujian Allah. Hadapilah dengan kuat dan tabah dan tegakkan agama hingga ke titisan darah terakhir. Tapi kita di Malaysia yang dilimpahkan dengan segala kemewahan. Tahukah kita tuhan sebenrnya menguji kita, sehingga kita tidak mampu mempertahankan agama walaupun dalam hal paling mudah. Allahumma Amin. Hakikatnya, ujian nikmat atau diuji sengsara, saya tidak punya kudrat untuk menghadapinya berseorangan tanpa Allah membantu dalam setiap denyut darah yang mengalir. Begitu lemah dan hina saya disisi tuhan. Hingga mahu ke kelas pun saya memohon Allah memberikan kekuatan


Dan saya tidak dapat membaca bagaimana kehidupan saya akan datang. Anda juga. Hatta kehidupan seminit selepas ini. Rasa lemah, putus asa, hilang semangat, tidak kuat perkara alami dalam hidup. Kerana kita manusia. Hatta yang punya ilmu agama juga pernah punya perasaan seperti mahu mati saja. Nabi-nabi kita dahulu juga pernah rasa tidak semangat. Tapi bagaimana mahu membangkitkan semangat? Itu formula yang wajib dicari.


Saya mendoakan moga tuhan tidak pernah meninggalkan saya pada setiap saat yang begerak. Setiap titis darah yang mengalir dalam tubuh, setiap nafas yang dihela, setiap niat yang terlintas, setiap gerak yang dihayun dan setiap amal yang dilaksana. Saya tidak tahu masih adakah lagi baki amal dalam akaun amal saya ataupun sudah habis membayar harga dosa yang dibuat atau tuhan tidak pernah menerima amal saya. Allahu….anta maqsudi wa ridhoka matlubi. Saya doakan diri saya dan juga anda sentiasa diingatkan tuhan setiap kali kita lupa atau melakukan dosa. Doakan saya….jika ditaqdirkan tuhan saya masih hidup 10 tahun akan datang, moga sempat saya berjuang untuk Islam dan mohon dimaafkan segala dosa. Bukan hanya kerana saya mahu masuk syurga. Tapi supaya Islam terus terpelihara dan mencapai kemenangan. Jika ditaqdirkan dalam 10 tahun lagi saya sudah dipanggil pulang, mohon dimaafkan segala dosa. Hak-hak yang tidak tertunai. Doakan saya berjaya tatkala di hadapan TUHAN RABBUL JALIL. Doakan saya….doakan saya. Moga saya dihimpunkan bersama anda di SYURGA……….


Busyral Huda Husain

23 tahun (22.10.1987)

4/11/2010

Pilihan Raya Galas

Tuesday, August 10, 2010

Ro.Mim.Dhod.Alif.Nun



Ro...
Rasa hatiku melimpah ruah
Mengalir deras ke segenap urat darah
Bergenang tenang di pelupuk jiwa
Sejuk nyaman cintaMu aku rasa
Kau hadirkan ia bagai cahaya


Mim...
Mahu sahaja aku berteriak kuat
Bersujud rapat di kaki langit cintaMu
Tuhan, terima kasih memberiku peluang
Bertemu kembali bulan cinta memadu rindu
Saat hatiku mengeras titik hitam kelabu


Dhod...
Dalam sinar terang kenapa aku masih teraba
Sedangkan tuhan sudah tunjuki jalan ke syurga
Insan, akhirat itu tempat pulang
Dunia pula sementara cuma
Dan aku seperti terus tidur walau jaga


Alif...
Apa lagi sebenarnya yang aku mahu
Saat aku kegelapan Kau memberi cahaya
Saat aku berdosa Kau memberi cinta
Tuhan, jangan pernah tinggalkan aku walau sesaat
Berilah peluang si berdosa ini bertaubat


Nun...
Nur kasihNya bersinar gemilang cerlang
Rahmah tuhan seperti seribu bulan
Maha suci tuhan Yang Maha Pemurah
Ramadhan Mubarak yang penuh berkah
Bulan pahala, bulan muhasabah
Ro.Mim.Dhod.Alif.Nun~ Ramadhan

Ahlan... Ahlan...wasahlan

Busyral Huda
Evidence
4.oopm
29 syaaban

Thursday, July 22, 2010

Return

Alhamdulillah, Sudah setahun rasanya saya tidak menulis di dalam "Block" ini. My mental "blocked". Dua kali cuba utk menulis ketika negara berdegung degang dengan beberapa isu. Tapi kedua-dua cubaan itu gagal. Pertama kerana saya tidak sempat save, dan kedua kerana di blackoutkan. Betullah, jika betul-betul mahu, perlu sungguh-sungguh. Kali ini percubaan ketiga. Jika saya berjaya menulis sehingga "wallahu 'alam, bermakna saya berjaya!. Doakan.



Words is shaper than swords. Pencil is shaper than bayonet. Masakan tidak, dengan hanya sepucuk surat yang dihantar oleh Raja Sulaiman kepada Puteri Balqis sudah mampu menggegarkan negara Saba'. Bukankah Nabi Muhammad hanya menghantar sepucuk surat kepada Kisra , Heraklius dan Muqauqis sebagai pembuka kepada jalan dakwah yang gemilang? Inilah yang saya cuba lakukan. Perhaps. Moga2.



Dan diantara cabaran yang perlu dilalui ialah "MALAS" dan "SIBUK". Saya bukan mahu menulis perkara yang besar2, complicated, pasaran saham dunia atau kajian saitifik. Saya hanya mahu menulis. Saya hanya mahu berkongsai. Bukankah ulama'2 dulu begitu bersungguh-sungguh menulis? Imam Nawawi r.a Sudah menulis berkajang2 ilmu walau di usia muda dan menjadi rujukan hingga ke hari ini. Masih ingat saya pada makamnya Imam Nawawi. Sepohon pokok tumbuh tinggi dan berdahan-dahan bercabang-cabang tepat dia diatas makamnya. Menandakan ilmunya yang banyak bercabang2. Subhanallah!



Al-Faqid la tufidu syai.. Malas menulis membawa kepada malas membaca. Malas membaca hidup akan jadi sia sia. Saya mahu bermanfaat kepada orang lain. Yang paling penting bermanfaat kepada diri sendiri:) Jika lalai di kemudian hari, saya boleh berkata "oh, tidak baik berbuat begini, kerana dulu aku telah menulis begini".Moga2 saya tidak hangat2 tahi ayam. Kalaulah ini berlaku, saya akan officially menutup blog ini. Wish me luck!


Wallahu 'alam


Wednesday, February 10, 2010

YB Nizar journey of justice

Bite ur finger.Behind the scene, Nizar's case decision was more to preserved policy rather than to preserved the LAW. On basis that Perak State will be more chaos, the status of contract that already signed, the budget, the decision in meeting etc. No dissenting judgment. Ijma'!. This is what we have been discussing in class.

Three question been raised up by Nizar:

1. Whether the MB’s post is vacant when he did not resign; none of his peers had passed a vote of no confidence against him; he had asked the Sultan to dissolve the state assembly and start the process for fresh elections and was rejected.

2. Who decides that he has lost the confidence of the state assembly?

3. Who has the right to sack him if he refuses to resign?

Answer:

  • Yes. (To quote: “The answer to the first question will be in the affirmative;)
  • Yes. (“As for the second question, our answer is that under Article XVI(6) the question of confidence in the MB may be determined by means other than a vote of no-confidence in the LA;”)
  • Yes. (“As for the third question our answer is that if the MB refuses to tender the resignation of the Executive Council under Article XVI(6) the MB and the Executive Council members are deemed to have vacated their respective offices.”)
Chief Judge of Malaya Arifin.However, we would add that this is by no means the end of the matter, as it is always open to the appellant [Nizar] to bring a vote of no confidence against the respondent [Zambry] in the LA [Legislative Assembly] or make a representation to HRH [His Royal Highness the Sultan of Perak] at any time if he thinks that the respondent does not enjoy the support of the majority of the members of the LA"


What is the biggest implication in Nizar's case decision? Finally, Royal voice –Sultan n Raja- being heard, have more authority and power. Don’t be surprise if Sultan can reject the Menteri Besar, so do can reject the PM if he thinks there is no confidence from the Dewan and rakyat . No more act on advice~ this is Federal Court Judgment by 5 judges with no dissent


Sunday, January 17, 2010

Jadilah kita Fuqaha' bukan Khutaba'

Sejarah dan sekadar kekaguman


Saya terbaca satu buku yang sangat menarik. Kerana penulisnya berani untuk menetang arus norma pemahaman masyarakat apabila mengatakan tidak percaya sejarah mungkin berulang kembali. Dalilnya ialah kerana evolusi atau kelansungan penciptaan merupakan satu Sunnatullah dalam alam. Allah tidak berhenti menciptakan sesuatu yang baru dalam alam ini.

“ Setiap waktu Dia dalam kesibukan “ (Ar-Rahman : 29)


Penulis buku itu juga percaya di dalam sejarah tidak terdapat teladan. Sejarah telah banyak sekali menunjukkan contoh bahawa sebab-sebab yang mengakibatkan binasanya umat dan generasi selepas itu tanpa dapat mengambil sedikit pun darinya.


“ Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah. Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari umat-umat yang lain. Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari kebenaran” (Al-Fathir : 42)


Akan tetapi di dalam sejarah terdapat ketentuan-ketentuan yang memandu semua peristiwa kepada arah yang dikehendaki. Pendapat saya, ini adalah penyataan sinis penulis kepada masyarakat sekarang ; kita yang tidak pernah mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Impliedly, it shows how arrogant we are.



Mendoktin minda dengan pemahaman



Semester baru yang telah berlalu beberapa minggu ini turut membawa kepada beberapa pertukaran pimpinan, terutamanya pimpinan kampus. Jadilah kita Fuqaha’ bukan Khutaba’. Fuqaha’ iaitu mereka yang benar-benar memahami berbagai-bagai ketentuan, bangkit dan runtuhnya masyarakat serta pandai mengaplikasikan ketentuan-ketentuan tersebut. Mereka yang bergelar fuqaha’ ini, akan memimpin umat kepada kemajuan dan kemenangan. Adapun umat yang diatur golongan Khutaba’, iaitu orang-orang yang ahli berbicara, yang hanya pandai bermain perasaan dan sentiment, maka umat itu akan terus dipersonakan dengan pelbagai-bagai harapan yang dijanjikan khutaba’. Ini menyebabkan apabila mereka menghadapi pelbaga-bagai cabaran, mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan lalu mereka gagal dan menjerumuskan mereka yang dipimpin ke pada kebinasaan.


Rasulallah bersabda “ Sesungguhnya kamu sekalian berada pada suatu zaman, banyak ulama’nya dan sedikit khutaba’nya. Barangsiapa meninggalkan sepuluh dari ajaran yang diketahuinya nescaya akan binasa. Dan akan datang kepada manusia suatu zaman, sedikit ulama’nya dan banyak khutaba’nya. Barangsiapa berpegang teguh dengan sepuluh ajaran yang diketahuinya, nescaya akan selamat”.



Sirah menunjukkan bagaimana Fiqh Rasulallah telah mengalahkan Khitabah Abu Jahal. Buktinya pada peperangan Badar. Rasulallah telah mempersiapkan pengikutnya sejak 12 tahun sebelum berlakunya peperangan Badar. Disini, Baginda menunjukkan ‘teladan terbaik” tentang pengorbanan juga ikatan kasih sayang dan iman di dalam maksud hijrah. Baginda telah berjaya menggerakkan kekuatan yang sedikit itu dengan kerelaan berkorban untuknya dan pemahaman yang jelas ketika mereka benar-benar turun ke bumi Badar. Adapun Abu Jahal telah memberikan “teladan yang baik” untuk menggerakkan kekuatan dengan cara mengerutkan kening, membangkitkan kepahlawanan melalui pidato yang gempak, menggelora dan menggegarkan.


Demi Allah, kita tidak akan kembali sehingga berjaya membebaskan Badar. Setelah itu kita akan minum-minum khamar, para penyanyi akan menyanyikan lagu untuk kita dan semua orang arab akan mendengar tentang kita dan perjalanan kita sehingga mereka akan menghormati kita sampai bila-bila


Pidato tersebut ternyata berkesan mempengaruhi para pengikutnya dan berhasil membentuk pasukan Quraisy sebanyak 3 kali ganda daripada pasukan muslimin yang hanya 313 orang. Apabila kedua-dua pasukan itu bertembung, ternyata ‘fiqh’ nabi menghancurkan ‘khutaba’ Abu Jahal.


Namun sejarah dulu dimulakan kembali oleh para Zionis Israel. Mereka mendalami Sirah lebih dari kita. Maka pada tahun 1967, Israel mempraktikkan satu sudut dari strategi rasul dengan memberikan kepada bangsanya ‘teladan tertinggi’ yang membuatkan bangsa itu rela bekorban untukknya, mempersatukan barisan mereka, mempersiapkan mereka dan memanfaatkan mereka. Dan ketika negara itu keluar bersama mereka, dengan sangat baik dia mampu memanipulasi geografi dan kekuatan peperangan. Pada method yang lain masyarakat Arab mempraktikkan method ‘tanpa persiapan” Abu Jahal. Mereka tidak memberikan teladan tertinggi serta meninggalkan bangsa itu tanpa ikatan, kecuali ikatan suku, bangsa, kaum dan kemaslahatan sendiri. Apabila gendang perang dibunyikan mereka mendatangkan para artis penyanyi dan dengan berapi-api menyampaikan pidato


Demi Allah, kami tidak akan kembali hingga berjaya menghanncurkan Israel beserta orang-orang yang ada dibelakangnya serta berjaya memasuki Tel Aviv dengan nyanyian UMI KALSUM

Kedua-dua kelompok itu bertempur selama 6 jam dan sekali lagi strategi fiqh Rasul yang digunakan Israel mengalahkan Khutaba’ cakap berapi Abu Jahal.



Kita?


Pernah dengar kata-kata “ Berjuanglah kerana kefahaman, bukan kerana semangat hammasah semata-mata”. Trend semasa menunjukkan samada di masyarakat luar mahupun dalam kampus ‘perjuangan’ hanya bermula apabila siren pilihanraya diumumkan. Dan tatkala waktu itu datang, maka kita akan melihat perlbagai reaksi samada dari mereka yang memimpin atau yang dipimpin. Pada waktu inilah kita akan melihat ceramah- ceramah secara marathon berapi-api, juga tidak ketinggalan “kemurahan” hati menghulurkan wang-wang belanja, sogokan juga slogan masyarakat dekat dihati rakyat. Hatta jalan raya yang dulunya berwarna merah menjadi hitam hanya dalam satu malam. Diperingkat yang dipimpin, waktu inilah menunjukkan taat setia walau tidak pernah sekalipun turun ke usrah atau waktu inilah masa mempersoalkan pelbagai masalah dan hukum hakam, menghambur segala kritikan walau tidak pernah sebelum ini terlibat atau menghulurkan bantuan.

Kita di peringkat kampus juga sedikit sebanyak terkena tempias. Jika method ‘tanpa persiapan” Abu Jahal yang digunakan, maka pada waktu inilah pemahaman secara marathon diberikan. Pada fatrah peranglah segala buku-buku haraki dibaca dan difahami. Maka keluarlah segala sirah peperangan, hadis-hadis semangat dan lain-lain yang dipaksakan untuk diterima. Di waktu ini juga mereka yang dipimpin mempersoalkan pelbagai perkara, menolak melakukan pengorbanan dengan pelbagai alasan, mempersoalkan tentang hak dan lain-lain.



Hakikatnya, kita masih belum faham atau kita masih gagal memberikan pemahaman sepertimana nabi membawa para syahid Badar. Kita bergerak tanpa ruh dan semangat yang memenuhi jiwa. Kita masih tidak mampu mengorbankan hidup kita demi perjuangan. Kita masih tewas dengan bisikan-bisikan syaitan yang mahu mengalahkan. Sebenarnya sahabat-sahabat, Kita masih tidak faham apa yang kita perjuangkan! Maka carilah makna di sebalik semua ini. Jika yang kita bawa itu adalah Islam agama yang kita pegang…sungguh tiada yang dapat menyekat kemaraan kita. Moga apabila janji tuhan Islam akan menang sudah terbukti , kitalah yang menjadi salah seorang yang memegang panji!

Wednesday, January 13, 2010

Saya berhenti sekejap

Tiada istilah berhenti dalam diari seorang muslim. Saya hanya berhenti berblogging. Banyak sangat perkara yang berlaku dan tak tau nak menulis yang mana. I'm afraid its gonna be so controversial. Apapun biar sekejap semua ini reda...sebut sket. Viva Palestina, GST, Herald, Pilihanraya kampus, menolak amanah, penganiyaan kpd orang lain, tanggungjawab, AGM SRC, "Khaulah", Klinik 1 Malaysia, Bakar gereja, provokasi, keyakinan, kefahaman, pengorbanan, kepala sendiri, pentingkan diri, matlamat UBM, Kenduri kahwin, beralasan, semangat, motivasi, Tawakkal, yakin, kuat hati dan sebagainya.

Hanya mohon redho Allah dan bantuannya...ternyata ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Busyral Huda
13/01/10

Monday, November 23, 2009

Warkah dari Baitul 'Atiq



Orang sudah ramai memenuhi balai berlepas. Kelihatan pelbagai perasaan dan rasa tergambar di wajah masing-masing. Pasport, tiket dan beg sandang yang mengandungi dokumen-dokumen penting aku pegang erat. Ada seorang pakcik tua terkumat-kamit mulutnya di kerusi hujung. Wajahnya tenang. Sedang berzikir pastinya, telah aku. Pakcik itu tersenyum padaku dan senyumannya ku balas ikhlas. Tiba-tiba wajah walidku menjelma di ruang mata. Ya Allah, di kala ini sungguh rinduku pada walid mendatang. Aku jadi mendadak sebak. Ah, walid. Masih aku ingat petang sore itu, tatkala langit rembang kemerah-merahan, walid pulang tergesa-gesa sambil memeluk aku. "Ziyad, walid dapat naik haji tahun ini". Muka walid bercahaya sambil memegang surat dari Tabung Haji. Aku jadi tidak terkata sambil membalas erat dan bertahmid perlahan. "Alhamdulillah, akhirnya Allah sudi menerima walid sebagai tetamunya". aku tahan sedu. Lantas kakak-kakak dan abang-abang dihubungi. Malam esoknya, walid membuat kenduri kesyukuran. Seekor kambing tumbang sebagai tanda syukur pada Allah. Dan walid tidak henti tersenyum dan kadang-kadang ada air bertakung di celah matanya.




"Abang, dah boleh masuk. Mari". Isteriku tiba-tiba menegur lamunan. Wajah walid hilang sebentar dari pandangan. Pesawat MAS 343 ditempah khas oleh Tabung Haji tahun ini untuk membawa jemaah ke tanah suci. Aku mengambi kerusi tepi sekali di tingkap. Bertukar tempat dengan isteriku, gayat katanya. Al-Quran, Tasbih dan buku panduan haji aku keluarkan dari beg sandang sebagai bekalan perjalanan panjang. Tatkala pesawat mulai berlepas seorang ustaz membacakan doa. Para steward dan stewardess mula sibuk memenuhi permintaan jemaah. Alhamdulillah, paramugari berbeza sekali pakaiannya kali ini. Mungkin malu dengan pakcik dan makcik yang nak ke Mekah. Kerap kali keluar negara membuatkanku sudah terbiasa dan tidak mengalami masalah. Aku berbasmallah, bersyahadah dan berdoa moga musafirku ini deredhoi dan diterima Allah. Kemudian, sambil megingatkan isteriku disebelah, aku memperbaharui niat. Aku kini sedang menuju ke rumah Allah. Sedang melangkah dengan penuh rasa hina bertemu tuhan, menunaikan rukun islam kelima di Baitullah Al-haram. Aku terus berdoa dan berdoa sambil meraup wajah. Ya Allah...terimalah kedatangan hamba Mu ini. Dan lampu pesawat mulai malap.



Mana mungkin aku lupa, betapa tidaknya walid begitu gembira. Bapa tunggal 5 anak ini cukup cekal hatinya. Sanggup berkorban segalanya untuk kehidupan anak-anak hingga ke umur tua. Beberapa kali tawaran haji walid tunda semata-mata mendahulukan pengajian kami adik beradik. Hingga di hujung usianya, akhirnya dia diberi kesempatan dari Allah untuk menunaikan rukun Islam ke 5 ini. Perlahan aku keluarkan sampul surat dari celah buku panduan haji. Tanpa ditahan, airmata mula mengalir deras. Inilah surat yang dikirim lewat pakcik Yahya dari walid padaku beserta berita sedih yang menyentak jiwa. Walid kembali kepangkuan tuhan ketika sedang bersujud di Hijr Ismail sewaktu menghabiskan Tawaf Wada'nya. Waktu itu aku masih ditahun akhir pengajian Kejuruteraan di UIA. Dalam samar-samar cahaya, aku membaca untuk kesekian kalinya surat tulisan tangan seorang guru itu sebelum kakiku menjejak tanah haram.



Assalamualaikum , anakku Ziyad Ibrahim


Harap Ziyad dan semua sihat dibawah jagaan Allah. Walid disini juga sihat dan gembira menunaikan ibadah. Anakku, walid dapat merasakan bahawa walid akan tinggal lama di rumah Allah ini. Mungkin untuk selama-lamaya. Jadi walid menulis surat ini untuk menceritakan perasaan gembira walid dan kenangan paling indah walid menunaikan ibadah Haji di Baitullah. Moga nanti bila sampai masa Allah menerima Ziyad dirumahNya, Ziyad akan dapat beribadah dan merasakan manisnya bertemu dengan tuhan seperti yang walid rasa. Anakku Ziyad, dalam surah Al-Hajj ayat ke 27 yang bermaksud " Khabarkanlah kepada sekalian manusia manusia itu untuk melakukan ibadat Haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta, meraka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh". Walid juga berharap diampun segala dosa dan mendapat haji mabrur seperti hadis nabi “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim".



Anakku Ziyad, pada pagi hari tanggal 8 Zulhijjah, walid berihram untuk haji dari tempat tinggal walid dengan mandi terlebih dahulu dan memakai ihram. Terasa dada walid begitu berdebar untuk melaksanakan ibadah haji. Air mata walid tidak henti-henti mengalir ketika kami semua membaca kalimah talbiyyah. Labbaikallahumma Labbaik...Labbaikala syarikalabbaik....

"Aku sambut panggilanMu untuk menunaikan ibadah Haji. Aku sambut panggilanMu Ya Allah, Aku sambut panggilan Mu, Tiada sekutu bagi Mu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kerajaan adalah milik Mu, tiada sekutu bagi Mu....."



Kemudian walid bertolak ke Mina.Solat Zuhur, 'Asar, Maghrib dan 'Isya' di sana dengan mengqasar solat-solat empat rakaat. Apabila matahari telah terbit pada tanggal 9 Zulhijjah, walid mula menuju ke Arafah dan berdiam disana sehingga matahari terbenam. Sungguh waktu ini anakku, perasaan walid tidak dapat ditahan. Walid terbayang muka arwah ummi dan muka anak-anak walid semua. Terasa seperti sedang dihisab Allah di Padan Mahsyar. Tambah-tambah hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Haji Akbar kata ustaz. Terasa Allah sedang berbicara dengan walid. Maafkan walid andai tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan sempurna.



