Sunday, September 6, 2009

Think tank Islam ~ a reality



Bismillahirrahmanirrahi wa bihi nasta’in


Pernahkah kita terfikir, jika kita mengatakan bahawa Israel atau Zionis sebagai Think Tank Amerika dan musuh-musuh Islam, tidakkah Islam juga memerlukan Think Tank kita sendiri? Semua sedia maklum segala perancangan dan propaganda dunia berpusat dari Zionis. Malah ketika kempen pilihanraya Amerika sedang berlangsung, banyak suara-suara mengatakan ada tangan-tangan Zionis yang merancang di belakang. Begitu juga dengan kejadian 11 September yang dirancang dengan baik. Dunia seakan patuh mengikut segala propaganda yang dirancang barat. "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".(AL-BAQARAH:120



Diantara propaganda barat yang sangat kena pada waktu sekarang ialah ketika Pendeta Zwemer mengemukaka beberapa nasihatnya, antara lain:

1 . Wajib menanamkan dalam hati umat Islam bahawa kaum Nasrani itu bukan musuh mereka.

2 . Wajib mengkristienkan kaum muslimin dengan menggunakan orang Islam sendiri dari barisan mereka sendiri. Kerana, suatu pohon itu harus dipotong salah satu dahannya.

3 . Akhirnya dia menggembirakan hati para missionaris agar tidak putus asa, bahawa hati kaum muslimin mempunyai kecenderungan yang sangat terhadap ilmu-ilmu Eropa dan terhadap kebebasan wanita.

Konferensi Lucknow, India tahun 1329 Hijriyah (1911 Masehi).



Saya selalu terfikir contohnya ketika berita tentang kematian Micheal Jackson meninggal dunia sebagai Islam, jika umat Islam punya think tank kita sendiri pasti akan kita buat sedikit propaganda tentang keislaman Micheal Jackson. Mungkinkah dia dibunuh kerana berniat untuk mengumumkan keislamannya di konsert akan datang.? Atau mungkinkah dia dibunuh kerana telah menemui kebenaran? Kita akan sebarkan berita tentang keislamannya. Membuat sedikit provokasi dalam masa yang sama mengambil kesempatan menerangkan tentang Islam. Niat utama ialah menyebarkan Islam berdasarkan sumber yang kita percaya. Tiada lain. Dan Islam tidak akan sekali-kali membenarkan satu cara yang batil melangkaui yang haq. Teori Macheavelli? Sama sekali tidak! Hakikatnya setiap kejadian yang berlaku, secara reality mata kasarnya ianya tidak begitu memberi kesan kepada masyarakat dunia. Tetap elemen yang memainkan peranan paling penting ialah PROPAGANDA!



Apa itu Propaganda? In general, a message designed to persuade its intended audience to think and behave in a certain manner. Thus advertising is commercial propaganda. In specific, institutionalized and systematic spreading of information and/or disinformation, usually to promote a narrow political or religious viewpoint.~source dictionary. Apa yang dapat dimaksudkan disini, propaganda ialah satu cara yang disusun untuk menyampaikan mesej dengan cara mempengaruhi, mendoktrin, membuat orang percaya dan berfikir mengikut acuan yang telah disusun. Dari segi teorinya begini, tapi maksud sebenarnya propaganda itu sangat luas.



Memberi sedikit contoh, peperangan di Iraq dan Afghanistan. Hingga ke saat ini Amerika masih terpaksa menghadapi tentangan dari rakyat tempatan. And they never said that they had won the battle. Hakikatnya rakyat Iraq dan Afghanistan terus bangkit dan semangat perang semakin bertambah. Sebaliknya moral tentera Amerika semakin jatuh. Dan kita disini terus menyangka rakyat disana diambang kekalahan dan kejatuhan dengan propaganda mereka yang dibentuk melalui gambar-gambar dan berita. Begitu juga di Palestine. Untuk visual yang lebih jelas, mari kita baca buku Kombat 1511 karangan Faisal Tehrani.



Adakah propaganda dibenarkan dalam islam? Sumber yang paling utama untuk dirujuk adalah Al-Quran dan praticalitynya melalui sirah nabi. Sebenarnya sedang membuat sedikit kajian tentang ini. Rujukan utama = Fiqh Sirah. Ingin berkongsi ilmu dan maklumat~ sangat dialukan;)
~Think Tank Umat Islam~
artikel tentang biah islami atau negara islam telah hilang!! tanpa sempat disave

Friday, August 28, 2009

Hakikat mati dan Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim wa bihi nasta’in.

Kaif Ramadhan? Ramadhan ibrarat bunga…cantik dan harum mewangi. Blog ini pula seperti hidup segan mati tak mahu. MATI? Mungkin ada beberapa perkara yang tidak dapat diungkai dengan kata-kata atau blog. Apapun selamat juga menjejak kaki ke bulan Ramadhan yang ditunggu ini. Alhamdulillah…Skrang baru saya faham dengan sefaham-fahamnya, dengan maksud doa “Allahumma Ballighna Ramadhan”. Sepanjang seminggu sebelum Ramadhan didatangi dengan pelbagai perasaan dan berita hingga menyebabkan saya sedikit beremosi dan terganggu.


Pernahkah anda rasa tidak boleh tidur kerana takut MATI!??? Itu yang berlaku.. Dan paling menekan emosi, MATI sebelum bertemu RAMADHAN. Jika sebelum ini kita selalu berkata-kata begitu tanpa perasaan sebenar, tapi kali ini perasaan dan hakikat itu datang. Dan saya juga tahu, mungkin juga ada bisikan-bisikan syaitan yang mahu mencabar iman. Apapun Berita-berita kematian yang sampai sangat menggetarkan jiwa saya. Betullah, masih belum bersedia berjumpa tuhan dengan amal yang ada. Sangat menyedihkan. Pemergian Syeikh saya, shbt saya Hajar Shafie, ustaz Asri hatta Mikael Jackson (MJ) sangat membawa saya ke alam reality. MATI itu PASTI! Dan ianya boleh datang bila2 masa. Sedikit sebanyak saya merasakan bahawa ini peringatan sebelum Ramadhan. Jangan kita jadi mereka-mereka yang dibalikkan hatinya setelah mendapat hidayah. JIka manusia itu tahu bila dia kan mati, pasti dia takkan mampu untuk berbuat apa-apa hatta utk ke pasar Ramadhan.


Apapun, hidup mesti diteruskan. Bekerjalah kamu seakan kamu akan hidup selamanya. Beribadahlah kamu seakan kamu akan mati esok hari. Seperti di dalam solat, khusu’ adalah matlamat. Tapi jika kita diganggu dengan beberapa perkara hingga mengurangkan khusu’, teringat agenda meting , asaimen dsb tanpa sengaja adakah kita akan berhenti dan memulakan solat kembali? Teringat nasihat ustaz saya. Teruskan! Gandakan khusu’! kuatkan tekad kamu dan kembali kepada landasan sebenar. Jika kita berhenti dan memulakan kembali, ia akan menjadi satu kebiasaan dan itulah diantara factor akan terjadi penyakit was-was dalam sembahyang. Begitu juga dalam kehidupan. Matlamat utama adalah redho dan syurga Allah. Jika kita sedikit terpesong atau leka, kembalilah ke jalan yang benar. Jangan kita mengambil jalan mudah dengan membunuh diri atau membiarkan diri terus hanyut dengan alasan kita sudah berdosa. Sungguh-sungguh pintu taubat itu masih terbuka hingga nyawa kita diambil


Setiap dari kita tahu apa dosa yang kita lakukan. Tak kiralah siapa dia, bertudung labuh atau berjubah, belajar agama atau tidak hanya dia dan tuhan saja yang mengetahui lebih dari org lain. Salinglah sama-sama ingat mengingati akan kita semua tergolong di dalam org2 yang berada di bawah arasy Allah. Ramadhanlah bulan yang paling ditunggu dan bulan untuk melakukan tranformasi dalam diri. Biarpun sudah seminggu berlalu….ingat! masa masih ada teruskan dan mari kita gandakan usaha!!!

Chaiyyok! semua ;)

Saturday, August 15, 2009

Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan


Syeikh Mahyuddin Kurdi - paling tengah dalam kenangan- Al-Fatihah...

Tanggal 7 Ogos 2009, umat Islam sekali lagi kehilangan tokohnya..

Beliau adalah Sheikh Qura’ dunia Islam.

Beliau juga di antara 7 Sheikh Qura’ agung Bumi Syam.

Perjuangannya di alam ini genap 100 tahun telah berakhir.

Beliau adalah Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan.

lagi di sini

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasa tersentak mendengar khabar. Seorang lagi ulama' di panggil tuhan. Seorang shbt saya Izyan punya kenangan dengan Syeikh Qurra' hebat ini. Walaupun sedang sakit terlantar di atas katil, masih sudi menerima pelajar-pelajar untuk memperdengar bacaan quran dihadapannya. Masih terbayang-bayang gambaran yang diceritakan. Dan yang terbaru, pemergian ustaz Asri. Menangis saya tatkala membaca berita di surat khabar. Pemergian dua Insan ini ke alam barzakh meninggalkan sesuatu di dunia. Syeikh Qurdi dengan Quran nya, Ustaz Asri dengan Nasyid menyuntik jiwanya. Dan kita, apa yang mampu kita tinggalkan ketika dipanggil tuhan???

Muhasabah...haasibu qabla an tuhasabu..

Dipetik dari sebuah blog:-

Saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama dengan lautan manusia lain di Jami’ Umawi untuk mendirikan solat jenazah sebagai penghormatan terakhir buat Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi.

Sheikh Naim berkata dalam kelantangan pidatonya yang penuh semangat sejurus selepas solat jenazah sebagai penghormatan terakhir buat Syeikh Al-Kurdi;


Segala amalan sebaik-baik manusia (Khairukum) yang telah disabdakan nabi, itulah yang terdapat pada diri Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi.


Nabi pernah bersabda :
’Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya’


“Dan itulah Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan,”


Nabi juga pernah bersabda :
“Sebaik-baik manusia ialah yang menghabiskan umurnya dengan amalan-amalan yang baik”


“Dan itulah Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan,”


Nabi pernah bersabda lagi :

“Sebaik-baik dikalangan kamu ialah mereka yang paling baik dengan keluarganya”


“Dan Syeikh adalah sebaik-baik orang kepada anaknya,”

“Sebaik-baik guru kepada pelajarnya,”

“Sebaik-baik contoh kepada orang yang mencintainya,”

“Sebaik-baik pemberi nasihat kepada yang menginginkannya,”

“Dan sebaik-baik mursyid kepada orang yang berhajat kepadanya,”


Nabi bersabda lagi :


“Sebaik-baik dikalangan kamu orang Islam ialah yang paling baik akhlaknya”

“ Dan Syeikh Abi Hasan ialah orang yang penuh adabnya, penuh dengan ahklaknya yang mulia”


Itulah kehebatan dan kemuliaan Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi.
Sheikh Qurayim yang juga salah seorang dari Syeikh Qura’ Syam ada berkata dalam pidatonya;


“Syeikh Mahyuddin adalah dikalangan orang tidak bercakap soal dunia. Apa yang ada padanya, itulah yang diterima olehnya,”

“Siapa yang ditunjukkan oleh Syeikh Abi Hasan bahawa dia ialah orang yang baik, maka benarlah bahawa dia adalah orang yang baik. Sekiranya sebaliknya apa yang dikatakan syeikh, maka benarlah kata-kata syeikh,”

Bumi Syam benar-benar menangisi pemergiannya. Antara kata-kata Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi yang paling masyhur dalam melihatkan keizzahannya;


Apabila ditanyakan kepada Syeikh, “Kenapakah engkau ingin masuk ke syurga? ”

Beliau hanya akan menjawab “Kerana aku ingin untuk membaca Al-Quran di dalamnya”

Moga Allah melimpahkan rahmatnya kepadanya dan moga beliau ditempatkan bersama dengan para Nabi dan Rasul di akhirat kelak. Ameen.

Mungkin sebagai renungan, satu sabda Nabi yang tidak asing lagi buat kita semua ;

“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu secara langsung dari hati-hati setiap hamba, akan tetapi ilmu itu diangkat dengan meninggalnya para ulama hingga tidak tersisa seorang alim pun. Maka manusia menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, apabila ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan

http://azanisme.blogspot.com/2009/08/pemergianmu-ditangisi-seluruh-bumi-syam.html


Tuesday, August 4, 2009

Untuk diri-diri yang LEKA


Untuk diri-diri yang LEKA

Apa khabar Diri?
Lama kita tidak bertanya khabar bertegur sapa
Kau terlalu sibuk bekerja dengan dunia
Hingga Kita tiada masa untuk berbicara
Soal iman, hati dan jiwa

Izinkan aku meminta sesaat masamu
Duduk sebentar kita berbicara dan bermuhasabah diri
Kerana Aku adalah Kau dan Kau adalah Aku
Apa khabar Imanmu, bagaimana jiwamu?
Aku rindu pada Khusyu' mu
Aku risau dengan kelekaanmu

Ingatlah wahai diri,
Dunia ini hanya singgahan
Bekal dunia itu juga perlu
Cuma jangan hingga Kau hilang arah tuju
Takut ia menjadi debu-debu
Sebelum sempat sampai ke Dunia itu

Takutnya aku pada Tuhan
Akan kita nanti berdosa
Kerna Kau adalah Jasad, Aku adalah jiwa
Kerna Aku adalah ruh dan kau pula anggota
Dan ketika itu Kita akan sama-sama ditanya
Apakah amalan sepanjang di dunia
Sedangkan ganjarannya hanya dua
Diantara Syurga atau neraka

Dari Aku kepada Kamu...
Jangan biarkan dunia menguasai RUH dan JASADMU

Busyral Huda
masjid UIA

8.30 malam
3/4/2009


p/s: Bicara ruh dengan jasad

Monday, August 3, 2009

pictures with soul

newborn anak sedara


Alhamdulillah, God give me a chance, finally. My first day in photography skill class was full with excitement! Thanks a lot to my very sempoi cikgu, Cikgu Azman for the knowledge and spirit given. Even though i'm the only girl with tudung ala-ala labuh, but i've been treated nicely:) No discrimination in Islam. Taqwa is the subject matter []:)
Presenting Islam Through Art! that what i'm aiming for.
Muslimah photographer ~ sound really interesting rite? May God Bless

*anyone who willing to sponsor me for my SLR camera are warmly invited. D70 Nikon ~wish list. Tak tau bila boleh beli...one day hopefully
to all photographers, jom jadi macam dia: PETER SANDERS

PETER SANDER

Another magnificent Muslim Photographer!

I'm absolutely stunned by his artwork!Delightful and yet different than any others.I really adore his talent.One more thing you need to know about this photographer before you gone through his portfolio,he's a Muallaf!Subhanallah!Peter Sanders, internationally recognised as one of the worlds leading photographer of the Islamic World.
The photographer began his career in the mid-1960's covering Londons' seminal rock and roll scene, capturing now legendary music icons in a collection that is considered a classic by collectors.
“I didn’t know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it. I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj. I didn’t have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too. Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way.”-Peter Sanders.

He shot various muslims culture around the world as he travelled a lot!His scope is wide and most of his shot are mostly about peoples,culture,environment,architecture,interior and nature.Basically his intention is to bring out the beauty of Islam around the world!

"My photography has always been an extension of my life.Photography is a wonderful process - a gift from God - that has allowed me to learn so much about myself and the world around me. Its like chasing a moment, trying to capture a beautiful bird in flight." -Peter Sanders.

Sanders' photographs have appeared in many international publications, including Time Magazine, Paris Match, The Observer, The Sunday Times Magazine, Aramco World and the London based pan-Arab news magazine Al Majalla who published his work as a cover story.

His intimate photographs of the sacred cities of Makkah and Madinah are in great demand.
Peter Sanders Photography Limited includes travel, location and studio photography, a photographic library of over 120,000 slides, as well as the production of fine art prints.

This year will see the publication of his first photographic book, 'In The Shade of The Tree.' Another three are in mid-production, including one about the muslims in China.
His own website,PETER SANDERS PHOTOGRAPHY precisely tell us about his journey to the muslims country:China,Egypt,Darusalem,Kuwait,Mecca,Madina,Morocco,Malaysia and many more to describe!All pictures taken by him along his journey were also displayed.


http://gemersiksufi.blogspot.com/2009/05/photographypeter-sanders.html

Thursday, July 30, 2009

released : Seteguh tekad Furat

Sungai Furat

Sungai Furat terbentang luas dihadapan. Terus mengalir tenang menyusup perlahan ke pelusuk tanah subur. Jernih airnya ternampak hingga ke dasar. Desir angin sedikit kuat mengibar-ngibar kemeja birunya. Air sungai syurga itu diteguk sedikit, terasa atmanya seperti disiram embun pagi. Sejuk terasa mengalir ke setiap saraf dan rongga. Benarlah ada hadis yang menyatakan,sungai Furat ini sungai syurga dunia. Muslim ibn Hajjaj Al Naisabury, meriwayatkan, ia berkata, telah berkata rasulullah SAW: “Saihan Wa Jaihan Wa Al Furat Kullun Min Anhari Al Jannah,"(Saihan, Jaihan, Al Furat dan Al Nil masing-masing adalah berasal dari sungai-sungai surga, Shahih Muslim). Biarpun sebelum ini Furat terus mengalir, dia tetap disitu setia menemani. Namun kali ini mungkin dia akan pergi bersama aliran sungai Furat. 5 tahun terasa seperti sangat singkat. Sungguh-sungguh perjalanan menuntut ilmu sangat penuh onak dan duri, namun hakikatnya terasa sangat manis.

Seluar disinting paras betis sambil kaki mulai perlahan mencecah gigi sungai syurga itu. Dia Muhammad Fateh, pelajar tahun 4 Jurusan Syariah dan Perundangan Maahad Furqan. Harini ini sengaja dia melarikan diri sekejap. Mencari ketenangan dan kekuatan dengan musafir yang panjang. Berharap agar doa dan munajat sepanjang musafirnya akan didengar Tuhan Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya. Dan kini dia terpacak berdiri di tebing sungai Furat yang pemurah setelah semalaman menaiki qitor ke daerah Raqqah. Bukan mudah untuk dia sampai hingga ke tahap ini. Perjalanan selama 5 tahun di sini sebenarnya banyak mengajarnya erti hidup sebagai hamba tuhan yang sebenar. Dia terus bersyukur dicampakkan ke dataran Syam ini untuk memperhambakan diri mencari ilmu. 5 tahun itu kini berlalu. Seusai imtihan madah terakhir 2 minggu yang lepas, dia bertukar pendiam. Lebih banyak berfikir dan termenung. Masanya banyak dihabiskan di bilik atau di Jami’ Manjak. Kadang-kadang beruzlah di Jami’ Umawi sambil-sambil mengikuti pengajian kitab. Adik-adik serumahnya di Hadiqah Sinaah menjadi risau. “Abang Fateh, ada masalah ke?” Sahabat-sahabtnya di rumah persatuan juga selalu datang berziarah dan bertanya keadaannya yang sudah jarang ketemu. Selalunya dia hanya akan menjawab ringkas sambil tersenyum manis “Ana sihat Alhamdulillah. Cuma rindu pada Furat”.

