Tuesday, August 4, 2009

Untuk diri-diri yang LEKA


Untuk diri-diri yang LEKA

Apa khabar Diri?
Lama kita tidak bertanya khabar bertegur sapa
Kau terlalu sibuk bekerja dengan dunia
Hingga Kita tiada masa untuk berbicara
Soal iman, hati dan jiwa

Izinkan aku meminta sesaat masamu
Duduk sebentar kita berbicara dan bermuhasabah diri
Kerana Aku adalah Kau dan Kau adalah Aku
Apa khabar Imanmu, bagaimana jiwamu?
Aku rindu pada Khusyu' mu
Aku risau dengan kelekaanmu

Ingatlah wahai diri,
Dunia ini hanya singgahan
Bekal dunia itu juga perlu
Cuma jangan hingga Kau hilang arah tuju
Takut ia menjadi debu-debu
Sebelum sempat sampai ke Dunia itu

Takutnya aku pada Tuhan
Akan kita nanti berdosa
Kerna Kau adalah Jasad, Aku adalah jiwa
Kerna Aku adalah ruh dan kau pula anggota
Dan ketika itu Kita akan sama-sama ditanya
Apakah amalan sepanjang di dunia
Sedangkan ganjarannya hanya dua
Diantara Syurga atau neraka

Dari Aku kepada Kamu...
Jangan biarkan dunia menguasai RUH dan JASADMU

Busyral Huda
masjid UIA

8.30 malam
3/4/2009


p/s: Bicara ruh dengan jasad

No comments: