Wednesday, July 16, 2008

Air mata gembira untuk pejuang!


Hari ini berlaku satu peristiwa sangat di luar jangkaan. Samir Quntar adalah seorang druze. Pembebasan yang diusahakan oleh Sayyid Hassan Nasrallah dengan menukar dua mayat tentera zionis (yang terbunuh ketika perang musim panas 2006) untuk mendapatkan lima orang tahanan rejim zionis sangat luar biasa.

Pergerakan Hizbullah hari ini menyerahkan dua keranda hitam mengandungi mayat dua askar Israel yang ditawan oleh gerila Syiah dua tahun lalu.
Penyerahan itu dilakukan pada permulaan pertukaran tahanan dengan Israel hari ini.
Wafiq Safa di pintu sempadan Naqura antara Lebanon dan Israel.
Mayat tentera Israel itu diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
Suasana muram menyelubungi Israel sementara menantikan berita mengenai nasib Goldwasser dan Regev yang ditawan dalam serangan ke seberang sempadan oleh pejuang Hizbullah pada Julai 2006.
Serangan Hizbullah itu mencetuskan perang dahsyat selama 34 hari di Lebanon.
Ujian DNA akan dijalankan ke atas mayat berkenaan untuk mengesahkan identiti sebelum pejuang Lebanon diserahkan oleh Israel dalam fasa pertukaran tahanan berikutnya.
Penyerahan tahanan itu disambut meriah di Lebanon, dengan sepanduk dan bendera dikibarkan di sepanjang lebuh raya utama dari Naqura ke bandar pelabuhan Sidon di selatan.

Kabinet mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum.
Antara mereka yang diserahkan ialah lelaki Druze Lebanon, Samir Kantar yang dikenakan lima hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tiga rakyat Israel pada 1979.
Empat pejuang Hizbullah, Khaled Zidan, Maher Kurani, Mohammed Sarur dan Hussein Suleiman yang ditawan semasa perang Julai-Ogos 2006 itu, juga diserahkan kepada pihak Lebanon.

No comments: