Wednesday, February 23, 2011

saya~

Bismillahi wal hamdalillah

23hb Februari 2011. Akhirnya saya telah melepasi tarikh itu. PRK> Segala puji bagi Allah yang telah memberikan begitu banyak nikmat dan pertolongan sepanjang kehidupan saya. Saya merasakan tuhan masih menyayangi saya tiap kali saya berjaya melepasi segala ujian yang diberikan walau kadang2 saya hampir kalah. Kalah teruk pada perasaan dan tekanan. Terima kasih ya Allah kerana kasih sayangmu tetap ada walau pada hamba yang berdosa. Hanya saya yang tahu apa dosa-dosa saya pada tuhan. Saya juga tidak tahu adakah cukup amal saya di dunia ini utk menampung dosa melimpah ruah. Aku mohon akan kasih belas sifat Ghafur dan RahimMu ya Allah


Menyusun kembali kehidupan, kembali kepada saya yang lebih baik. Ya, perjuangan tidak akan pernah berhenti. Bila saya bersedia menjadi Khalifah atas muka bumi dan bila saya mula mendengar lafaz syahadah ketika kali pertama di telinga. Tiada kata behenti atau berehat. Dan kali ini setelah melepasi suku hidup, saya mahu kembali refill, revise dan refresh diri. Saya bukanlah seorang yang hebat. Tapi saya teringin menjadi hebat dan cantik di mata Tuhan. :)

Susah benar mahu berevolusi. Terutama apabila kta keseorangan. Kawan-kawan jauh dirasa. Rasa seperti saya diajar tuhan belajar hidup seorang. Susah mahu menjelaskan. Kadang-kadang perit terasa, kadang-kadang payah ditanggung...Moga Allah bersama dalam setiap nafas saya, mengingatkan hambanya saat saya berdosa, lupa atau leka.


----------------------------------------------------------------------------------------------
Pertama - Deactive FB sementara waktu
Sungguh mencabar juga nak buat yg ini. Siap FB pujuk dgn buat gambar abu will miss u, siti will miss u lagi. "Tp sekejap saja Busyra, sampai kau kembali menjumpai diri kau". kata saya pada diri sendiri. huhu. Berapa lama saya mampu bertahan? Wallahu a'lam. Walau saya xdeactive pun sbnarnya ok saja. I am not a public figure mcm kawan-kawan yang lain :)
Kedua, ketiga, keempat dan seterusnya....

Saya nak menulis kembali. Selama ini asyik menulis surat bantahan, memorandum dan yang berkenaan. Otak menulis sudah jadi berkarat. Dan semakin malas membaca! Sedih sungguh. Dan paling penting, mahu buka kitab-kitab agama yang begitu menghairahkan! Dan paling best mahu join semua kulliyah-kulliyah, forum-forum yang ada dalam UIA ini. Yeay!


Nampak sangat macam tanggungjwab sebelum ini seperti mengongkong kehidupan saya. Sama sekali tidak. Cuma saya jika diberi 1amanah besar, tidak berani menyibukkan diri dengan perkara lain. Ini amanah saya dengan tuhan. Plus diri saya sendiri yang tidak pandai membahagi masa. Bab ni mmg failed.

Sekarang dalam mode mencari kerja. Apa yang saya boleh tlg anda? Insya Allah sekadar termampu. Dalam masa yang sama, sudah tiba masanya bergiat dengan dunia luar. Kakak2 sudah ditanya. Dan mode menasihati diri supaya kembali sedar diri. Saya bukan lagi pimpinan atau siapa-siapa. Saya sudah tiada hak utk tidak bersetuju dengan apa-apa atau memberikan arahan apa-apa atau mencadangkan apa-apa. Sudah beberapa kali berlaku, maafkan saya adik2. Now, it is your turn.
Jika zaman saya, saya kurang berjaya. Tapi saya tetap akan merasa gembira. Kerana saya merasakan saya telah berjaya melahirkan dan memberikan yang terbaik untuk generasi dibawah saya. Adik-adik yang hebat!
P/s: Kenapa penulisan saya semakin teruk! i lost myself.

Friday, February 18, 2011

Aku pasca 22hb


Assalamualaikum.
Saat ini apa yg merisaukan saya ialah saya pasca 22hb. Ada apa dengan 22hb? Ya Allah, saat ini pun saya seperti kehilangan suatu dalam hidup saya. Lompang. Sekarang ini saya masih memegang 1amanah dan ianya akan berakhir 22hb! Hidup yang saya rasakan sangat nikmat. Jadual kehidupan yang sentiasa penuh. Disibukkan dan kadang-kadang menyibukkan diri atau buat-buat sibuk. Sejak dari bangku sekolah, saya sentiasa merasakan kenikmatan masa yang Allah berikan.Kadang-kadang dihargai, kadang-kadang terbuang. Jika kita perlu beringat masa lapang sebelum masa sibuk, saya pula lebih suka beringat masa sibuk sebelum masa lapang.


Kenapa? kerana sibuklah yang menghalang saya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan membuang masa. Saya tiada masa menonton filem2 Korea, bersembang gosip2 panas, menghabiskan masa bercinta dll. Tapi sekarang dengan kelapangan masa yang Allah bagi, saya sangat takut. Saya takut tidak mampu mengawal diri saya. Malam-malamnya saya gelisah apabila hanya dibilik. Saya bukan tidak betah tinggal di bilik. Tapi apabila semalam saya tidak 'memberi, menerima & berkongsi' saya rasa pemikiran saya semakin beku. Ya, saya membelek buku-buku pelajaran dan buku-buku yang ada. Tapi kehidupan begini sudah lama membekas dengan diri saya. Meeting, syura, kulliyah, usrah, meeting, brainstorm...Allah...sungguh saya hargai saat-saat ini.


Apa yang akan berlaku pada saya pasca 22hb? Saya hanya mengharapkan agar Allah menjaga saya. Agar Allah memelihara saya dari perkara-perkara maksiat. Agar Allah menetapkan diri saya diatas jalan yang sebenar. Siratal mustaqim. Saya bukanlah manusia yang baik. Saya juga melakukan dosa-dosa kecil dan mungkin dosa-dosa besar diluar sedar. Saya hanyalah seorang manusia biasa. Tapi saya juga mahu jadi manusia yang dicintai tuhan, saya mahu jadi wanita syurga, saya mahu jadi pejuang agama. Saya mahu jadi orang baik. Salahkah punya cita-cita begini? tidak (ok, saya jawab sendiri)

Dan saya berusaha merancang kehidupan saya pasca 22hb. Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan diatas perancangan saya yang hakikatnya segalanya bersandarkan pada perancangan Allah. Mungkin inilah masanya saya lebih menumpukan pada pelajaran undang-undang yang sentiasa saya memujuk diri menyukainya. Mungkin masanya saya islah kembali diri, revive, remind, dan refill kembali apa yang semakin kurang. Mungkin ini masanya saya berkhalwat, mengadu, dan mendekatkan lagi diri dengan tuhan dengan ibadah khusus. Mungkin masanya saya memberi full fokus menjaga mak dan baba, menjalankan tanggungjwab dengan lebih baik. Mungkin ini masanya saya mengajar diri menjadi seorang wanita sejati, mempersiapkan diri dengan kemairan-kemahiran yang ada. Mungkin ini masanya saya menambah pelbagai bidang ilmu dan kemahiran dalam perjuangan. Wallahu a'lam. Saya mengharapkan perancangan dari Allah.
Dan yang pastinya. saya mahu revolusi diri. Busyra yang lebih ayu dan tertib mungkin:) Allahu Akram! 22hb Feb sangat mendebarkan. Seperti saya sudah cukup umur 23tahun secara rasmi