Friday, September 5, 2008

Adik terus dicabul,dibiar lemas, si abang hanya mampu berkata Oh I See (OIC)

Pada suatu hari yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya-raya. Ada tauke balak, tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah,tauke emas dan macam-macam lagi. Namun tak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok, pasti ada juga yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Ada diantara mereka menjadi orang paling kaya di kawasan piknik tersebut. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.


Suatu hari, semasa keluarga ini berpinik, seorang adik perempuan mereka yang paling sopan dan baik telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku didepan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik ini telah dilakukan oleh sekumpulan Pendatang Haram Tanpa Izin (PAHTI) yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan

Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri. Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka telah cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tapi dihalang oleh abang atas alasan , marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat. Tajuk persidangan kita pada hari ini adalah “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan”. Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bertumbuk dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang mereka berkata “inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi”. Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. “Inilah resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu, kita buat gencatan nafsu”. Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapat bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. “Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” getus hati si adik yang tidak berpuas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda yang ada dikenakan akta Ikut Suka Aku, dicabut janggut dan misai, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya. Keadaan semakin genting. Adik beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ini mereka sepakat. “kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.” “Selamatkan adik kami yang kelemasan”. Tetapi malangnya mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaiannya sudah tidak ada lagi ditubuh. Adik beradik tadi terus melihat drama cabul-mencabul tadi dari dekat selepas bermesyuarat kununnya tergempar itu. Adik lelaki pula sekiranya tadi tangannya masih kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Dengan secara tiba-tiba seorang adik mereka yang masih kecil turut lemas kerana terlalu leka dan terpesona dengan ombak. Lalu diangkatlah lagi baner “ Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” seti nggi-tingginya dengan harapan ada orang lain membantu. Bila melihat banner itu tidak berkesan, mereka bermesyuarat lagi dan mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.

Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki pula kedua-duanya semakin hanyut ke tengah lautan. Muncullah seorang adik lelaki yang selalu tidak disenangi abang-abang. Kata mereka dia ni suka membuat kecoh, berani, tak mendengar cakap. Adik ini dengan beraninya mencipta satu senjata racun, diperbuat dari bahan dari dalam bumi untuk melindungi si adik perempuan dan menakutkan si pendatang haram. Si pendatang haram dan konconya merasa takut dan mendesak abang-abang agar menasihati. Si adik ini tak makan saman. Biar pelbagai ancaman dan boikot di buat, dia tetap meneruskan usahanya. Dia turut mengajak adik-adik yang lain agar berani mempertahankan diri. Dalam masa yang sama, adik beradik yang lain terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik…

Itulah kisah sebuah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

CATATAN:
*adik perempuan itu Palestine
*adik lelaki itu bernama Iraq
*adik lelaki yang kecil bernama Afghanistan
*abang-abang itu Negara Arab yang kaya-raya

* Adik yang berani bernama Iran
*adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun/mundur
*adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
*mesyuarat pula mesyuarat OIC
*bapa yang mati adalah khilafah Islam


#negara kita tergolong dalam adik beradik jenis apa?

Friday, August 29, 2008

Tuhan... temukan daku dengan Ramadhan


RAMADHAN...
semala
m aku telah dikhabarkan
seoran
g hamba telah pulang kepangkuan tuhan
di pagi har
i penghujung Syaaban
Dalam renyai-renyai hujan

Lantas hati bergetar jantung berdegup kencang
Serentak ku berdoa menangis sayu

Tangis harap bercampur pilu
Takut aku turut dipanggilmenyusul pulang
Tanpa sempat bertemu Ramadhan
Walau kaki telah berada di ambang
Oh Tuhan...
Temukan daku dengan Ramadhan

RAMADHAN
Sungguh-sungguh rinduku padamu

lebih dari merindu sang pejuang pulang
Setiap ketika, saat dan waktu
Ku hitung penuh harapan
Pada hakikatnya aku tidak layak meminta
Kerna aku hamba faqir, lemah dan hina
Kerna aku hamba tuhan penuh dosa
Dosa pada tuhan, dosa pada manusia
Kerana itulah dengan berkah bulanMu yang mulia
Aku mahu merayu dan menagih simpati
Ampunkan dosaku...bersihkan hatiku
Walau aku hanya mampu berbisik perlahan
Kabulkan doaku tuhan
Temukan Daku dengan Cinta RAMADHAN...

Jumaat, 5.30 petang
kelas Compulsory Moot

Wednesday, August 20, 2008

PELUKLAH ISLAM DENGAN PELUKKAN YANG KUAT


Sebagai seorang muslim dan pelajar undang-undang, saya merasa begitu tercabar dan sakit apabila isu seperti ini dimainkan dalam keadaan saya tidak mampu berbuat apa-apa. Apa sebenrnya yang kita boleh lakukan? FORUM MEMELUK ISLAM bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1a) of the Federal Constitution – Subashini and Shamala Revisited” anjuran Majlis Peguam begitu menjentik setiap hati-hati umat islam. Biarpun sudah 2 minggu peristiwa ini berlalu, namun ianya takkan berhenti setakat ini sahaja sehinggalah jalan penyelesaian yang sebenar dapat dicari. Malah sudah ada ura-ura untuk mengadakannya untuk kali kedua. Apapun nilailah isu ini dari pelbagai aspek. Melihat kepada situasi negara sekarang, kekalutan politik menjadi isu utama. Rakyat terus disajikan dengan pelbagai sandiwara-sandiwara percuma oleh pihak-pihak tertentu, sehinggakan rakyat menjadi keliru, tertekan dan akhirnya tidak mampu membuat pertimbangan dengan baik. Maka terjadilah demonstrasi jalanan, protes dan pelbagai lagi medium menyampaikan perasaan. Kekuatan fikiran dan akal menjadi nombor dua selepas kekuatan fizikal dan emosi.

Disebalik semua ini, forum ini dilihat seakan cuba menangguk di air keruh. Dicelah-celah kesibukkan rakyat berdepan dengan pelbagai isu, Majlis Peguam pula mengumumkan untuk menganjurkan forum ini. Diantara objektif utama adalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam system kehakiman apabila melibatkan pertembungan diantara mahkamah civil dan syariah. Dari satu sudut, YA! memang isu ini perlu diselesaikan. Kerana tidak mustahil kes seperti ini akan terjadi di masa hadapan. Jangan biarkan ia sehingga bernanah dan busuk baru sibuk untuk mencari penawarnya. Pihak-pihak berwajib tidak boleh hanya berdiam diri, dan hanya bercakap belakang. Artikel 121 (1a) dalam perlembagaan persekutuan memang jelas menyatakan bahawa mahkamah civil tidak boleh mencampuri urusan mahkamah Syariah. Dan seharusnya bagi kita sebagai muslim perlu mempertahankan hak ini kerana ia sememangnya hak kita. Namun kita juga perlu melihat waqi’ Malaysia sebagai Negara berbilang bangsa dan agama yang memungkinkan terjadinya perkahwinan campur dan pertukaran agama. Islam sendiri sebagai agama keadilan mengajar untuk berlaku adil kepada penganut agama lain tanpa menidakkan keizzahan Islam sebagai agama yang agung. Oleh sebab itu, pihak yang AHLI dalam soal ini perlu mencari jalan penyelesaian agar individu seperti Shubashini dan Sharmala diberikan hak yang sepatutnya. Apakah alternative dari segi undang-undang yang dapat menyelesaikan masalah ini? Jika kes seperti ini tertakluk dibawah mahkamah Syariah, tapi dalam masa yang sama MEREKA tidak tertakluk dibawah jurisdiction mahkamah Syariah kerana bukan Muslim, kemana lagi harus mereka pergi mengadu dan mendapatkan hak mereka??? Oleh sebab itulah mereka membawa kes ini kedalam ruang yang tidak sepatutnya.


Agama Islam dibincangkan oleh yang bukan Islam. Dari satu segi, Forum ini sangat keterlaluan. Tidak sepatutnya hal-hal yang berkaitan Islam dibincangkan secara terbuka tambahan lagi oleh orang bukan Islam. Kita memahami maksud mereka bahawa ianya akan menjadi satu medan perbincangan untuk memberi pencerahan dan pemahaman sekaligus mencari penyelesaian. Tapi jika mereka betul-betul menjaga sensitiviti kaum dan menghormati perbincangan , perlukah menyalurkan ketidakpuasan hati melalui medium terbuka seperti ini? malahan ia mungkin akan menambahkan lagi ketidakpuasan hati dan menambah kekeliruan. Majlis Peguam seakan cuba menjadi Hero, sedangkan sebagai panel yang terdiri dari pengamal undang-undang, mereka seharusnya lebih faham dan tahu jalan yang terbaik. Islam asasnya tidak menghalang sebarang perbincangan mengenai agama, namun tidak pada bertolak-ansur pada tempat yang tidak sepatutnya. Kita juga mengetahui apa yang telah berlaku pada forum KONTRAK SOSIAL dan kumpulan Artikel 11 sebelum ini. Jika mahukan kebebasan mutlak, ini bukan negaranya kerana ianya bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam Islam sebagai agama rasmi. Dan mereka tidak boleh menyamakan apa yang berlaku di Malaysia dengan konteks Barat. Kita punya cara tersendiri yang unik dan berbeza dengan Negara Barat. Sungguh-sungguh dalam Negara kita yang berbilang bangsa dan agama ni, segalanya perlu dijaga agar tidak mencetuskan perkara yang tidak diingini.

Secara konklusinya, Majlis Peguam jangan cuba bermain api! Manakala kepada golongan yang ahli dan punya kuasa dalam undang-undang, lakukan sesuatu sebelum rakyat membuat undang-undang sendiri. Kepada mahasiswa, tanggungjawab kitauntuk bersedia dan bangun dari tidur lena!!!. Tiada lagi kemalasan dan ketakutan. Lengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang jelas dalam hal ini. Jika forum ini menggunakan hujah akal sebagai senjata utama, seharusnya kita juga menggunakan senjata yang sama“quwwatul Mantiq”.Tapi sayangnya kita lebih suka menggunakan “mantiqul quwwah” kekuatan fizikal. Menyatakan perasaan dengan kekuatan fizikal bukan dengan kekuatan hujah. Saya tidak menyatakan bahawa yang pergi berdemo itu salah, bahkan itu yang kita mahu. Muslim yang sensitive dan peka terhadap Islam. Ianya lebih baik dari muslim yang tidak tahu lansung dan tidak ambil kisah. Namun alangkah baiknya jika kita turut sama dalam perbincangan, dan mempertahankan pendirian dengan hujah kata-kata. Walaupun secara realitinya masakan orang yang menganjurkan debat akan mengaku kalah secara terang terangan walaupun mereka bersetuju dengan idea kita. Namun dengan cara ini sekurangnya jika mereka tidak bersetuju, penonton dan pendengar akan mendapat kefahaman yang jelas dari perbincangan tersebut. Ia juga menunjukkan bahawa kita bukan sekadar bersandarkan emosi semata, tp bersandarkan juga aqal yang waras. Dan tidak mustahil jika kita berterusan menjawab dengan kekuatan fizikal apabila dicabar dengan kekuatan hujjah, mereka akan melakukan perkara yang sama. Seharusnya tanggunggjawab ini bukan hanya patut dipikul oleh pelajar undang-undang semata tetapi kepada semua mahasiswa. Faham apakah hak-hak kita dalam undang-undang negara kerana negara ini menjadikan undang-undang sbagai raja. Yang pastinya, Islam itu agama yang syumul, murunah dan adil. Pasti ada jalan penyelesaian kepada konflik ini. Lihatlah contoh bagaimana Nabi kita Muhammad S.A.W dalam mengendalikan bumi Madinah. Setiap orang samada Muslim mahupun bukan muslim punya hak masing-masing. Jadi bangun wahai Mahsiswa! Buka mata, buka minda. Peluklah Islam dengan pelukkan yang kuat. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu!


* untuk renungan diri sendiri juga

Sunday, August 10, 2008

YA ALLAH...bantulah kami


YA Allah....campakkan ketenangan dalam hati kami. dekatkan hati kami dgn MU...jgn Kau biarkan kami jauh dari pandanganMu walau sesat. sgguh2 kami hamba yg lemah tanpa kasihMu YA ALLAH.mudahkan segala urusan kami, bantulah kami dalam menempuh cubaan dan ujian ini....kuatkan hati-hati kami. moga kami tergolong dalam golongan hamba yang bersabar

Wednesday, August 6, 2008

SONGKOK DAN TUDUNG UIA!!!

Terkejut, kecewa dengan keputusan uia menukar jubah konvokesyen yang sedia ada. Keputusan yang melibatkan sejumlah besar RM1.2 juta tanpa mengambil kira pendapat pelajar. sedangkan pelajarlah yang akan memakai pakaian itu di hari konvo nnti. alasan yg diberi sangat tidak dapat diterima. "untuk menyamakan standard dgn universiti lain". adakan standard sesebuah universiti dinilai melalui jenis jubah dan topi yang dipakai??? Entah apa salah jubah tersebut...sebagai sebuah universiti ISLAM dan antarabangsa, saya merasakan tidak ada salahnya utk UIAM mengekalkan kod pakaian yang sedia ada. jika universiti lain, mmg agak sukar kerana terdiri dari berbilang kaum. tapi UIAM tidak. dengan adanya perkataan Islam dan majority pelajar adalah islam, apa masalahnya??? siapa lagi yang hendak mempertahankan songkok dan tudung klu bukan yang berkenaan pun menolaknya??? kos sebanyak 1.2 juta sepatutnya diberikan kepada CONVEST 08, atau kepada pelajar2 yang memerlukan. CONVEST 08 dengar kata, sangat tenat dan memerlukan dana utk menjayakan konvo UIAM hingga terpaksa mencari sponsor luar. selepas ini pelajar uia akan berkepala kotak empat segi dan berjubah berbelang2 di tangan. tiada lagi songkok dan tudung....sedih.....sedih...KECEWA....GERAM..apa tindakan kita???

UIAM seragamkan jubah konvokesyen

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN


Dr. Md. Tahir Azhar menunjukkan jubah baru konvokesyen UIAM.

SABAN tahun para graduan UIAM daripada pelbagai bangsa, agama dan suku kaum bergaya segak di hari konvo dengan jubah dan songkok bagi lelaki, serta bertudung bagi wanita untuk tampil menerima skrol yang tersimpan segulung ijazah sebagai bukti kejayaan akademik.UIAM satu-satunya institusi pengajian tinggi di negara ini yang memilih songkok sebagai ‘uniform’ bagi graduan di hari konvokesyen.Namun selepas 25 tahun beroperasi dan ‘melahirkan’ lebih 10,000 graduan yang datang dari seluruh dunia, budaya bersongkok pada hari konvokesyen itu akan ditamatkan tahun ini.Ini bermakna mulai Hari Konvokesyen pada 23 Ogos depan, para graduan UIAM tidak lagi bersongkok sebagaimana biasa tetapi akan memakai topi keras konvokesyen yang standard dengan jubah berwarna hijau muda bercorak baru.Timbalan Rektor Bahagian Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md Tahir Azhar ketika memperkenalkan seragam konvokesyen baru kepada media memberitahu, penukaran tersebut tidak mempunyai apa-apa agenda.

