
Monday, November 23, 2009
Warkah dari Baitul 'Atiq

Friday, October 30, 2009
Criminalise war~ Peace untuk aku

Sebulan dua ini agak memeritkan. Penat merasa bersalah, mengaku bersalah, dipersalahkan, menyalahkan dan mempersalahkan diri. Apapun saya mohon maaf dan bertanggungjawab atas semua kesalahan. Tiadalah saya ini sempurna, hanya pacal tuhan yang lemah saja. Penat juga bersedih, merasa sedih dan bersedih-sedih. Jadi untuk kali ini biar saya menulis dengan hati yang tenang dan gembira. Amaran! Ini bukan artikel serius atau ilmiah seperti menceritakan tentang tamadun Yunani dan mesapotamia atau bajet negara apatah lagi mesyuarat luar biasa (EGM). Hanya suka berkongsi pengalaman ke Criminalise War di PWTC.

…………………………………………………………
Agak lama tidak naik LRT. Hanya hidup disekiling UIA terchinta sahaja. Jadi Khamis 29hb bercadang untuk ke PWTC, ke Convensyen n Exhibition Criminalise War anjuran Global Peace and Perdana foundation. Petang itu saja masa yang ada kerana Jumaat malam ada test Trust, sabtu dan ahad ke Putrajaya menjaga kakak yang baru bersalin petang Khamis itu juga (anak saudara ke-3 untuk tahun ini, Alhamdulillah). Tiada masa lain, jika tidak pergi pada petang itu bermakna saya tidak akan pergi terus. Jadi saya bertanya beberapa orang kawan jika mahu ikut pergi, tetapi semuanya ada kelas dan mahu bersedia untuk exam. Jadi, hanya saya seorang. Dengan bertawakkal pada Allah…saya memulakan perjalanan merentas Kuala Lumpur bertemankan malaikat di kiri dan kanan dan ismullah. Mungkin ada berkata “pulun sungguh budak ini” tapi itulah saya. Saya memang suka International law, international issue dan yang penting saya memang suka perang! Bukan bermaksud saya suka berperang, tapi kerana saya benci perang yang berlaku sekarang. Perang terhadap ISLAM! Mungkin juga terpengaruh dengan buku Kombat 1511 faisal tehrani dan sebenarnya ada bercita-cita menulis buku tentang ini dan sedang mengumpul maklumat perang moden. Jangan lupa membelinya nanti :)
Sudah lama tidak naik komuter, naik Star lagila. Kecut juga takut tersesat sampai ke Thailand. Tapi redah dan tawakkal saja. Sampai di sana terus masuk ke exhibition. Masa sudah pukul 4 petang. Free Admission…bagus2. Tengah pokai juga sekarang. Maklumlah akhir sem, bawa duit pun cukup2 saja. Tapi tup tup ada sticker tampal kat situ :Adult rm 5. Camna ni? Siap ada kotak duit lagi di depan pintu. Saya bertanya kepada bro cina itu? Donation or fees? Dia kata fees, tapi sebenarnya akan jd donation. Maksudnya fees la tu. Saya pun buka purse alamak…tahun lepas free ja masuk. Nak tunjuk kat matrik gitau student pun japgi dia kata kedekut betul budak ni. Tudung saja labuh. Ok2…fine
Anda nampak ayat di sebelah kanan??? FREE ADMISSIONBoleh dikatakan exhibition seperti tahun lepas juga. Mungkin ada sedikit tambahan. Nak tau ada apa? Anda kena pergi dan rasainya sendiriJ Takpe donation:) Habes exhibition saya lalu di hadapan dewan. Wah bestnya…ada konferens. Dah ramai masuk dan dah lama bermula. Cuba beranikan diri, buang rasa segan bertanya “akak, bleh join ke conference ni”. Dia kata boleh. Saya pun bertanya tentang beg hijau yang dipegang mereka. Anda tahu apa katanya, “masuk free dik, tapi kalau nak beg tu dan barang dalam tu kena derma Rm 10” What??? Hadoii...Derma paksa lagi. Huhu. Oleh kerana didalam itu ada ucapan dan badges yang cantik saya pun dengan gentlegirl berkata “takpe kak, bagi saya satu”. Bagi saya ianya satu derma paksa yang menindas pelajar yang dahagakan ilmu seperti saya. Sangat tidak patut!

Tatkala masuk, terasa kerdilnya diri. Dewan PWTC yang tersergam indah itu dipenuhi manusia yang berpakaian cukup formal dengan kot dan sebagainya. Saya pula hanya pakai pakaian ke kelas tadi dahla hitam putih coz harini “professional day”. Nampak agak dull dan macam budak kampung. Memang pun. Tak jadi masalah asal menutup aurat dan tidak kesejukan di dalam aircond. Alhamdulillah, belajar di UIA. Takla terkejut sangat melihat manusia pelbagai warna kulit dan jenis rambut. It was a beautiful day! I’m sitting in the same hall with those people who love peace! Yeay! ;) peace 4 all. Sebenarnya dah ada banyak session. Dan kebanyakan sesi itu lebih bersifat seperti forum, hanya melibatkan 3,4 speakers. Alhamdulillah, saya pergi ketika sesi Question and Answer Session with Dr Mahathir. Tak la Q n A session sangat. Dr Mahathir tak tanya pun soalan, juz bagi peluang kepada semua speaker bercakap dan meluah perasaan. Ada 10 speakers atas pentas. Rais yatim, Sanusi Junid, General (b) Mohd Azumi, Mr.Denis Halliday, Mr. Hans von Sponeck, Mr Sami al-Hajj (the victim), Mr Moazzam Begg (The victim) dan ramai lagi.
Memang semua berapi marah kat AS and Jew for the war created by them. Keluarla macam-macam fact. Dari Iraq, Pentagon , 9/11 incident, Korea sampai ke Iran. Fakta pelik tapi benar, fakta disebalik tabir, fakta tahukah anda dll. Sampai last tu ada lagi speaker yang naik minta bercakap. Tapi malangnya ada yang bila bercakap, they said “sorry, I’m speechless”…guane tu pokcik. Nak cakap ke idoknye. huhu. Tapi memang seronok juga. Walau saya tidak sempat dengan semua speaker. Dan rasa bangga sket-sket pun ada. Semua puji Malaysia dan Dr M. Siap kata Dr M ni memang patut dapat hadia Nobel lagi. ececeh... Dr M ni pun unpredicted juga. Masa dia jadi PM dulu senyap je bab-bab ni. Tapi bila dia dah lepas jawatan, berani sungguh. Kutuk Jew and AS terang-terang. Memangla, sebab bukan dia yang nak kena. Malaysian Government yang kena. Tu la, Dr M ni memang orang hebat, tapi ada juga perkara yang tak faham tentang dia ni. Apapun, bagi saya ianya satu usaha yang bagus. Panjang lagi nak cerita sebenarnya. Tapi cukupla setakat ini. Perang itu sebenarnya satu kemusnahan, kerana sudah tiada lagi beza diantara hati manusia dan hati binatang. Tiada lagi rules and ethics seperti perang zaman nabi dulu. Dan anda semua dipersilakan untuk hadir ke sana sampi 31 oct . Weekend ni ramai orang, Insya Allah masuk free. Sebab masa saya pergi tak ramai orang. Tapi apapun it is a sadaqah! Tak dosa bagi duit, tambah pahala lagi ada. Jenayahkan Perang! Peace for All! Allahu Akbar :)
Saturday, October 24, 2009
....
Sunday, October 18, 2009
muslim organs for Sale!!!
Tentera-tentera Zionis Israel disyaki menculik warga Palestin untuk diambil organ tubuhnya kemudian dijual ke pasar gelap. Surat kabar Swedia Aftonbladet membongkar hal itu dalam artikelnya berjudul "Mereka Merampas Organ Tubuh Anak-Anak Kami."Dalam artikel itu disebutkan bahwa tentera-tentera Zionis menculik anak-anak muda Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza. Anak-anak muda itu dikembalikan lagi pada keluarganya dalam keadaan meninggal dunia, setelah diambil organ tubuhnya.
Seorang lelaki Palestin asal kota Nablus berkata pada wartawan Aftonbladet bahwa kerabatnya dijadikan “penderma” organ tubuh secara paksa oleh tentera-tentera Zionis itu dan masih banyak warga Palestina yang menjadi korban kebiadaban pasukan Zionis. Korban penculikan yang meninggal diketahui telah kehilangan organ tubuhnya setelah dilakukan autopsi.
Dalam artikelnya, Aftonbladet juga membeberkan peristiwa yang terjadi tahun 1992, ketika seorang aktivis muda Palestin ditangkap oleh tentara Zionis di kota Nablus. Aktivis itu ditembak di bahagian dada, di perut dan di kedua kakinya kemudian dibawa ke tempat yang tidak diketahui oleh tentara-tentara Zionis itu. Jenazah pemuda Palestin bernama Bilal itu baru ditemukan lima hari kemudian. Menurut Aftonbladet, saat ditemukan, keadaan Bilal saat menyedihkan. . Ada luka terbuka luas di bahagian dadanya, yang menunjukkan penyiksaan yang sangat kejam.Aftonbladet mengaitkan laporannyanya dengan sindikat kejahatan penyelundupan
organ tubuh manusia di New Jersey, AS yang baru-baru ini terbongkar. Sejumlah rabbi Yahudi di AS ditangkap, karena terlibat dalam sindikat tersebut.
Maaf atas khilaf

Sahabat
Sungguh aku tidak bermaksud begitu
Tidak pula mahu menguji
Bukan bermaksud melarikan diri
Atau mahu menambah susah dihati
Aku cuma Insan biasa seperti kamu
Yang punya perasaan tidak tertahan
Yang punya kerisauan pada masa depan
Yang punya airmata tanda duka
Yang punya senyum tanda suka
Yang punya beban menghempap jiwa
Maaf atas khilafku sahabat
Andai membuat engkau merasa
Tidak enak dan tidak suka
Tidak pernah terniat dihati
Untuk biarkan ia terjadi
Mungkin ini kelemahanku
Maafkan aku...maafkan aku
Mari kita sama-sama memohon
Diberi kekuatan dari tuhan
Dengan ikhlas dan pengharapan
Agar ranjau perjuangan ini
Akan dipermudah tuhan
Dan aku akan sentiasa berdoa
Agar dapat terus berada disisimu
Meminjamkan bahu dan pancaindera
Moga perjuangan kita tidak kalah
Jiwa kita tetap gagah
Dan iman kita semakin bertambah
P/s: Khas untuk sahabat sukaduka. Forgive me for the incident happen. Tiadalah ana ini mampu menjadi yang terbaik. Allah jualah yang layak
Hanya coretan lama penambah semangat
Coretan Syawal baru-baru ini yang tidak diposkan. Tulisan sudah lapuk, buat penambah semangat. Kepada sahabat k.g, geah dan Syidat dan sahabat2 yang lain….mari kita teruskan dengan keikhlasan dan penuh pengharapan! Buatlah keputusan terbaik yang dirasakan tenang dan kita takkan menemui penyesalan. Biarpun hakikatnya sangat sukar dirasakan. Allah Ma'ana
__________________________________________________________________________
“ Apabila seseorang tu redha dengan kesakitan maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya (hadith riwayat Bukhari)
Maksudnya lagi bertambah iman mereka yang sakit jika kita redha dan terus kuat untuk hidup. Dan sakit saya ini hanya sedikit tiada apa-apa jika dibandingkan ujian sakit kepada sahabat-sahabat yang lain. Yang pasti tidak dapat dibandingkan dengan sakitnya MATI!
Tapi saya pula yang tidak dapat menahan kesedihan berbanding mereka. Dengan dah memang selsema, maka bertambahlah lagi hingus mucus saya. Saya hanya mampu memeluk mereka dengan kuat dan memberi kata-kata semangat. Dan paling saya tidak mampu apabila memeluk Hakimi, this small boy is an orphan now. Dan saat mengebumikan, Baba saya yang membacakan talkin. Sangat syahdu. Seorang mertua membacakan talkin untuk menantunya yang pergi dulu That’s all to say. They are my child now.
Keluarga itu Madrasah kehidupan
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk abang Ipar saya Abdul Rahman Bin Bilhaq. Doakan moga dia digolongkan Allah bersama orang-orang yang beriman.
Monday, October 12, 2009
Undefined

