Saturday, July 26, 2008

INGAT PERKARA YG MENGGEMBIRAKAN JIKA TENSION.HUHU



SEDAPNYAAAAAAAA....roti arab makan dgn kacang dal, buah zaitun, sardin dan mush mush.yummmy yummy








pakcik yang jaga maqam arbain penuh bergaya dengan kunci kejayaannya.











Satu minggu yang sangat sesak, penuh dan agak serabut. menyebabkan tensen, stess dan jiwa kacau. waktu inilah manusia akn terasa dekat dengan Tuhan. tanpa segan pohon bantuannya dalm menringankan masalah dan beban.....
Iman manusia yazid wayanqus....pernah sayA dengar satu kalimat yg sangat menyentuh jiwa. HIDUP INI UMPAMA KAPAL DI LAUT. SEMAKIN DEKAT DENGAN DARATAN, SEMAKIN KUAT OMBAK YANG DIRASA. BEGITU JUGA DENGAN HIDUP MANUSIA...SEMAKIN MAHU MENDEKAT DENGAN TUHAN SEMAKIN KUAT CUBAAN DAN DUGAAN YANG PERLU DITANGGUNG...JADI, BERSABARLAH JIKA DI DUGA, BERMAKNA DARATAN SEMAKIN HAMPIR.....BERSABARLAH....TABAHLAH....SUNGGUH-SUNGGUH KEHIDUPAN DI DARATAN TUHAN SANGAT INDAH DAN MENDAMAI JIWA

Wednesday, July 16, 2008

Siapa kata mereka mereka bukan pengganas???


Lihat dan fikirkan sendiri!!!

Air mata gembira untuk pejuang!


Hari ini berlaku satu peristiwa sangat di luar jangkaan. Samir Quntar adalah seorang druze. Pembebasan yang diusahakan oleh Sayyid Hassan Nasrallah dengan menukar dua mayat tentera zionis (yang terbunuh ketika perang musim panas 2006) untuk mendapatkan lima orang tahanan rejim zionis sangat luar biasa.

Pergerakan Hizbullah hari ini menyerahkan dua keranda hitam mengandungi mayat dua askar Israel yang ditawan oleh gerila Syiah dua tahun lalu.
Penyerahan itu dilakukan pada permulaan pertukaran tahanan dengan Israel hari ini.
Wafiq Safa di pintu sempadan Naqura antara Lebanon dan Israel.
Mayat tentera Israel itu diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
Suasana muram menyelubungi Israel sementara menantikan berita mengenai nasib Goldwasser dan Regev yang ditawan dalam serangan ke seberang sempadan oleh pejuang Hizbullah pada Julai 2006.
Serangan Hizbullah itu mencetuskan perang dahsyat selama 34 hari di Lebanon.
Ujian DNA akan dijalankan ke atas mayat berkenaan untuk mengesahkan identiti sebelum pejuang Lebanon diserahkan oleh Israel dalam fasa pertukaran tahanan berikutnya.
Penyerahan tahanan itu disambut meriah di Lebanon, dengan sepanduk dan bendera dikibarkan di sepanjang lebuh raya utama dari Naqura ke bandar pelabuhan Sidon di selatan.

Kabinet mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum.
Antara mereka yang diserahkan ialah lelaki Druze Lebanon, Samir Kantar yang dikenakan lima hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tiga rakyat Israel pada 1979.
Empat pejuang Hizbullah, Khaled Zidan, Maher Kurani, Mohammed Sarur dan Hussein Suleiman yang ditawan semasa perang Julai-Ogos 2006 itu, juga diserahkan kepada pihak Lebanon.

Saturday, July 12, 2008

kenapa teragak untuk perkara baik?

Kenapa kita selalu berfikir panjang untuk perkara baik??? sedangkan banyak perkara tak baik kita lakukan tanpa berfikir walau seminit contohnya mengumpat. Harini saya berpeluang ke Anjung Rahmat. Atas jemputan seorang kawan yang tak begitu rapat ke satu program. saya terlupa plak nama panjangnya..huhu. awalnya agak keberatan untuk pergi. pelbagai andaian dibuat.peserta pula hanya berbelas orang. ternyata program ini tak mendapat sambutan atau akan membuatkan peserta tertidur mati. tapi subhanallah!! segala suuzoon tu terhapus sama sekali. Malah menjadi satu pengalamn yang sangat berharga. Moral of the story, jgn teragak2 untuk berbuat baik

Apa yang saya dapat disana adalah satu perkara yang relates to the reality of life. di mulakan huraian mengenai 5 kehidupan insan, kami mula meneroka satu persatu dunia. kemudian kami dikisahkan ttg seorang gadis Amerika yang bernama Rachel Corrie, dan yang terakhir, kami dipertontonkan dengan video2 yang tak terdapat di dalam media mahupun Tv walaupun dalam Drama Gerak Khas. Di akhir program, saya menjadi orang yang paling bersalah. Dada penuh sesak dengan pelbagai masalah dan tanggungjawab. Memang saya telah terperangkap dengan kata2 penceramah. siapakah penceramah itu... dia ialah ustaz Ahmadi bin Haji Baharudin. Seorang pakar dalam masalah sosial. mgkin ramai sudah mengenali dia. dan saya tidak menyangka bahawa dia yang akan saya temui hari ini.

sial layari laman web ini
http://www.didikdiri.com
Biography Ahmadi Bin Haji Baharudin
Ahmadi bin Haji Baharudin12 Julai 1977, Sandakan, Sabah

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengurus Didik Diri Resources
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Dan Iman Malaysia, SIDIM
Ketua Jurulatih Integrasi Program Latihan Khidmat Negara, PLKN 2006 hingga sekarang.
Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM
Mantan Fasilitator Fitrah Perkasa Sdn Bhd (Konsultan Motivasi)
Penulis Buku ‘Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran’
Aktivis Amar Ma’aruf Nahi Mungkar
Penyelidik Gejala Sosial Remaja

Nantikan artikel mengenai siapakah Rachel Corrie. kenapa saya begitu terpegun dan malu dengannya. Mungkin bukan saya seorang tapi KITA SEMUA UMAT ISLAM!!!

post-santai

kak temah kembang semangkuk : apa nak jadi dengan budak budak sekarang(sambil geleng kepala)

Monday, July 7, 2008

Politik MALAYSIA??

Go to fullsize image
Semenjak pulang dari permusafiran yang singkat baru2 ini, saya agak terkejut melihat fenomena politik negara. Mmg saya salah seorang yang mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara. sebelum ini, kalau beli surat khabar, mesti selak dan hadam isi satu persatu. tapi situasi skarang sangat berbeza. sudah beberapa hari saya tidak menyentuh suratkhabar malahan sebarang laman web yang sebelum ini feveret tidak dibuka. mungkin salah satu sebabnya saya sudah lama ketinggalan dalam isu2 hangat yang sedang berlaku . atau yang kedua saya sudah jemu dengan segala kontroversi dan tuduhan, fitnah, cabar-mencabar, kutuk mengutuk,tangkap menangkap dan liwat meliwat yang menjadi tajuk utama media. Atau yang ketiga saya takut dan risau untuk membaca apa yang berlaku ya'ni takut menerima kenyataan bahawa Malaysia sedang dilanda saat getir!

Tidak dinafikan apa yang berlaku dalam fenomena politik negara sekarang satu perkara yang patut dibanggakan. setidak2nya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung kerana akhirnya berjaya melepaskan besi di hidung untuk membebaskan diri dan mencari tuan baru lain mengikut citarasa lembu tersebut. Tapi hakikatnya, rakyat Malaysia, adalah manusia. yang punya perasaan untuk mendengar mahupun untuk memberontak.

Namun, dalam keghairahan untuk mencari haluan yang baru, semua pihak perlu berhati2. Jangan sampai rakyat yang menjadi mangsa. Pertikaian diantara individu dalam parti2 politik sepatutnya tidak memudaratkan rakyat. Memang rakyat berhak untuk mengetahui tembelang disebalik setiap pemimpin yang bakal dipilih. Namun semua ini janganlah dijadikan satu drama pementasan sandiwara yang bertujuan untuk mengabui pandangan mata rakyat. Ingatlah diantara kedua pihak yang bergaduh dan berseteru pasti ada satu pihak yang sedang menunggu untuk mengambil mengambil kesempatan.

Jika dilihat dari sudut realiti, pergaduhan mazhab si Iraq sangat memberi gambaran yang jelas. Saya telah berpeluang melihat betapa ekstremenya penyokong2 mazhab ini kepada mazhab mereka sehingga mampu beri'tiqad untuk membunuh jika bertemu dengan puak yang berlainan. Akhirnya dalam pertempuran diantara puak syiah dan sunni, Amerika si bangsat mengambil peluang. Lihatlah sekarang apa yang berlaku.Dalam akhbar baru2 ini menunjukkan satu gambar deretan kenderaan penduduk Iraq beratur panjang untuk mengisi minyak kenderaan. Memalukan sedangkan mereka diantara pengeluar minyak dunia. Dengan kenaikan harga minyak dunia, tahniahlah kepada si bangsat Bush kerana berjaya menggula-gulakan umat islam. Ingatlah firman Allah yang bermaksud kaum yahudi dan Nasrani takkan redho kepada orang islam sehingga kita mengikut mereka. Dan yang paling penting bersederhanalah dalam sesuatu. Kerana ketaksuban akan membawa seseorang jauh dari matlamat asal. Berbuat baik dan berlembutlah sesama saudara se islam, tapi bertegaslah dengan kaum kafir dan munafiq. Jadi lepas ni saya perlu tinggalkan segala kemalasan ini. Orang kata jgn cakap ttg perjuangan klu apa yang berlaku sekekliling pun kita tak tahu. Betulkan? Bersatulah dan tumbangkan kezaliman!!!

Kak Temah kembang semangkuk: suka jalan kaki untuk jimat petrol

Isu+politik