“Ia lebih untuk meningkatkan imej UIAM serta menyelaraskan bentuk seragam hari konvokesyen secara yang lebih standard sebagaimana universiti-universiti yang ada sekarang.

“Jika graduan UIAM terus bersongkok sedangkan lain-lain universiti semua bertopi khas yang selaras tidak nampaklah keseragaman dan standard hari konvokesyen,” jelasnya.

Selain bertukar kepada imej topi keras bertali yang standard, jubah para graduan juga turut berimej baru dengan menampilkan warna dan corak baru yang lebih eksklusif.Malah pemakaian jubah konvokesyen konsep baru dengan warna yang serupa (hijau muda), kecuali jubah Ketua Perlembagaan, itu meliputi seluruh ahli warga UIAM bermula dari Presiden, rektor, ahli majlis, ahli senat dan ahli akademik mengikut kedudukan masing-masing.Untuk para graduan, bilangan lilitan bercorak pada lengah jubah akan membezakan tahap lulusan di mana graduan diploma tanpa lilitan corak di lengan manakala ijazah pertama dengan satu lilitan dan lulusan sarjana dua tanda lilitan bercorak di lengan jubah masing-masing.Lulusan doktor falsafah (Ph.D) pula mempunyai seragam dengan tiga tanda lilitan bercorak di lengan diikuti corak bunga bersulam yang menyeluruh pada kedua tepi jubah serta bertopi hitam lembut.Menurut Dr. Md Tahir, cadangan menukar corak seragam konvokesyen itu dibuat lebih setahun lalu.

“Kajian perlaksaannya mengambil masa setahun manakala kos yang diperuntukan bagi menyediakan seragam baru untuk seluruh warga konvokesyen UIAM ini menelan belanja tidak kurang RM2.1 juta,” jelasnya.Malah kata beliau, seragam baru yang akan mulai dipakai pada hari konvokesyen ke-25 tahun UIAM Ogos ini turut melambangkan kematangan serta keterampilan sebenar tahap profesionalisme warga universiti berkenaan.Pada hari konvokesyen UIAM yang ke-25 mulai 23 hingga 25 Ogos ini, seramai 4,112 graduan akan menerima penganugerahan masing-masing di mana 42 daripadanya adalah penerima Ph.D, 425 (sarjana), 3,416 (ijazah pertama) dan selebihnya adalah diploma.

Saturday, July 26, 2008

INGAT PERKARA YG MENGGEMBIRAKAN JIKA TENSION.HUHU



SEDAPNYAAAAAAAA....roti arab makan dgn kacang dal, buah zaitun, sardin dan mush mush.yummmy yummy








pakcik yang jaga maqam arbain penuh bergaya dengan kunci kejayaannya.











Satu minggu yang sangat sesak, penuh dan agak serabut. menyebabkan tensen, stess dan jiwa kacau. waktu inilah manusia akn terasa dekat dengan Tuhan. tanpa segan pohon bantuannya dalm menringankan masalah dan beban.....
Iman manusia yazid wayanqus....pernah sayA dengar satu kalimat yg sangat menyentuh jiwa. HIDUP INI UMPAMA KAPAL DI LAUT. SEMAKIN DEKAT DENGAN DARATAN, SEMAKIN KUAT OMBAK YANG DIRASA. BEGITU JUGA DENGAN HIDUP MANUSIA...SEMAKIN MAHU MENDEKAT DENGAN TUHAN SEMAKIN KUAT CUBAAN DAN DUGAAN YANG PERLU DITANGGUNG...JADI, BERSABARLAH JIKA DI DUGA, BERMAKNA DARATAN SEMAKIN HAMPIR.....BERSABARLAH....TABAHLAH....SUNGGUH-SUNGGUH KEHIDUPAN DI DARATAN TUHAN SANGAT INDAH DAN MENDAMAI JIWA

Wednesday, July 16, 2008