Tuesday, March 29, 2011

Fitnah untuk para pejuang


Bismillah wal hamdalillah

I've done my first paper, Alhamdulillah... Alternative Dispute Resolution and next paper will be this coming Wed 31. Bercakap tentang peperiksaan, ilmu dan kehidupan. Saya bukanlah orang yang layak. Cuma sedikit perkongsian tentang pengalaman hidup yang tidak seberapa.


Kehidupan sekolah cukup banyak mengajar saya. Dan tempat pertama saya dibina dengan Tarbiyyah ialah sekolah MMCY. Sangatla baik saat itu. Ketika saya mula mendapat tawaran menyambung pelajaran di UIAM, hati saya memang berbolak balik. Perasaan apakah ini? mahu protes pada makbaba kerana tidak mengizinkan saya menyambung pelajaran di tempat yang saya impikan? Mahu gembira kerana mendapat jurusan undang-undang walaupun ianya pilihan ke 5 saya? Mahu sedih? menangis? akhirnya saya mengambil keputusan REDHO. Saya berkira-kira mahu menukar jurusan ke Ilmu Wahyu namun setelah 5 tahun saya memberikan kehidupan saya bernafas di bumi UIAM, sekarang saya sudah sampai ke klimaksnya. Dan inilah saya menempuh saat-saat getir peperiksaan akhir sebagai pelajar undang-undang.


Nasihat ini saya nukilkan khas untuk adik-adik saya yang masih muda berjuang di medan kehidupan sebagai seorang pelajar undergraduate. Sepanjang melalui proses membina diri, saya dapat melihat beberapa kesalahan yang telah saya buat. Samada ianya satu kesilapan diri sendiri atau inilah apa yang telah ditakdirkan untuk saya supaya saya belajar dengan kehidupan. Bergelar aktivis mahasiswa dalam masa yang sama pelajar. Apa yang pelik? Tak ada yang pelik malah ada orang yang lebih hebat dari ini. Tapi peliknya datang dari diri individu itu sendiri. Suka saya kongsikan, sepanjang tempoh final exam ini saya asyik melayari laman web berkenaan biasiswa, master dan program-program luar negara. Dan akhirnya saya senyum sendiri. Aku tidak layak! Beberapa hari saya down dengan pencapaian akademik saya, pencapaian kokorikulum saya yang sangat berbeza tika saya di sekolah dulu. What i've done? Saya seperti ditampar. Kecewa, sedih, rasa tidak berguna. Saya menyalahkan diri, kehidupan lepas, persekitaran. Namun Alhamdulillah, akhirnya saya nampak dimana cacatnya yang saya namakan proses sedar diri.


Adik-adik, perjuangan nombor satu, pelajaran bukan nombor dua. Ini adalah FITNAH pada ahli gerakan. Dan bagi saya ini adalah FITNAH kepada agama. Kegagalan ini berpunca dari diri kita sendiri. Gagal membahagi masa, persepsi yang salah, dan MALAS! merasakan apa yang dibuat ini benda baik, dan akan dibalas oleh Allah. Ya, benar. Tapi bukan bermakna kejayaan akan datang dengan begitu mudah tanpa membaca buku, pergi ke kelas dan membuat tugasan. Tiada semangat, sibuk, dan mahu berjuang. Bukankah menuntut ilmu juga JIHAD dan alangkah indahnya jika kita mampu melaksanakan 2Jihad pada satu masa. "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri". Terang lagi nyata statement dari Tuhan bahawa, Dia sama sekali tidak akan memberikan sesuatu dengan begitu mudah. USAHA dulu, baru redho. Kecuali anda dilahirkan sebagai Prodigy, GENIUS. Bear in mind, Everything has its own price!


Sungguh disaat-saat akhir pengajian saya semakin merasakan nikmatnya menuntut ilmu. Ilmu tuhan bukan hanya bermaksud ilmu Agama, malah scopenya cukup besar. Ini persepsi saya sebelum ini. Alangkah seronoknya kawan-kawan saya belajar ilmu mengenai tuhan sedangkan saya belajar ilmu org KAFIR! Astaghfirullah... Dangkal sungguh pemikiran. Sungguh ilmu tuhan itu cukup besar dan akhirnya akan berbalik kepada DIA juga.


Dan kini saya mencari semangat baru. Apalah guna kehidupan jika mahu terus bersedih dengan kegagalan? Saya masih belum gagal. Tapi saya sedikit lari dari trek dan sedikit tertinggal di belakang. Dan saya bersedia untuk berlari laju dan berlumba untuk mencari redho Allah. Saya tetap gembira dengan apa yang telah saya harungi sebelum ini. Dunia takkan terhenti kecuali datangnya kiamat. Selagi bernafas, hiduplah dengan sebenar-benar kehidupan dengan redho Allah. Bak kata Maher Zain, "ada jalannya". Jadikan" Inna ma'al 'usri yusra" dan "La taisau min rahmatillah" sebagai lagu tema hidup kita.


Melihat laman-laman web biasiswa, pengalaman pengajian di luar negara saya jadi termotivasi dan tercabar. Hingga terasa ubun-ubun saya berasap ^^ (oppss, terhyperbola) Buatlah peperiksaan terakhir ini dengan sebaik mungkin. Doakan saya sempat menyambung Syariah LLB_S nanti dengan sihat dan bersemangat. Hanya 1tahun. Dengan pointer baru. Dengat niat dan azam baru. Ingin saya kongsikan dengan adik2, mari cekapkan diri kita dengan bahasa. Ini target saya. Untuk menguasai Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik. KUASAI bukan bermakna boleh sket2, tapi kalau boleh sampi berhabuk. YOSH. Insya Allah. Tiada yang mustahil. Bukankah dari darjah satu lagi kita telah belajar? Saya menyimpan cita-cita besar, Moga ianya didengar tuhan. Jika saya masih bernyawa, bagaimanakah saya 10 tahun nanti? Dimana saya berada? Sangat suprise Ya Tuhan. Mari usaha dan berdoa (n_n) Jangan takut untuk bermimpi~

Motivasikan diri anda dengan cara anda. Itu motivasi terbaik! Berjuanglah dengan darah dan air mata. Paling penting dengan hati yang Ikhlas menegakkan Islam yang tertinggi

P/S: Oh, satu perkara mustahil yang saya rasa sudah menjadi tidak mustahil. Walaupu sampai sekarang saya masih terkejut dan merasakan ianya mustahil bagi saya.~ 2008, saya ke Syria. Alhamdulillah. See? Nothing impossible dengan kuasa TUHAN. *wink

With love;
Busyral Huda


Saturday, March 26, 2011

The war is just to begin

Yeah! saya nak jadi Komander perang!

Bismillah wal hamdalillah

My final exam is just around the corner and you know it is my season finale! Allahuakbar. It is a WAR! 28 March, the haunted date. Last exam, last semester and last year. Please makes me a du'a. Alhamdulillah, finally after years. I cant deny the obstacles and hardship faced. Fighting with yourself. Loss spirit, laziness, time constrain, loss attraction and all sort of bad side of studying. It is just undergraduate Busyra...not Master or PhD. Law is not my passion at the beginning. But now, i realized that finally i fall in love with you Mr Law. But it's too late ^^. Perhaps, it is not the end of my journey in seeking knowledge. The knowledges of Allah are sooo wide. Insya Allah, i will pursue my study in LLB_S. Syariah for another one year. HAH, this is what i called a 'passion'. Absolutely i am getting old here, undergo my undergraduate while others already working, finishing their master and making children. What to do. I have faith in what God had planned for me. I wish it is the best decision. There is always reason and Hikmah in what we do.


I pray to Allah to give me spirit and the strength. I am nothing but a servant. I hope for du'a from everyone. Hidup bergelar pelajar adalah kenangan hidup yang menyeronokkan. Tapi saya tidak melakukanya dengan terbaik. Hmm. Menyesal tiada gunanya. Apapun jangan pandang belakang. Jika diizinkan Allah, masih panjang perjalanan di hadapan. Mulakan kembali. Tiada istilah terlambat. Saya mendoakan anda juga. Moga kita semua Berjaya!

"Ya Allah, selamatkan dunia Islam. Selamatkan Malaysia negaraku, selamatkan Syria negara kedua ku"

With love
busyral huda

Wednesday, March 9, 2011

makes me Dua'

Fighting!

Bab 1

Langit hitam pekat. Bintang timur dan barat berkelip-kelip indah. Bulan penuh malam itu kelihatan berseri-seri. Angin malam Jumaat bertiup sedikit kuat. Berdesir menerbangkan daun-daun kering di sepanjang Trafalgar Square ke St Giles' Circus dan menyebabkan ribut pasir di Gurun Judean di Tebing Barat. Suasana tenang dan dingin. Tiba-tiba air Sungai Tigris, Sungai Pahang, Sungai Yangtze dan Sungai Missisippi seperti berhenti mengalir. Suasana yang tadinya hidup menjadi senyap sunyi. Khali. Angin yang tadinya kuat turut berhenti berhembus. 12 Rabiul Awal bersamaan 22 Oktober. Malam ini peristiwa besar akan berlaku dalam kalendar dunia. 4 orang bayi ajaib akan lahir ke dunia. 4 bayi ajaib yang akan melakukan misi besar. Misi besar sebagai manusia yang bernama Muslim!

Ali Ahmad Thoriq
Adam Connor
Alim Turghunjun Xian Xia
Ayat Al-Akhras


Meraka adalah 4 kanak-kanak ajaib. 4 Wonder Child! The prodigy

*****************************************************************************

Kakitangan Wad Bersalin Hospital Alor Setar gempar. Seorang bayi lelaki yang lahir tidak cukup bulan dilahirkan dengan keadaan sudah bersunat. Doktor dan jururawat menjadi kecoh. Encik Thoriq diam tergamam. Petanda apakah ini? Apakah mimpi yang hampir setiap malam hadir dalam tidurnya ada kaitan dengan kelahirana anaknya ini. Di dalam hati, dia terus berzikir dan berdoa moga tiada perkara tidak elok terjadi. Lantas diangkatnya anak kecil yang masih kemerah-merahan itu dicium diubun dan terus diazankan. Dekat di telinga. Bayi lelaki comel itu terdiam dari menangis. Matanya terbuka. Bergerak- gerak..... to b continued


~ i am working on a writing. After years trying to finish a book. its never been done. Pray for me to finish this. Do response if there is anything. Its just a beginning:) Make me Dua'. I'm not yet decided on the title.

Wednesday, March 2, 2011

Broken Manglish


Fly High!

Bismillah… Wal hamdalillah

It has been nearly 2 weeks after the historic-complete-23 years old-day and I still searching for the rhythm for my next step. I thought it’ll be easy. Unfortunately I’m totally wrong. After ages I went through the ‘underground’ life. Now, I have to face the real world. Nah, tough. I think I lost my interpersonal skill. Little bit confused with myself. How to mingle around with people? How to greet people, talk with smiling eyes, introduce myself, listen to whatever topic. Fuhh! Help me God. I really have to polish it back. If not, I’ll be dead meat after graduating next year Insya Allah. These few days, Allah has taught me lots of thing. Really. I became so sensitive with what happen around me. It just like my life was 160% change. But, when I sit and take a deep breath, thinking who I am, I realize myself. Life is just like a wheel, up and down.

Firstly, don’t laugh. Secondly, please don’t laugh. HAHA. My English is bad right? That’s why I want to “upgrade” my level of English. For this first attempt my tagline is “Sorry, my grammar is everywhere”. Being as a student in IIUM plus Law student, but not mastering in any language is so embarrassing. Just what happen to me now. Thanks God, Google Translate always be by my side. Four years+1 ½ years studying in English, I still crawling. What a shame. My Arabic also not so good either. Hmm. Anyone would like to help me out?

Ok, tergeliat lidah sudah. Salam alaik semua. Hidup diteruskan seperti biasa. Pergi kelas, makaan, tidur, menghadap tuhan, dan beberapa aktiviti lain. Saya kalah tapi bermaruah. Kalah dgn FB, tp sy akan ia bukan 1 kekalahan yg teruk:) Seminggu saja tutup FB, tp tidak berjaya kerana terlalu banyak info update dari FB berbanding berita. Sudah jumpa 1 kerja, membantu menulis artikel untuk senior saya. Insya Allah. Doakan saya mendapat rentak kembali. Dan easanya sebulan dua ini, blog ini akan jd blog peribadi. Tiada artikel serius buat sementara waktu untuk menggilap balik skill menulis artikel yang berkarat. Make doa

Seminggu dua ini seperti putus cinta walau saya tak pernah pun bercinta. Alhamdulillah, stkat ini tak pernah terkena fitnah lelaki. Berkat doa sblm salam "allahumma ini a'uzubika min fitnati minaddajjali wa rijal" yang diamalkan dengan izin Allah mungkin. Tapi kali ini saya jdi tak ketahuan arah. Tinggal di bilik tak kena, pergi library tak kena. Last skali segala kulliyyah, ceramah, talk saya bedal pergi sebanyak mgkin. Nampak tak ayat2 saya semakin menjurus kepada the kurang-thiqah-busyra? Saya pun risaukan diri sendiri. Cuti ini bercadang ke pondok seminggu dua. Kalau ada talaqqi kitab mana-mana nak join. Nak cuci diri supaya jd lebih baik! Hopefully. Allahu Akbar! There is always a time to CHANGE for good :)

