Friday, February 18, 2011

Aku pasca 22hb


Assalamualaikum.
Saat ini apa yg merisaukan saya ialah saya pasca 22hb. Ada apa dengan 22hb? Ya Allah, saat ini pun saya seperti kehilangan suatu dalam hidup saya. Lompang. Sekarang ini saya masih memegang 1amanah dan ianya akan berakhir 22hb! Hidup yang saya rasakan sangat nikmat. Jadual kehidupan yang sentiasa penuh. Disibukkan dan kadang-kadang menyibukkan diri atau buat-buat sibuk. Sejak dari bangku sekolah, saya sentiasa merasakan kenikmatan masa yang Allah berikan.Kadang-kadang dihargai, kadang-kadang terbuang. Jika kita perlu beringat masa lapang sebelum masa sibuk, saya pula lebih suka beringat masa sibuk sebelum masa lapang.


Kenapa? kerana sibuklah yang menghalang saya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan membuang masa. Saya tiada masa menonton filem2 Korea, bersembang gosip2 panas, menghabiskan masa bercinta dll. Tapi sekarang dengan kelapangan masa yang Allah bagi, saya sangat takut. Saya takut tidak mampu mengawal diri saya. Malam-malamnya saya gelisah apabila hanya dibilik. Saya bukan tidak betah tinggal di bilik. Tapi apabila semalam saya tidak 'memberi, menerima & berkongsi' saya rasa pemikiran saya semakin beku. Ya, saya membelek buku-buku pelajaran dan buku-buku yang ada. Tapi kehidupan begini sudah lama membekas dengan diri saya. Meeting, syura, kulliyah, usrah, meeting, brainstorm...Allah...sungguh saya hargai saat-saat ini.


Apa yang akan berlaku pada saya pasca 22hb? Saya hanya mengharapkan agar Allah menjaga saya. Agar Allah memelihara saya dari perkara-perkara maksiat. Agar Allah menetapkan diri saya diatas jalan yang sebenar. Siratal mustaqim. Saya bukanlah manusia yang baik. Saya juga melakukan dosa-dosa kecil dan mungkin dosa-dosa besar diluar sedar. Saya hanyalah seorang manusia biasa. Tapi saya juga mahu jadi manusia yang dicintai tuhan, saya mahu jadi wanita syurga, saya mahu jadi pejuang agama. Saya mahu jadi orang baik. Salahkah punya cita-cita begini? tidak (ok, saya jawab sendiri)

Dan saya berusaha merancang kehidupan saya pasca 22hb. Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan diatas perancangan saya yang hakikatnya segalanya bersandarkan pada perancangan Allah. Mungkin inilah masanya saya lebih menumpukan pada pelajaran undang-undang yang sentiasa saya memujuk diri menyukainya. Mungkin masanya saya islah kembali diri, revive, remind, dan refill kembali apa yang semakin kurang. Mungkin ini masanya saya berkhalwat, mengadu, dan mendekatkan lagi diri dengan tuhan dengan ibadah khusus. Mungkin masanya saya memberi full fokus menjaga mak dan baba, menjalankan tanggungjwab dengan lebih baik. Mungkin ini masanya saya mengajar diri menjadi seorang wanita sejati, mempersiapkan diri dengan kemairan-kemahiran yang ada. Mungkin ini masanya saya menambah pelbagai bidang ilmu dan kemahiran dalam perjuangan. Wallahu a'lam. Saya mengharapkan perancangan dari Allah.
Dan yang pastinya. saya mahu revolusi diri. Busyra yang lebih ayu dan tertib mungkin:) Allahu Akram! 22hb Feb sangat mendebarkan. Seperti saya sudah cukup umur 23tahun secara rasmi

No comments: