Monday, June 16, 2008

i'm here Malaysia!!!

2 bulan yang tak dapat di bayangkan. aku di Malaysia skrang...terima kasih, jazzkllh untuk sesiapa yang menolong kami disana. adik wah, fizi, k.umi, mujahid dan semua yang tak dapat disebutkan disini sebab ramai sgt yg baik2. Allah sahaja yang dpt membalas jasa baik dan segala pertolongan. huhu.sedih

Banyak perkara yang berlaku. Dari gembira hingga ke sedih. Ditipu dan dianiaya oleh org yang bernama manusia dari mula pergi hingga sampai ke Malaysia. Allah jugalah yang berkuasa memberi balasan diatas apa yang terjadi. Kepada sahabtku empat orang yang masih menneruskan perjuangan disana, moga semua berjalan lancar. saya balik dulu walupun dengan hati yang berat.huhu. sedih lagi.Moga berjumpa di Malaysia

Blog ini akan berubah wajah. tak lagi menceritakan ttg diri aku. mencapap ja kan..current issue, comment dan pendapat mengenai pelbagai isu. Insya Allah. jumpa di post akan datang. see ya

Friday, June 6, 2008

Mission Islah nafsi hampir di hujungnya


Alhamdulillah....tiada apa yang dapat ku katakan atas nikmat yang Allah berikan ini. Harini akhirnya berjaya jg aku meringankan tangan mengisi blog ku yang hampir nak kena tutup ini. huhuhu. Subhanallah....sungguh kerdil diri ini terasa. Sudah sebulan lebih di bumi anbia' ini, banyak yang dipelajari. Akhirnya 13 jub ini waktu untuk berangkat pulang meninggalkan kenangan yang takkan dilupakan hingga mati.

Insya Allah, harini aku akan khatam quran. Fabiayyi Aala irobbikuma tukazziban. tapi sangat memerlukan pengorbanan yang besar. Till today
kali ke 3 tak ikut sahabat2 pergi jaulah. sedih sungguh, tapi sungguh2 apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah maha adil. Syukr Lillah....Insya Allah Ahad ini akan berjumpa syeikh untuk test ambik sanad quran. Moga Allah permudah.Ameen

Sebenarnya perjalanan pulang ke Malaysia lebih menakutkan. tanggungjawab yang dipikul. walaupun hanya 2 bulan, namun terasa sangat berat akan tanggungjawab ini. perubahan yang hendak dilihat dan dikongsi. Moga Allah membantuku....

Seven days to go......selamt tinggal Syria Al-Asad