Friday, May 24, 2013

Hidup bertuhankan sehelai kertas di dunia kapitalis




Alhamdulillah, sudah hampir satu semester meneruskan hidup sebagai pelajar master. Terasa baru saja saya termenung di tingkat enam sebuah firma guaman dalam keadaan penuh dilema. Berhenti. Cari kerja lain. Hampir dapat. Last minit, tak dapat pula. Tidak keruan juga hidup. Saat penuh kritikal. Akhirnya, setelah puas berfikir dan berair mata, borang master dihantar. Aku perlu teruskan hidup! Dengan pointer cukup makan. Saya seorang yang agak tidak kisah dengan pointer. Saya bertawakkal. Dengan berijazah dua, saya mengajar kanak-kanak membaca di sebuah pusat tuisyen. Menyara diri sendiri. Cuba tidak menyusahkan keluarga. Allah saja yang tahu gelisah dan ombak yang berombak di jiwa *bersastera sikit. 

Alhamdulillah, setelah berpuluh kali menelefon UIA, sehari sebelum mendaftar saya mendapat keputusan diterima sebagai pelajar Master. Ya Allah, sungguh saya tidak menyangka akhirnya di jalan ini yang Allah letakkan. Padahal ia adalah pilihan yang berada pada rangking terakhir. Dengan duit bekerja, saya membayar yuran dan apa yang patut. Mengambil jurusan yang agak lari sedikit dari ijazah sarjana muda dahulu undang2. Fiqh, namun masih tetap berkaitan. Dengan niat mahu berhijrah dan mendalami ilmu agama dan bahasa Arab. 

Saya menyara diri sendiri dibantu bantuan kewangan dari mak baba. Dan sedikit pinjaman peribadi kepada abang. Dengan niat menuntut ilmu kerana Allah, hidup berjalan dengan baik disamping masih ada sikap2 lama yang berkarat di dalam diri. *bertangguh

Ini kisahnya, Harini, ketahuilah duit dalam poket ini tinggal 50 sen. Sepatutnya saya akan mendapat gaji mengajar dan membuat editing buku minggu ini. Memang dalam perancangan bajet saya. Namun ditakdirkan tuhan, bayaran masih belum masuk. Seminggu juga saya berjimat cermat dan hari semalam saya tidak makan. Namun, Alhamdulillah ini adalah peristiwa yang banyak mengajar saya. 

Saya tidak meminta kepada sesiapa kerana menyangka wang akan masuk minggu ini. Sungguh saya cuba mengelak meminta-minta. Ianya yang terakhir. Saat saya menahan lapar yang baru hanya sehari, Allah jadikan saya manusia bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat yang saya dapat sebelum ini. Saya terbayang Samer Issawi yang membuat mogok lapar sebagai protes penahanan rakyat Palestine. Saya terbayang saudara2 di medan Perang, anak2 anak kecil di Syria dan Burma. Allah...Sungguh jika saya sendiri terasa pedih perut apatah lagi perut kecil mereka. Saya juga ada gastrik

Dan lapar mendekatkan diri pada Allah. Dengan tidur yang tidak nyenyak saya lebih mudah bangun dan mengadu pada Allah. Kurang tidur yang tidak ingat dunia. Badan seakan lebih ringan. Mulut kurang bercakap. Rasa diri begitu lemah dan hina di hadapan Allah. Saya terasa mahu bereksperimen dengan berzikir seperti yang disarankan untuk mengubati rasa lapar. Juga hampir2 saya mengikat perut dengan batu seperti yang dilakukan Rasulallah ketika Perang Khandak. Hanya untuk merasainya sendiri :)

Baru saya faham akan hadis yang menyuruh membayar gaji sesorang itu sebelum peluhnya kering. Betapa kita tidak tahu mereka yang bekerja itu perlu menyara dirinya dan tanggunganya. Bersegaralah membayar gaji manusia supaya kita tidak menzalimi sesiapa.

Akhirnya, apabila saya mengetahui gaji saya *tidaklah beratus-ratus* akan dimasukkan hanya pada esok hari, saya kuatkan hati untuk meminta bantuan seorang senior. Meminjam duitnya RM50. Kami akan lunch bersama. Saat saya menunggunya yang datang agak lewat, perut saya sudah seperti mahu meloncat2 keluar :) Bersegeralah membantu rakan yang memerlukan dan orang yang memberitahu anda dia sudah beberapa hari tidak makan seperti yang kita jumpa dalam dunia hari ini. Sesuap nasi yang anda berikan, besar maknanya.

Saat saya menyuapkan nasi ke dalam mulut terasa mahu tumpah airmata. Terima Kasih ya Allah. Masih ada kasih sayangmu kepadaku. Jadikanlah aku daripada hambaMu yang bersyukur. Aku ini Ibnu Sabil yang mencari redho dan kasih sayangMU.

*Untuk rekod, saya hanya tidak makan untuk 24jam sahaja. Bagaimana anak2 di Syria dan Afrika yang sudah beberapa hari tidak makan. Allahu Musta'an.
Semoga apabila saya membaca kembali tulisan ini, saya akan sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dan membantu manusia2 disekeliling saya. Sungguh saya tidak mahu bertuhankan sehelai kertas, tapi Allah lah Tuah yang layak disembah. 




Gambar ketika menyambut besday seorang rakan di PIZZA HUT :p