Pagi itu sesudah imtihan madah Qanun Jana’i dia digamit Malic, sahabatnya dari Russia. Lelaki berjanggut pandak berwarna blonde itu akan tersenyum seperti selalu dan akan mencium pipinya tatkala berjumpa. Namun kali ini dia mencium pipi Fateh sambil memeluk erat dan berbisik, “Anta rafiki dunya wal akhirah. Jangan tinggalkan ana”. Ada keruh di wajahnya. Mohammad Fateh tersenyum sambil membalas erat pelukan sahabatnya yang sangat berhati waja ini. Anak muda yang lahir di celah-celah Komunisme namun hatinya penuh seberkas cahaya iman yang lantas membawanya kesini. Malic memberitahu Syeikh Dr. Ramadhan Redho mahu berjumpa. Laju sahaja kakinya menghala ke bilik pensyarahnya itu. Seperti biasa Syeikh Ramadhan akan menyambut tetamunya dengan penuh tarhib disulami doa-doa. Syeikh tua itu sudah seperti ayahnya. Wajahnya tenang dengan cahaya, hatinya bersih, ilmunya tinggi. Perbualannya dengan Syeikh Ramadhan telah memberikan kesan yang sangat besar pada dirinya hingga dia jadi begini. Sebenarnya ada beberapa perkara yang merudung sedikit fikirannya sekarang dan semuanya berkaitan dengan masa depan.

Kerisauan untuk pulang ke Malaysia, tanggungjawab yang menanti, taklif dakwah yang ditanggung, masa depan yang tak pasti dan rindu pada Furat. Ketika mula dia menjejak kaki ke bumi Syam ini, dia telah berazam untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara ilmu disini. Dia membawa harapan ramai orang, ummi dan abi, sahabat-sahabat, guru-guru dan masyarakat. Dia tidak mahu memburukkan nama mereka yang belajar di Timur tengah. Pernah sekali ketika dia pulang ke kampung tedengar sindiran-sindiran dari masyarakat. “Alaah, belajar kat negara arab pun sama je sekarang. Balik ke sini tak bagi manfaat pada masyarakat pun. Cakap Arab pun tak pandai. Lepas tu sebab tak lulus exam, tinggal lama kat sana. Menghabiskan duit mak bapak je”. “Fateh, makcik dengar orang belajar kat Arab sekarang sama je macam orang belajar kat London. Betul ke?”. Pedih hatinya mendengar sindiran-sindiran begitu. Dan dia akan menidakkan sambil tersenyum dan menceritakan bagaimana keadaan disana yang menjadikan pelajar-pelajar bukan sahaja berjaya dalam bidang agama, tapi turut mempersiapkan diri dengan bidang lain sebagai persediaan menempuh cabaran di Malaysia. Kadang-kadang, bukan kerana malas atau main-main. Kawannya Naim, diketahui umum sebagai pelajar cemerlang Maahad terpaksa mengulang satu semester kerana tidak lulus imtihan niha’i. Apabila ditanya dia mengaku sengaja tidak menjawab dengan baik kerana mahu terus menuntut ilmu di bumi barakah ini. Duit bukan masalah utama, di sini rezqi tuhan dimana-mana kerana rakyatnya begitu bersikap pemurah. Apapun dia tidak menafikan, ada juga yang main-main ketika belajar dan tidak menghargai ilmu-ilmu yang subur di tanah tinggalan anbia’ ini.

Baru-baru ini juga kawan baiknya Thariq, bekas pelajar University Islam Antarabangsa menghantar emel kepadanya. Sekarang Thariq bekerja di Jabatan Agama Islam dan dalam masa yang sama peguam di sebuah Firma guaman. Diantara isi kandungan emel tersebut menceritakan keadaan di Malaysia dari isu politik, isu semasa, gejala social dan serangan pelbagai pihak pada kesucian Islam. Dibahagian akhir emel tersebut tertulis sedikit pesanan. “p/s: Fateh bila nak balik? Aku tunggu kepulangan kau. Balik nanti kau kerja dengan aku ya. Aku sangat perlukan kau untuk membantu aku menyelesaikan kes-kes disini. Malaysia kian gawat Fateh. Tambahan pula kau jurusan Syariah dan undang-undang. Dan yang paling penting aku nak kau ada waktu walimah aku nanti. Aku dah nak kahwin, kau bila?”. Hatinya dirudung risau. Beginikah Malaysia sekarang? Sepanjang 5 tahun dia hanya pulang sekali sahaja itupun pada tahun kedua pengajian. Apapun Thariq sudah mahu mendirikan rumah tangga. Dia tumpang gembira. Siapalah gadis bertuah tu. Ah, Thariq itu walaupun karekternya sedikit gila-gila tapi dia berjiwa besar. “Mabruk untuk kau Thariq”…

Betullah semakin bertambah umur semakin dekat dengan kematian dan semakin akan bertambah tanggungjawab. Umurnya yang sudah menjangkau 26 tahun adalah waktu yang sesuai mendirikan rumah tangga. Menerima tanggungjwab baru sebagai suami dan bapa. Bukan tiada yang berkenan di hati, malah dia turut dirisik pihak muslimat di sini. Ramai juga kawan-kawannya yang sudah berumah tangga sambil belajar. Dia cuma mahu menumpukan perhatian pada mencari ilmu dan hatinya sendiri sebenarnya masih belum terbuka. Tambahan dia tidak punya ramai kawan perempuan kerana meletakkan syarat pada dirinya. Tiada istilah ‘ hanya kawan’ dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Pasti akan terselit sedikit perasaan terutama jika kedua-dua pihak masih tidak berpunya. Perhubungannya hanya terbatas pada kerja dan perbincangan-perbincangan ilmiah sahaja. Walaupun ramai yang berpendapat dia berfikiran kolot dan syadid namun dia punya sebab tersendiri. Hanya manusia dan tuhan sahaja yang tahu tahap iman dalam diri seseorang. Dia takut dengan iman sebegini, dia akan tewas. Biarlah wanita yang akan dia kenali nanti adalah wanita yang akan menjadi isternya yang sah. Dia cuba mengelak bercinta-cinta. Jika mahu lahirkan generasi yang soleh, ianya bermula sejak dari remaja lagi. Dan kini dia sudah bersedia untuk memulakan pencarian. Bak kata Saifulislam, jodoh itu tidak datang bergolek. Bukan hanya doa dan tawakkal, tapi juga usaha!

Air sungai Furat terasa berkocak. Terpercik air-air jernih di atmosfera. Dia terjaga dari lamunan. Ah! Terasa gulau hati ini. Fateh beristighfar panjang. Bukan senang membuat keputusan dalam hidup. Dia bukan seorang yang terdesak jauh lagi dipaksa. Cuma sekarang dia merasakan masanya sudah tiba. Gadis itu, Sumayyah ‘Athiyyah namanya. Wajahnya seperti gadis melayu biasa namun sejernih Furat. Gadis itu dikenalinya di internet melalui satu laman web perbincangan hal-hal berkaitan agama. Sebagai seorang moderator tetap laman web tersebut, menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan berpandukan sumber-sumber yang sohih. Kehidupannya yang memang bergelumang dengan kitab-kitab dan dikelilingi para ulama banyak membantu. Kadang-kadang dia turut sama dalam perbincangan yang kebanyakkannya berkisar tentang agama dan isu semasa. Sungguh-sungguh dia kagum dengan gadis ini. Walaupun bukan dari jurusan agama, pengetahuan dan semangatnya untuk belajar sangat tinggi. Dia banyak ditanya dan berbincang tentang pelbagai masalah mu’asirah. Melalui profil gadis ini, barulah dia tahu Sumayyah ini salah seorang ahli satu badan NGO islam. NGO yang diberi nama Institute Mus’ab bin Umair ini ditubuhkan khusus untuk melatih dan melahirkan para du’at professional. Fokus Institut ini juga bukan sekadar metod dakwah biasa tetapi lebih kepada memahami dan menjawap persoalan-persoalan zaman moden seperti pluralism, secularism, feminism dan isme-isme yang lain. Walaupun isu-isu begini agak baru baginya, namun dia akan sedaya upaya membantu dengan mencari jawapan terbaik berpandukan sumber-sumber muktabar selain merujuk beberapa kitab-kitab falsafah karangan ulama-ulama mutakhir. Jika masih tidak ketemu jawapan, dia akan merujuk para syeikh dan selalunya Syeikh Ramadhan Redho lah yang menjadi rujukan utama.