Wednesday, February 23, 2011

saya~

Bismillahi wal hamdalillah

23hb Februari 2011. Akhirnya saya telah melepasi tarikh itu. PRK> Segala puji bagi Allah yang telah memberikan begitu banyak nikmat dan pertolongan sepanjang kehidupan saya. Saya merasakan tuhan masih menyayangi saya tiap kali saya berjaya melepasi segala ujian yang diberikan walau kadang2 saya hampir kalah. Kalah teruk pada perasaan dan tekanan. Terima kasih ya Allah kerana kasih sayangmu tetap ada walau pada hamba yang berdosa. Hanya saya yang tahu apa dosa-dosa saya pada tuhan. Saya juga tidak tahu adakah cukup amal saya di dunia ini utk menampung dosa melimpah ruah. Aku mohon akan kasih belas sifat Ghafur dan RahimMu ya Allah


Menyusun kembali kehidupan, kembali kepada saya yang lebih baik. Ya, perjuangan tidak akan pernah berhenti. Bila saya bersedia menjadi Khalifah atas muka bumi dan bila saya mula mendengar lafaz syahadah ketika kali pertama di telinga. Tiada kata behenti atau berehat. Dan kali ini setelah melepasi suku hidup, saya mahu kembali refill, revise dan refresh diri. Saya bukanlah seorang yang hebat. Tapi saya teringin menjadi hebat dan cantik di mata Tuhan. :)

Susah benar mahu berevolusi. Terutama apabila kta keseorangan. Kawan-kawan jauh dirasa. Rasa seperti saya diajar tuhan belajar hidup seorang. Susah mahu menjelaskan. Kadang-kadang perit terasa, kadang-kadang payah ditanggung...Moga Allah bersama dalam setiap nafas saya, mengingatkan hambanya saat saya berdosa, lupa atau leka.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Pertama - Deactive FB sementara waktu
Sungguh mencabar juga nak buat yg ini. Siap FB pujuk dgn buat gambar abu will miss u, siti will miss u lagi. "Tp sekejap saja Busyra, sampai kau kembali menjumpai diri kau". kata saya pada diri sendiri. huhu. Berapa lama saya mampu bertahan? Wallahu a'lam. Walau saya xdeactive pun sbnarnya ok saja. I am not a public figure mcm kawan-kawan yang lain :)
Kedua, ketiga, keempat dan seterusnya....

Saya nak menulis kembali. Selama ini asyik menulis surat bantahan, memorandum dan yang berkenaan. Otak menulis sudah jadi berkarat. Dan semakin malas membaca! Sedih sungguh. Dan paling penting, mahu buka kitab-kitab agama yang begitu menghairahkan! Dan paling best mahu join semua kulliyah-kulliyah, forum-forum yang ada dalam UIA ini. Yeay!


Nampak sangat macam tanggungjwab sebelum ini seperti mengongkong kehidupan saya. Sama sekali tidak. Cuma saya jika diberi 1amanah besar, tidak berani menyibukkan diri dengan perkara lain. Ini amanah saya dengan tuhan. Plus diri saya sendiri yang tidak pandai membahagi masa. Bab ni mmg failed.

Sekarang dalam mode mencari kerja. Apa yang saya boleh tlg anda? Insya Allah sekadar termampu. Dalam masa yang sama, sudah tiba masanya bergiat dengan dunia luar. Kakak2 sudah ditanya. Dan mode menasihati diri supaya kembali sedar diri. Saya bukan lagi pimpinan atau siapa-siapa. Saya sudah tiada hak utk tidak bersetuju dengan apa-apa atau memberikan arahan apa-apa atau mencadangkan apa-apa. Sudah beberapa kali berlaku, maafkan saya adik2. Now, it is your turn.
Jika zaman saya, saya kurang berjaya. Tapi saya tetap akan merasa gembira. Kerana saya merasakan saya telah berjaya melahirkan dan memberikan yang terbaik untuk generasi dibawah saya. Adik-adik yang hebat!
P/s: Kenapa penulisan saya semakin teruk! i lost myself.

Friday, February 18, 2011

Aku pasca 22hb


Assalamualaikum.
Saat ini apa yg merisaukan saya ialah saya pasca 22hb. Ada apa dengan 22hb? Ya Allah, saat ini pun saya seperti kehilangan suatu dalam hidup saya. Lompang. Sekarang ini saya masih memegang 1amanah dan ianya akan berakhir 22hb! Hidup yang saya rasakan sangat nikmat. Jadual kehidupan yang sentiasa penuh. Disibukkan dan kadang-kadang menyibukkan diri atau buat-buat sibuk. Sejak dari bangku sekolah, saya sentiasa merasakan kenikmatan masa yang Allah berikan.Kadang-kadang dihargai, kadang-kadang terbuang. Jika kita perlu beringat masa lapang sebelum masa sibuk, saya pula lebih suka beringat masa sibuk sebelum masa lapang.


