Thursday, October 18, 2012

Menarik sungguh hidup ini!

Termenung lagi...


Ya, kali ini saya kembali termenung. Tafakur. Muhasib. Merenung dalam ke dalam atma yang seakan sesak seperti di traffic jam. i quit. Saya berhenti dari chambering selepas seminggu di atas alasan yang cukup untuk membuatkan saya tidak menyesal dan bersyukur. Allahu a'lam. 

Saya tertanya-tanya, pasti ada yang tidak selesai dengan kehidupan saya. Mengajar selama sebulan, chambering selama seminggu dan apa lagi seterusnya? Jika saya melihat dari sudut yang negatif dan prasangka, saya merasakan saya seorang yang tidak mampu melakukan apa-apa kerja, tuhan tidak sayang pada saya, saya seorang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat tuhan, tuhan menduga saya kerana dosa saya dan pelbagai lagi prasangkan dan andaian. Berbulan-bulan saya menjadi penganggur terhormat. Sehingga kakak naqibah saya Nurul Suhadah Shuib bercanda "Kamu patut menulis travelog Busyra. Travelog penganggur berijazah dua". 

Dan saya sungguh kecewa. Morally down, mentally lost membawa kepada -hidup hanya seperti nyawa-nyawa ikan.


Dan seperti biasa, Tuhan itu terlalu sayang pada makhluk ciptaannya. DIA membuatkan saya tersedar. Owh! MENARIK SUNGGUH HIDUP INI. Hikmah itu selalu ada. Sentiasa ada. Apa yang saya mahu sebenarnya? Saya mengatur, tuhan juga mengatur. Wa Makaru Wa Makarallah, Wallahu Khairul Makirin. Dan aturan Allah itu yang paling terbaik. Ini adalah nikmat yang saya tidak pernah sedar. Berbulan-bulan di rumah, saya berpeluang menjaga mak dan baba manusia terbaik dalam hidup saya. Berpeluang mengajar di sebuah sekolah menengah harian -bukan sekolah agama-, membuatkan saya dapat mengenal manusia yang berada dalam peringkat muda. Saya kehilangan 3 kilo dalam masa sebulan. Dan berpeluang chambering membuatkan saya mengenal bagaimana manusia di peringkat atasan. Hidup penuh hipokrasi dan mengejar kemahuan manusia. Saya punya kenangan pahit di sini. Kemudian saya bekerja sebagai pemotong kertas di oneheart, pencuci di rumah sewa, tukang masak, tukang basuh.

Allah sedang mengajarmu! Busyra, walaupun kamu memiliki 2 ijazah, namun kamu tetap hamba yang tidak ada apa2 walau untuk menentukan rezkimu sendiri. Allah lah yang maha berkuasa.

Chambering tidak pernah termasuk dalam list kehidupan saya. Dan tiba-tiba saya melakukannya selepas berfikir dan mendengar nasihat ramai manusia. Saya mahu mencuba! Saya mahukan title Adv & Sol supaya saya dapat memberi kepada ISLAM. Itu tekad saya. Namun, akhirnya saya percaya ia bukan jalan terbaik kepada saya untuk menyumbang kepada Islam. Saya akur. Saya sedar kelemahan diri.


Dan kini saya masih mengharap dan masih mencari-cari jalan yang harus saya lalui untuk sampai dengan berjaya kepada tuhan dengan  lorong rezeki ini. Jalan terbaik untuk saya memberikan yang terbaik pada agama saya. Harapannya. Dalam hidup ini terlalu banyak yang boleh dipelajari. Hidup kita adalah fairytale yang sudah ditulis oleh Penulis yang maha hebat. Dan saya menulis cerita ini supaya saya akan selalu ingat dan tidak tersesat.

Hidup ini sungguh menarik untuk diteroka

Wednesday, October 3, 2012


Bismillah…
4/10/ 2012. Saya masih bingung ke mana hala tuju kerjaya saya. Dan saat ini saya sedang berteleku di sebuah firma guaman bersebelahan KLCC yang sudi mengambil saya bekerja sebagai chambering student. Selepas tamat pengajian bulan 4 yang lalu, terlalu banyak yang saya belajar. Kadang-kadang apa yang berlaku tidak seperti yang kita rancangkan. Sebab itu dalam kehidupan kita perlu bersedia kepada sebarang perubahan dalam perancangan. Expect the unexpected.

Walaupun baru empat hari bekerja, saya sudah mahu menghantar surat perletakan jawatan. Sungguh saya tidak mampu. Dengan gaji hanya RM1000 dan balik malam, ditambah dengan kerja yang menyulitkan, kali ini saya perlu ikut kata hati saya setelah sebelum ini saya mengikut pendapat orang lain. Sungguh, saya sudah mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk agama saya. Namun, mungkin bukan dengan jalan ini.

Sejak awal lagi saya sedar, chambering bukanlah option yang akan saya ambil. Namun atas desakan, nasihat orang sekeliling dan sikap mahu mencuba, saya gagahkan diri. Ternyata ia tidak kena.
Doakan moga Allah lorongkan jalan yang terbaik buat saya. MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK AGAMA.