Dia tahu Sumayyah ‘Athiyyah tidak pernah kenal dirinya malah menganggapnya seperti moderator lain yang kebanyakkannya sudah berumur dan berkahwin. Dia juga tidak berniat mendedahkan identity sebenar. Baru-baru ini gadis itu menghantar emel mengucapkan terima kasih dan memintanya membuka laman web Berita Harian. Barulah dia tahu gadis itu telah menjadi salah seorang panel dalam satu program yang dianjurkan NGO mempertahan kan hak-hak wanita. Gerakan Feminisme di Malaysia. Diantara isi emel tersebut berbunyi “ Terima kasih ustaz banyak membantu saya. Alhamdulillah, saya dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukan mereka dengan baik walau mereka seakan-akan cuba memerangkap saya menggunakan dalil-dalil agama. Saya hampir-hampir kelu. Namun saya sentiasa berdoa moga yang hak akan tertegak dan yang batil akan terbongkar. Saya juga banyak menerima respon-respon positif”. Fateh tersenyum dan mengucap hamdalah. Moga-moga usahanya diredhoi Allah. Dia menyambung bacaan emel. “ Apa yang saya dapat konklusikan secara tidak formal melalui pemerhatian saya, kebanyakan mereka ini tidak berkahwin. Persoalan-persolan yang diutarakan juga diantaranya mempertikaikan hak-hak wanita contohnya hak untuk thalaq, hak pada harta pusaka dan kenapa syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya. Bagi saya mereka tidak merasakan kebaikan dan ni’mat yang ada pada sebuah perkahwinan. Jika tidak berkahwin, bagaimana mampu untuk tahu apakah hikmah yang tersirat dan bagaimana seorang wanita itu menjadi mampu untuk taat pada perintah-perintah tuhan dengan hukum yang dikatakan mereka sebagai berat sebelah. Apapun saya tidak menafikan memang terdapat penindasan pada wanita terutama pada penderaan psycologi dan penderaan fizikal. Namun ianya bukan berpunca dari akar hukum, tapi sikap manusia itu sendiri. Walaupun saya juga sebenarnya masih belum berkahwin. oleh kerana banyak turut serta dalam perbincangan-perbincangan sedikit sebanyak ianya telah memberi gambaran yang agak jelas berkaitan isu ini. Apapun terima kasih pada ustaz kerana banyak membantu”. Fateh menjadi bertambah kagum.

Seminggu selepas emel itu diterima, Fateh membalasnya. Mukaddimahnya dengan sepotong ucapan tahniah dan dorongan agar terus istiqamah dalam perjuangan yang dilalui. Diakhirnya setelah beristighfar dan berselawat menetap tekad Fateh seakan tanpa sedar menulis sebaris ayat “ Sebenarnya saya ada hajat yang hendak disampaikan. Saya Muhammad Fateh, seorang musafir di bumi Syam ingin menawarkan diri saya dengan ikhlas menjadi suami yang sah dan teman hidup dengan saudari. Tiada paksaan untuk menerima melainkan setelah bertanya pada Tuhan dan meletakkan keyakinan. Saya juga redho dengan jawapan yang akan diberikan. Moha-moga Allah memudahkan urusan saya dan saudari dan dikurnia keberkatan .


p/s: bersambung....atau anda boleh menyambung sendiri ceritanya. saya terdelete endingnya dan masih dalam proses mengingat. kalau sempat. Insya Allah.tq