Kenapa? kerana sibuklah yang menghalang saya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan membuang masa. Saya tiada masa menonton filem2 Korea, bersembang gosip2 panas, menghabiskan masa bercinta dll. Tapi sekarang dengan kelapangan masa yang Allah bagi, saya sangat takut. Saya takut tidak mampu mengawal diri saya. Malam-malamnya saya gelisah apabila hanya dibilik. Saya bukan tidak betah tinggal di bilik. Tapi apabila semalam saya tidak 'memberi, menerima & berkongsi' saya rasa pemikiran saya semakin beku. Ya, saya membelek buku-buku pelajaran dan buku-buku yang ada. Tapi kehidupan begini sudah lama membekas dengan diri saya. Meeting, syura, kulliyah, usrah, meeting, brainstorm...Allah...sungguh saya hargai saat-saat ini.


Apa yang akan berlaku pada saya pasca 22hb? Saya hanya mengharapkan agar Allah menjaga saya. Agar Allah memelihara saya dari perkara-perkara maksiat. Agar Allah menetapkan diri saya diatas jalan yang sebenar. Siratal mustaqim. Saya bukanlah manusia yang baik. Saya juga melakukan dosa-dosa kecil dan mungkin dosa-dosa besar diluar sedar. Saya hanyalah seorang manusia biasa. Tapi saya juga mahu jadi manusia yang dicintai tuhan, saya mahu jadi wanita syurga, saya mahu jadi pejuang agama. Saya mahu jadi orang baik. Salahkah punya cita-cita begini? tidak (ok, saya jawab sendiri)

Dan saya berusaha merancang kehidupan saya pasca 22hb. Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan diatas perancangan saya yang hakikatnya segalanya bersandarkan pada perancangan Allah. Mungkin inilah masanya saya lebih menumpukan pada pelajaran undang-undang yang sentiasa saya memujuk diri menyukainya. Mungkin masanya saya islah kembali diri, revive, remind, dan refill kembali apa yang semakin kurang. Mungkin ini masanya saya berkhalwat, mengadu, dan mendekatkan lagi diri dengan tuhan dengan ibadah khusus. Mungkin masanya saya memberi full fokus menjaga mak dan baba, menjalankan tanggungjwab dengan lebih baik. Mungkin ini masanya saya mengajar diri menjadi seorang wanita sejati, mempersiapkan diri dengan kemairan-kemahiran yang ada. Mungkin ini masanya saya menambah pelbagai bidang ilmu dan kemahiran dalam perjuangan. Wallahu a'lam. Saya mengharapkan perancangan dari Allah.
Dan yang pastinya. saya mahu revolusi diri. Busyra yang lebih ayu dan tertib mungkin:) Allahu Akram! 22hb Feb sangat mendebarkan. Seperti saya sudah cukup umur 23tahun secara rasmi

Friday, December 17, 2010

Terrorist!


‘Amaliyyah Al-istiyhadiyyah


Kredit untuk Tuan Haji Faisal Tehrani kerana setakat ini bukunya Kombat 1511 masih berada di ranking pertama buku bacaan saya. Buku yang boleh dikatakan sebagai “underground” itu sudah semakin sukar dicari di pasaran. Mungkin jika Bush atau Netanyahu membacanya pasti haji Faisal akan menjadi suspek utama kerana menggalakkan “keganasan’. Namun bagi saya, hingga ke saat ini jika saya membacanya, pasti mata akan menjadi basah dan semangat jihad berkobar! It’s true.. Biarpun ia hanyalah sebuah novel atau buku cerita, tapi sebenarnya sarat dengan ilmu dan mesej yang hendak disampaikan. Nordin Mat Top, Osama bin Laden dan Obaida Al-qudsy. Ketiga-tiga nama ini mempunyai sejarahnya sendiri. Dan ketiga-tiganya dikaitkan dengan SYAHID!

Allah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 bermaksud:

إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Ayat diatas sangat significance dengan maksud sebenar jihad. Allah telah membeli jiwa-jiwa orang orang mu’min yang berjihad dengan syurga. Saya telah berjumpa dengan satu artikel yang sangat menarik membincangkan tentang “pejuang berani mati” ini atau di sebut dengan ‘amaliyyah al-istisyhadiyyah. Sangat baik sekiranya kita dapat memahami isu ini dengan pemahaman yang betul agar kita tidak salah melabel dan tidak menafikan hak sesiapa. ~Jeneral hajah Nusaybah bint Kaab~

Artikel dibawah bukan aslinya dari saya

SYAHID DAN ISTISYHADIAH

Sebab dinamakan syahid

Sebelum kita melihat pengertian syahid maka eloklah kita mengetahui punca dinamakan syahid. Dalam hal ini Ibnu Hajar telah menyebut sebanyak empat belas pendapat manakala Imam Nawawi menyatakan sebanyak tujuh pendapat.

Al Anbari mengatakan dinamakan syahid kerana Allah dan malaikatNya menjadi saksi kemasukannya ke dalam syurga. Dikatakan juga kerana seseorang syahid itu hidup dan seolah-olah ruhnya menyaksikan. Ada juga pendapat lain yang mengatakan sebabnya ialah tiada yang menyaksikan saat kematiannya melainkan malaikat Rahmat dan banyak lagi pendapat-pendapat lain.

Namun, yang dikehendaki dengan syahid di sini ialah yang terbunuh fi sabilillah, kerana para syuhada’ itu pelbagai jenis sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sohih Bukhari:

الشهداء خمسة ؛ المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم, والشهيد فى سبيل الله


Pengertian Syahid

Syahid berasal daripada kalimah (شهد ) bermaksud orang yang terbunuh atau dibunuh fi sabilillah (dijalan Allah). Dikatakan seseorang itu mati syahid. Kata jama’nya ialah syuhada’. Mazhab yang empat juga telah menta’rifkan pengertian syahid ini berdasarkan hujjah masing-masing, tetapi semuanya sepakat dalam menyifatkan seseorang yang dibunuh atau mati fi sabilillah.

Manakala istisyhadiah pula ialah perihal meminta syahid dengan mendedahkan dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Kaedah Bahasa Arab menyatakan, sesuatu kalimah yang ditambah dengan huruf sin membawa maksud permintaan dan kehendak.

Oleh itu, timbul perdebatan yang hangat di kalangan para ulama’ dan ilmuan Islam tentang perkara ini khususnya yang berlaku di kalangan rakyat Palestin yang telah meletupkan tubuh badan mereka di tengah-tengah Yahudi. Sebahagian mereka mengatakan ia adalah istisyhadiah dan sebahagian yang lain pula mengatakan ia adalah intihariah (bunuh diri). Pendapat yang kedua diperkuatkan dengan firman Allah yang berbunyi:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Oleh hal demikian, kita ingin melihat dengan ilmiah dalam menilai perkara ini berdasarkan sumber Ilahi bukannya mengikut hawa nafsu dan kedangkalan hati.



HUKUM DAN SYARAT

Daripada perbincangan dan pengertian di atas dapatlah kita faham bahawa wujudnya perbezaan di antara istisyhadiah dan intihariah (bunuh diri). Oleh itu kita akan simpulkan kepada beberapa noktah penting untuk kita menghukum sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori intihariah atau pun jihad iaitu istisyhadiah sebagaimana berikut:



Perkara pertama:

a) Islam menegah seseorang bercita-cita untuk mati dengan sebab keduniaan daripada kesusahan dan kecelakaan, namun Islam menggesa umatnya supaya berazam untuk mati syahid di jalan Allah sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w dalam Sohih Muslim yang berbunyi:
من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

b) Tidak boleh bagi seorang manusia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan dengan sebab-sebab keduniaan seperti membenarkan orang lain membunuhnya, bahkan Imam al Qurtubi dalam tafsirnya mengkategorikan ia sebagai bunuh diri, kecuali jihad melawan musuh-musuh agama Islam. Walaupun ia juga mendedahkan diri kepada kebinasaan tetapi ia merupakan suruhan Allah dan RasulNya.


Perkara kedua:

Perbuatan yang mendedahkan diri kepada kehancuran untuk menakutkan dan menyerang musuh dengan niat untuk meninggikan kalimatullah tidak dianggap sebagai bunuh diri mengikut kebanyakan ulama’ empat mazhab. Para ulama’ sebelum ini hanya membincangkan tasabbub sahaja dan meninggalkan zat dalam perkara pembunuhan serta meyerang musuh, namun pada hari ini zat diri manusia itu sendiri sudah perlu untuk dijadikan senjata pula bagi mencapai maksud menakutkan dan menyerang musuh.



ISTISYHADIAH SEPANJANG SEJARAH

Pertama: Kisah Ashab al Ukhdud

Firman Allah taala dalam surah al Buruj ayat keempat hingga kesembilan menceritakan satu kisah yang berlaku sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ia juga telah tafsirkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang agak panjang dalam kitab Riyadh as Solihin karangan Imam Nawawi riwayat Suhaib yang dikeluarkan oleh Imam Muslim. Kisah ini masyhur dengan nama Ashab al Ukhdud (parit).