Ketika Matahari mulai terbenam, walid tinggalkan Arafah dan menuju Mudzalifah. Walid tetap disitu untuk berdoa dan berzikir sampai mendekati terbitnya matahari. Walid mendoakan kamu semua. Semoga diberi kebaikan di dunia dan akhirat. Kemudian walid mula berjalan menuju Mina. Di Mina, walid melempar jamrah Aqabah sebanyak 7 kali dan bertakbir. Keadaan manusia sangat sesak. Hingga walid mengalami kesukaran bernafas. Namun Alhamdulilah, Allah mempermudahkan urusan walid. Walid terus melakukan kurban dan mencukur rambut selepas itu.



Pada saat ini walid sudah boleh bertahallul dan memakai pakaian biasa. Walid meneruskan perjalanan ke Mekah dan membuat Tawaf Haji seterusnya Sa'ie diantara Safa dan Marwa. Ketika walid terpandang akan Kaabah Assyarif, ada rasa sejuk menusuk dada walid. Sekali lagi airmata walid tidak dapat ditahan. Perasaan ini tidak dapat digambarkan anakku. Ianya sangat mengharukan. Walaupun dengan kudrat walid yang tidak seberapa ini, walid masih dapat melakukan semua ibadah dengan baik. Alhamdulillah. Walid kemudian kembali ke Mina dan melontar di tiga jamrah. Dan saat walid menulis ini...walid agak tidak berapa sihat. Mungkin kerana tidak biasa dengan cuaca disini. Walid sebenarnya sangat sedih meninggalkan Baitullah. Walid pasti sangat sedih ketika melakukan Tawaf Wada' nanti. Apabila selesai Tawaf wada' nanti walid akan menelefon Ziyad di Malaysia. Doakan walid sempat mengucapkan selamat tinggal pada Baitullah..



Ziyad anakku, maafkan segala kesalahan walid. Doakan walid mendapat haji yang mabrur. Walid sangat bersyukur dikurniakan anak-anak seperti kamu semua. Doakan walid di dunia dan di akhirat sana. Ingatlah anakku, Haji itu ibadah yang yang membawa kita bertemu yang Esa. Membawa diri yang hina untuk bersujud dan menyerah diri pada Allah. Persiapkanlah diri kamu. Inilah diantara ni'mat yang terbaik dikurnia Allah. Moga nanti Ziyad juga mendapat haji mabrur dan kemanisan dalam beribadah. Salam sayang dari walid Ismail untuk anaknya Ibrahim

Ismail Isa
Makkah Al- Mukarramah



"Encik, sekarang dah masuk waktu subuh". Suara paramugari mengejutkan aku. Tertidur rupanya aku. Surat walid aku dakap erat. Ada sisa air mata di kelopak aku sapu. Isteriku disebelah sudah tiada, ke tandas mungkin. Surat walid aku cium dan masukkan ke dalam beg sandang. Sekejap lagi pesawat akan tiba di Bir Ali dan aku akan mula berniat di situ. Maka bermulalah pengembaraan rohani ku bertemu Allah. Walid, tunggu Ziyad di sana..Batullah Al-Haram...



___________________________________________________________________


Saya belum ada rezqi menunaikan haji mahupun umrah. Jika ada sebarang kesalahan dalam cerpen ini, mohon sudi membetulkan. Ianya melalui pembacaan dan pembelajaran saya. Namun setiap kali tiba Zulhijjah, saya jadi begitu teruja. Moga nanti Allah sudi menerima saya nanti menjadi tetamuNya. Doakan saya semua. Haji Mabrur semua, insya Allah :)
Busyral Huda
6 Zulhijjah 1940H