Friday, August 28, 2009

Hakikat mati dan Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim wa bihi nasta’in.

Kaif Ramadhan? Ramadhan ibrarat bunga…cantik dan harum mewangi. Blog ini pula seperti hidup segan mati tak mahu. MATI? Mungkin ada beberapa perkara yang tidak dapat diungkai dengan kata-kata atau blog. Apapun selamat juga menjejak kaki ke bulan Ramadhan yang ditunggu ini. Alhamdulillah…Skrang baru saya faham dengan sefaham-fahamnya, dengan maksud doa “Allahumma Ballighna Ramadhan”. Sepanjang seminggu sebelum Ramadhan didatangi dengan pelbagai perasaan dan berita hingga menyebabkan saya sedikit beremosi dan terganggu.


Pernahkah anda rasa tidak boleh tidur kerana takut MATI!??? Itu yang berlaku.. Dan paling menekan emosi, MATI sebelum bertemu RAMADHAN. Jika sebelum ini kita selalu berkata-kata begitu tanpa perasaan sebenar, tapi kali ini perasaan dan hakikat itu datang. Dan saya juga tahu, mungkin juga ada bisikan-bisikan syaitan yang mahu mencabar iman. Apapun Berita-berita kematian yang sampai sangat menggetarkan jiwa saya. Betullah, masih belum bersedia berjumpa tuhan dengan amal yang ada. Sangat menyedihkan. Pemergian Syeikh saya, shbt saya Hajar Shafie, ustaz Asri hatta Mikael Jackson (MJ) sangat membawa saya ke alam reality. MATI itu PASTI! Dan ianya boleh datang bila2 masa. Sedikit sebanyak saya merasakan bahawa ini peringatan sebelum Ramadhan. Jangan kita jadi mereka-mereka yang dibalikkan hatinya setelah mendapat hidayah. JIka manusia itu tahu bila dia kan mati, pasti dia takkan mampu untuk berbuat apa-apa hatta utk ke pasar Ramadhan.


Apapun, hidup mesti diteruskan. Bekerjalah kamu seakan kamu akan hidup selamanya. Beribadahlah kamu seakan kamu akan mati esok hari. Seperti di dalam solat, khusu’ adalah matlamat. Tapi jika kita diganggu dengan beberapa perkara hingga mengurangkan khusu’, teringat agenda meting , asaimen dsb tanpa sengaja adakah kita akan berhenti dan memulakan solat kembali? Teringat nasihat ustaz saya. Teruskan! Gandakan khusu’! kuatkan tekad kamu dan kembali kepada landasan sebenar. Jika kita berhenti dan memulakan kembali, ia akan menjadi satu kebiasaan dan itulah diantara factor akan terjadi penyakit was-was dalam sembahyang. Begitu juga dalam kehidupan. Matlamat utama adalah redho dan syurga Allah. Jika kita sedikit terpesong atau leka, kembalilah ke jalan yang benar. Jangan kita mengambil jalan mudah dengan membunuh diri atau membiarkan diri terus hanyut dengan alasan kita sudah berdosa. Sungguh-sungguh pintu taubat itu masih terbuka hingga nyawa kita diambil


Setiap dari kita tahu apa dosa yang kita lakukan. Tak kiralah siapa dia, bertudung labuh atau berjubah, belajar agama atau tidak hanya dia dan tuhan saja yang mengetahui lebih dari org lain. Salinglah sama-sama ingat mengingati akan kita semua tergolong di dalam org2 yang berada di bawah arasy Allah. Ramadhanlah bulan yang paling ditunggu dan bulan untuk melakukan tranformasi dalam diri. Biarpun sudah seminggu berlalu….ingat! masa masih ada teruskan dan mari kita gandakan usaha!!!

Chaiyyok! semua ;)

No comments: