Sejarah dan sekadar kekaguman
Saya terbaca satu buku yang sangat menarik. Kerana penulisnya berani untuk menetang arus norma pemahaman masyarakat apabila mengatakan tidak percaya sejarah mungkin berulang kembali. Dalilnya ialah kerana evolusi atau kelansungan penciptaan merupakan satu Sunnatullah dalam alam. Allah tidak berhenti menciptakan sesuatu yang baru dalam alam ini.
“ Setiap waktu Dia dalam kesibukan “ (Ar-Rahman : 29)
Penulis buku itu juga percaya di dalam sejarah tidak terdapat teladan. Sejarah telah banyak sekali menunjukkan contoh bahawa sebab-sebab yang mengakibatkan binasanya umat dan generasi selepas itu tanpa dapat mengambil sedikit pun darinya.
“ Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah. Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari umat-umat yang lain. Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari kebenaran” (Al-Fathir : 42)
Akan tetapi di dalam sejarah terdapat ketentuan-ketentuan yang memandu semua peristiwa kepada arah yang dikehendaki. Pendapat saya, ini adalah penyataan sinis penulis kepada masyarakat sekarang ; kita yang tidak pernah mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Impliedly, it shows how arrogant we are.
Mendoktin minda dengan pemahaman
Semester baru yang telah berlalu beberapa minggu ini turut membawa kepada beberapa pertukaran pimpinan, terutamanya pimpinan kampus. Jadilah kita Fuqaha’ bukan Khutaba’. Fuqaha’ iaitu mereka yang benar-benar memahami berbagai-bagai ketentuan, bangkit dan runtuhnya masyarakat serta pandai mengaplikasikan ketentuan-ketentuan tersebut. Mereka yang bergelar fuqaha’ ini, akan memimpin umat kepada kemajuan dan kemenangan. Adapun umat yang diatur golongan Khutaba’, iaitu orang-orang yang ahli berbicara, yang hanya pandai bermain perasaan dan sentiment, maka umat itu akan terus dipersonakan dengan pelbagai-bagai harapan yang dijanjikan khutaba’. Ini menyebabkan apabila mereka menghadapi pelbaga-bagai cabaran, mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan lalu mereka gagal dan menjerumuskan mereka yang dipimpin ke pada kebinasaan.
Rasulallah bersabda “ Sesungguhnya kamu sekalian berada pada suatu zaman, banyak ulama’nya dan sedikit khutaba’nya. Barangsiapa meninggalkan sepuluh dari ajaran yang diketahuinya nescaya akan binasa. Dan akan datang kepada manusia suatu zaman, sedikit ulama’nya dan banyak khutaba’nya. Barangsiapa berpegang teguh dengan sepuluh ajaran yang diketahuinya, nescaya akan selamat”.
Sirah menunjukkan bagaimana Fiqh Rasulallah telah mengalahkan Khitabah Abu Jahal. Buktinya pada peperangan Badar. Rasulallah telah mempersiapkan pengikutnya sejak 12 tahun sebelum berlakunya peperangan Badar. Disini, Baginda menunjukkan ‘teladan terbaik” tentang pengorbanan juga ikatan kasih sayang dan iman di dalam maksud hijrah. Baginda telah berjaya menggerakkan kekuatan yang sedikit itu dengan kerelaan berkorban untuknya dan pemahaman yang jelas ketika mereka benar-benar turun ke bumi Badar. Adapun Abu Jahal telah memberikan “teladan yang baik” untuk menggerakkan kekuatan dengan cara mengerutkan kening, membangkitkan kepahlawanan melalui pidato yang gempak, menggelora dan menggegarkan.
“Demi Allah, kita tidak akan kembali sehingga berjaya membebaskan Badar. Setelah itu kita akan minum-minum khamar, para penyanyi akan menyanyikan lagu untuk kita dan semua orang arab akan mendengar tentang kita dan perjalanan kita sehingga mereka akan menghormati kita sampai bila-bila”
Pidato tersebut ternyata berkesan mempengaruhi para pengikutnya dan berhasil membentuk pasukan Quraisy sebanyak 3 kali ganda daripada pasukan muslimin yang hanya 313 orang. Apabila kedua-dua pasukan itu bertembung, ternyata ‘fiqh’ nabi menghancurkan ‘khutaba’ Abu Jahal.
Namun sejarah dulu dimulakan kembali oleh para Zionis Israel. Mereka mendalami Sirah lebih dari kita. Maka pada tahun 1967, Israel mempraktikkan satu sudut dari strategi rasul dengan memberikan kepada bangsanya ‘teladan tertinggi’ yang membuatkan bangsa itu rela bekorban untukknya, mempersatukan barisan mereka, mempersiapkan mereka dan memanfaatkan mereka. Dan ketika negara itu keluar bersama mereka, dengan sangat baik dia mampu memanipulasi geografi dan kekuatan peperangan. Pada method yang lain masyarakat Arab mempraktikkan method ‘tanpa persiapan” Abu Jahal. Mereka tidak memberikan teladan tertinggi serta meninggalkan bangsa itu tanpa ikatan, kecuali ikatan suku, bangsa, kaum dan kemaslahatan sendiri. Apabila gendang perang dibunyikan mereka mendatangkan para artis penyanyi dan dengan berapi-api menyampaikan pidato
“ Demi Allah, kami tidak akan kembali hingga berjaya menghanncurkan Israel beserta orang-orang yang ada dibelakangnya serta berjaya memasuki Tel Aviv dengan nyanyian UMI KALSUM”
Kedua-dua kelompok itu bertempur selama 6 jam dan sekali lagi strategi fiqh Rasul yang digunakan Israel mengalahkan Khutaba’ cakap berapi Abu Jahal.
Kita?
Pernah dengar kata-kata “ Berjuanglah kerana kefahaman, bukan kerana semangat hammasah semata-mata”. Trend semasa menunjukkan samada di masyarakat luar mahupun dalam kampus ‘perjuangan’ hanya bermula apabila siren pilihanraya diumumkan. Dan tatkala waktu itu datang, maka kita akan melihat perlbagai reaksi samada dari mereka yang memimpin atau yang dipimpin. Pada waktu inilah kita akan melihat ceramah- ceramah secara marathon berapi-api, juga tidak ketinggalan “kemurahan” hati menghulurkan wang-wang belanja, sogokan juga slogan masyarakat dekat dihati rakyat. Hatta jalan raya yang dulunya berwarna merah menjadi hitam hanya dalam satu malam. Diperingkat yang dipimpin, waktu inilah menunjukkan taat setia walau tidak pernah sekalipun turun ke usrah atau waktu inilah masa mempersoalkan pelbagai masalah dan hukum hakam, menghambur segala kritikan walau tidak pernah sebelum ini terlibat atau menghulurkan bantuan.
Kita di peringkat kampus juga sedikit sebanyak terkena tempias. Jika method ‘tanpa persiapan” Abu Jahal yang digunakan, maka pada waktu inilah pemahaman secara marathon diberikan. Pada fatrah peranglah segala buku-buku haraki dibaca dan difahami. Maka keluarlah segala sirah peperangan, hadis-hadis semangat dan lain-lain yang dipaksakan untuk diterima. Di waktu ini juga mereka yang dipimpin mempersoalkan pelbagai perkara, menolak melakukan pengorbanan dengan pelbagai alasan, mempersoalkan tentang hak dan lain-lain.
Hakikatnya, kita masih belum faham atau kita masih gagal memberikan pemahaman sepertimana nabi membawa para syahid Badar. Kita bergerak tanpa ruh dan semangat yang memenuhi jiwa. Kita masih tidak mampu mengorbankan hidup kita demi perjuangan. Kita masih tewas dengan bisikan-bisikan syaitan yang mahu mengalahkan. Sebenarnya sahabat-sahabat, Kita masih tidak faham apa yang kita perjuangkan! Maka carilah makna di sebalik semua ini. Jika yang kita bawa itu adalah Islam agama yang kita pegang…sungguh tiada yang dapat menyekat kemaraan kita. Moga apabila janji tuhan Islam akan menang sudah terbukti , kitalah yang menjadi salah seorang yang memegang panji!