Seorang ghulam yang telah menyebabkan kemasukan masyarakat pada zaman itu ke dalam agama Islam secara beramai-ramai setelah dihukum mati oleh raja. Hukuman yang dijatuhkan gagal mematikan ghulam ini melainkan dengan menyebut nama tuhan ghulam tersebut. Ia telah disaksikan oleh rakyat jelata dan mereka semua telah memeluk Islam. Lalu digali parit dan dinyalakan api dengan maraknya bagi dimasukkan sesiapa sahaja yang masih beriman dan enggan kembali kepada ajaran lama mereka. Seorang demi seorang terjun dan masuk ke dalam parit api tersebut sehinggalh giliran seorang ibu bersama anaknya yang masih kecil. Timbul ragu-ragu dihati ibu ini dan dengan takdir Allah bayi itu berkata: wahai ibuku, ibu bersama orang-orang yang benar. Lalu terjunlah ibu bersama bayinya ke dalam api.

Jadi persoalannya sekarang adakah yang berlaku kepada orang yang beriman bahkan ibu bersama bayinya yang terjun ke dalam api tersebut dikira bunuh diri?


Kedua: Peristiwa peperangan Badar

Rasulullah s.a.w bersabda ketika perang Badar yang berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua hijrah :
والذى نفس محمد بيده فإنه لا يقاتل اليوم رجل مقبل غير مدبر إلا أن يدخله الله الجنة

Maksudnya : Dan demi diri Muhammad yang berada di tangannya, tiadalah seorang lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Apabila seorang sahabat yang sedang makan buah kurma mendengar hadith ini, dia pun berkata maksudnya : tak ada yang menghalang aku daripada masuk syurga melainkan buah kurma yang masih ada ditanganku. Lantas dia mengambil senjata dan masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya dia telah dibunuh.

Peristiwa ini berlaku di hadapan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya. Ini menunjukkan perbuatan sahabat tersebut bukanlah perbuatan membunuh diri bahkan istisyhadiah yang Allah akan mengganjarinya dengan syurga kelak.


Ketiga: Khalifah Abu Bakar memerangi murtad

Khalid al Walid (pedang Allah dan RasulNya) yang ditugaskan mengepalai tentera Islam pada waktu itu untuk memerangi golongan murtad telah mengarahkan supaya membuat kepungan dan sekatan makanan. Golongan ini dipimpin oleh Musailamah al Kazzab dengan bantuan Sijah berada dalam sebuah kota.

Muncul seorang pemuda bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran kepada Khalid bin al Walid untuk dipergunakan dirinya dalam peperangan tersebut. Mengikut sejarah, pemuda ini pernah menderakan dirinya dengan mengurung diri dalam rumah kerana telah meninggikan suaranya di hadapan Rasulullah s.a.w. Dia menganggap dirinya akan masuk neraka selepas turunnya ayat dalam surah al Hujurat ayat kedua. Lalu Rasulullah pun memanggil pemuda ini dan bersabda:

أ ما ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة وأنت من أهل الجنة

Maksudnya: Apakah kamu tidak redha hidup dalam keadaan baik, dan mati dalam keadaan syahid dan kamu akan masuk syurga dan kamu adalah ahli syurga.

Selepas itu dia sentiasa berulang-alik ke masjid menunaikan ibadah. Dan dalam memerangi golongan murtad ini dia telah membuktikan kata-kata Rasulullah dengan mengorbankan dirinya untuk Islam lalu berkata kepada Khalid membuat tawaran: letakkan diri saya dalam minjanik (alat untuk membidas dan melontar), untuk saya buka pintu kota dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam kota sehingga saya buka pintu kota. Dalam kejadian ini, Thabit mengalami cedera parah dan telah dibunuh mati syahid. Dia juga sempat membuka pintu kota sehingga tentera Islam berjaya masuk ke dalam kota dan Musailamah telah dapat ditawan dan dibunuh. Jadi adakah boleh kita katakan perbuatan Thabit ini sebagai bunuh diri?


Keempat: Khalifah Umar berhadapan dengan Rom

Saidina Umar ketika menjadi khalifah telah melantik Abu Ubaidah ‘Amir bin Jarah (aminul ummah) sebagai panglima perang yang baru menggantikan Khalid bin al Walid. Tentera Islam akan berhadapan dengan tentera Rom yang ramai jumlahnya iaitu di antara 400 hingga 500 ribu orang.

Apabila pasukan hadapan tentera Islam yang disusun oleh Khalid al Walid pecah dan kucar kacir, Ikrimah Abu Jahal (telah masuk Islam) telah melemparkan perisai dan sarung pedang yang ada di tangannya. Lalu ditegur oleh Khalid al Walid: bukan begitu wahai Ikrimah!. Ikrimah pun berkata: jangan larang aku! Siapa yang sanggup mati bersama aku? Lebih kurang 400 tentera Islam telah memegang tangan Ikrimah untuk berbai’ah. Lalu mereka pun mara ke hadapan masuk ke tengah-tengah musuh. Melihat keadaan ini, tentera Rom menjadi gerun dan takut lalu mereka berundur dengan sebab 400 orang ini. Ikrimah dan 400 tentera Islam yang lain telah terkorban dan mati syahid dalam peristiwa tersebut.

Persoalan juga timbul di sini, adakah perbuatan Ikrimah dan tentera Islam yang berbai’ah dengannya dianggap bunuh diri?


Kelima: Pembukaan Kostantinopel

Setelah Bizantin jatuh ke tangan umat Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Kostantinopel (sekarang Istanbul) telah dijadikan pusat Rom timur yang baru. Khalifah Uthman telah menubuhkan tentera laut pada zamannya dan mengarahkan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ayyub al Ansari untuk membuka Kostantinopel. Ini kerana percaya kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير هو الأمير ولنعم الجيش ذلك الجيش

Maksudnya: akan dibuka Kostantinopel, sebaik-baik raja adalah raja pada waktu itu dan sebaik-baik tentera ialah tentera tersebut.

Menurut riwayat daripada Tirmizi dalam peperangan ini ada seorang tentera yang yang berada di tengah-tengah musuh seorang diri berlawan dengan mereka. Tentera Islam yang lain pun mengatakan : maha suci Allah, dia telah mencampakkan dirinya kepada kebinasaan!. Ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Mendengar kata-kata ini Abu Ayyub al Ansari pun bangun dan berkata maksudnya: wahai manusia, kamu telah menta’wilkan ayat ini sedangkan ayat ini diturunkan kepada kami golongan ansar, apabila Allah telah memuliakan Islam dan ramai pendokongnya maka berkata umat Islam sesama mereka: harta benda kita telah hilang dan Allah sekarang telah memuliakan Islam serta ramai yang mendokongnya, jadi kalau kita tidak menjaga dan menyimpan harta kita nescaya akan hilanglah sekali lagi. Maka turunlah ayat ini kepada Rasulullah s.a.w sebagai menjawab perbualan sahabat tadi. Jadi maksud kebinasaan yang sebenar di dalam ayat ini ialah sibuk menjaga harta dan meninggalkan peperangan.

Abu Ayyub sendiri sentiasa berada dalam medan peperangan fi sabilillah sehingga dia dikebumikan di Kostantinopal. Jadi dapatlah kita nyatakan perbuatan seorang sahabat tadi yang masuk ke tengah-tengah musuh seorang diri bukanlah perbuatan membunuh diri sebagaimana yang disalahtafsirkan.


PENDAPAT DAN FATWA ULAMA’

Dalam merujuk pandangan dan fatwa para ulama’ berkaitan perbincangan ini, kita dapati terdapat pelabagai persepsi yang memerlukan huraian yang lebih panjang terutamanya syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka. Hal ini demikian berikutan keanjalan hukum feqah itu sendiri yang berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari seseorang dengan seseorang yan lain yang melambangkan kesesuaian hukum Islam di semua tempat dan zaman.

Oleh itu, kita hanya mengambil beberapa tokoh ulama’ yang terkenal sahaja sebagai asas dan bahan rujukan kita di sini. Menurut Dr Wahbah Zuhaili yang merupakan Ketua Jabatan Feqah dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq bahawa ia merupakan satu keharusan dengan izin Allah kerana perbuatan seumpama ini menjadi satu keperluan syara’ pada hari ini.

Manakala Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi Ketua Jabatan Aqidah dan Adyan Fakulti Syariah Universiti Damsyiq pula mengatakan bahawa kerja ini dibenarkan dalam Islam seratus peratus dengan syarat berniat untuk menghapuskan musuh.

Dr Yusof al Qardhowi menyebut kerja ini dikira sebagai sebesar-besar jihad di jalan Allah dan ia merupakan perbuatan menakutkan musuh yang dijelaskan dalam al Quran. Manakala Syeikhul Azhar Dr Muhammad Said Tantawi pula (selepas merujuk fatwa yang lama) mengatakan bahawa jangan kita kata kepada seseorang yang meletupkan dirinya adalah bunuh diri tetapi dia adalah syahid kerana telah meyerahkan jiwa raganya di jalan Allah.


PENUTUP

Kesimpulannya dapatlah kita nyatakan bahawa konsep istisyhadiah perlu kita fahami dengan sedalamnya kerana ia bukan suatu perkara yang baru dalam Islam tetapi telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam terdahulu. Kekeliruan kita dalam memahami perkara ini akan menyebabkan kesilapan dalam menilai dan kecelaruan dalam memberikan kenyataan.

terorist itu hanya slogan mereka!