Assalamulaikum Wa Rahmatullah
Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan, menghidupkan dan memberi kehidupan sebegini indah pada saya. Juga selawat salam kepda junjungan besar Nabi seluruh alam yang menunjukkan pada saya bagaimana mahu meneruskan kehidupan sebagai hamba dan Khalifah dengan baik di muka bumi tuhan.
Hidup sudah 23 tahun. Alhamdulillah, sekali lagi saya bersyukur saya punya apa manusia lain ada. Saya punya keluarga, kakak, abang, anak2 saudara yang ramai, Mak Baba, kawan-kawan, sedikit ilmu, sedikit iman, sedikit Taqwa. Dan saya punya belog ini yang bernama “rehlah2syahid” yang seperti sudah dekat menemui kematian yang bukan syahid. Sebab terlalu banyak rehat tanpa memberi apa2 manfaat. Keluar berperang sekali setahun. Masakan mahu syahid :)
Tulisan ini tribute utk diri sendiri. Saya sudah tahu, kenapa belog ini tidak berjalan. Kerana
saya bercita2 mahu menulis formal. Mengulas isu-isu semasa, ekonomi, politik, antabangsa, membahas ilmu2 yang saya tahu dan belajar. Seperti mahu membuat kertas kerja utk persidangan Antarabangsa lagaknya. Jadi sebab itu ia tidak berjalan. Kerana beberapa sebab. Besar sungguh impian. Tp kini saya sedar, ia bukan di blog ini. Ianya ditempat lain. Jadi dengan ini saya mengisytiharkan : ini bukan belog yang ILMIAH. Jadi jika ada yang mahu membuang saya dari senarai blog listnya-saya sangat berterima kasih :)
Saya kini di tahun akhir pengajian, Alhamdulillah. Dengan pointer yang tidak secemerlang ini, saya akur. Salah diri sendiri. Wallahu’alam. Dan Insya Allah, saya akan menyambung Syariah setahun lagi. This is my passion. Doa kan saya ya. Saya semakin tahu, dan akan banyak lagi yang saya sebenarnya belum tahu. Suku abad kehidupan saya ini (23 tahun) saya banyak belajar. ALLAH! Saya menjadi manusia yang tidak suka menyimpan memori. Saya tidak suka bergambar. Biarkan memori itu berlalu dan saya akan cuba deletekan dari hardisk kehidupan saya. Ini kerana saya rasa melihat apa yang pahit itu akan memusnahkan segala yang manis. Jangan pandang belakang! Huh! Sangat tragis kan. Tp bila difikir kembali, tiada apalah Busyra……inilah kehidupan. Tragedi sekolah, matrik, university bukanlah tragedy Oktober dlm hidup anda. Sehingga saat ini anda masih boleh terus tersenyum dan makan cucur pisang di bilik sebelum bertolak ke meting. Bukankah Allah masih terus memberikan kehidupan yang diminta. Allahu! Tidak tahu saya ini hamba jenis bersyukur atau tidak?
Ya, mungkin ada yang berkata. Kamu tidak ada sakit kronik, kamu masih ada ibu ayah, kamu belajar di Universiti dan etc. Saya akui, Alhamdulillah. Tapi adilkah tuhan memberi saya hidup sebegini tanpa diiuji. Dan tuhan pun menguji saya dengan sedikit ujian kehidupan sebagai seorang Daie. Menguji dengan nikmat kehidupan dan tanggungjawab. Tidaklah seberapa berbanding mereka yang lain. Itupun saya masih dengan susah payah menghadapinya. Ketahuilah diuji dengan nikmat itu lebih susah dilalui berbanding derita. Kita tidak merasakan nikmat itu satu ujian kerana kita tidak nampak inikah ujian? Sahabat2 kita di Palestine, diuji dengan sengsara yang nyata. Nampak jelas. Dan mereka berkata, inilah ujian Allah. Hadapilah dengan kuat dan tabah dan tegakkan agama hingga ke titisan darah terakhir. Tapi kita di Malaysia yang dilimpahkan dengan segala kemewahan. Tahukah kita tuhan sebenrnya menguji kita, sehingga kita tidak mampu mempertahankan agama walaupun dalam hal paling mudah. Allahumma Amin. Hakikatnya, ujian nikmat atau diuji sengsara, saya tidak punya kudrat untuk menghadapinya berseorangan tanpa Allah membantu dalam setiap denyut darah yang mengalir. Begitu lemah dan hina saya disisi tuhan. Hingga mahu ke kelas pun saya memohon Allah memberikan kekuatan
Dan saya tidak dapat membaca bagaimana kehidupan saya akan datang. Anda juga. Hatta kehidupan seminit selepas ini. Rasa lemah, putus asa, hilang semangat, tidak kuat perkara alami dalam hidup. Kerana kita manusia. Hatta yang punya ilmu agama juga pernah punya perasaan seperti mahu mati saja. Nabi-nabi kita dahulu juga pernah rasa tidak semangat. Tapi bagaimana mahu membangkitkan semangat? Itu formula yang wajib dicari.
Saya mendoakan moga tuhan tidak pernah meninggalkan saya pada setiap saat yang begerak. Setiap titis darah yang mengalir dalam tubuh, setiap nafas yang dihela, setiap niat yang terlintas, setiap gerak yang dihayun dan setiap amal yang dilaksana. Saya tidak tahu masih adakah lagi baki amal dalam akaun amal saya ataupun sudah habis membayar harga dosa yang dibuat atau tuhan tidak pernah menerima amal saya. Allahu….anta maqsudi wa ridhoka matlubi. Saya doakan diri saya dan juga anda sentiasa diingatkan tuhan setiap kali kita lupa atau melakukan dosa. Doakan saya….jika ditaqdirkan tuhan saya masih hidup 10 tahun akan datang, moga sempat saya berjuang untuk Islam dan mohon dimaafkan segala dosa. Bukan hanya kerana saya mahu masuk syurga. Tapi supaya Islam terus terpelihara dan mencapai kemenangan. Jika ditaqdirkan dalam 10 tahun lagi saya sudah dipanggil pulang, mohon dimaafkan segala dosa. Hak-hak yang tidak tertunai. Doakan saya berjaya tatkala di hadapan TUHAN RABBUL JALIL. Doakan saya….doakan saya. Moga saya dihimpunkan bersama anda di SYURGA……….
Busyral Huda Husain
23 tahun (22.10.1987)
4/11/2010
Pilihan Raya Galas
No comments:
Post a Comment