Monday, July 7, 2008

Politik MALAYSIA??

Go to fullsize image
Semenjak pulang dari permusafiran yang singkat baru2 ini, saya agak terkejut melihat fenomena politik negara. Mmg saya salah seorang yang mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara. sebelum ini, kalau beli surat khabar, mesti selak dan hadam isi satu persatu. tapi situasi skarang sangat berbeza. sudah beberapa hari saya tidak menyentuh suratkhabar malahan sebarang laman web yang sebelum ini feveret tidak dibuka. mungkin salah satu sebabnya saya sudah lama ketinggalan dalam isu2 hangat yang sedang berlaku . atau yang kedua saya sudah jemu dengan segala kontroversi dan tuduhan, fitnah, cabar-mencabar, kutuk mengutuk,tangkap menangkap dan liwat meliwat yang menjadi tajuk utama media. Atau yang ketiga saya takut dan risau untuk membaca apa yang berlaku ya'ni takut menerima kenyataan bahawa Malaysia sedang dilanda saat getir!

Tidak dinafikan apa yang berlaku dalam fenomena politik negara sekarang satu perkara yang patut dibanggakan. setidak2nya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung kerana akhirnya berjaya melepaskan besi di hidung untuk membebaskan diri dan mencari tuan baru lain mengikut citarasa lembu tersebut. Tapi hakikatnya, rakyat Malaysia, adalah manusia. yang punya perasaan untuk mendengar mahupun untuk memberontak.

Namun, dalam keghairahan untuk mencari haluan yang baru, semua pihak perlu berhati2. Jangan sampai rakyat yang menjadi mangsa. Pertikaian diantara individu dalam parti2 politik sepatutnya tidak memudaratkan rakyat. Memang rakyat berhak untuk mengetahui tembelang disebalik setiap pemimpin yang bakal dipilih. Namun semua ini janganlah dijadikan satu drama pementasan sandiwara yang bertujuan untuk mengabui pandangan mata rakyat. Ingatlah diantara kedua pihak yang bergaduh dan berseteru pasti ada satu pihak yang sedang menunggu untuk mengambil mengambil kesempatan.

Jika dilihat dari sudut realiti, pergaduhan mazhab si Iraq sangat memberi gambaran yang jelas. Saya telah berpeluang melihat betapa ekstremenya penyokong2 mazhab ini kepada mazhab mereka sehingga mampu beri'tiqad untuk membunuh jika bertemu dengan puak yang berlainan. Akhirnya dalam pertempuran diantara puak syiah dan sunni, Amerika si bangsat mengambil peluang. Lihatlah sekarang apa yang berlaku.Dalam akhbar baru2 ini menunjukkan satu gambar deretan kenderaan penduduk Iraq beratur panjang untuk mengisi minyak kenderaan. Memalukan sedangkan mereka diantara pengeluar minyak dunia. Dengan kenaikan harga minyak dunia, tahniahlah kepada si bangsat Bush kerana berjaya menggula-gulakan umat islam. Ingatlah firman Allah yang bermaksud kaum yahudi dan Nasrani takkan redho kepada orang islam sehingga kita mengikut mereka. Dan yang paling penting bersederhanalah dalam sesuatu. Kerana ketaksuban akan membawa seseorang jauh dari matlamat asal. Berbuat baik dan berlembutlah sesama saudara se islam, tapi bertegaslah dengan kaum kafir dan munafiq. Jadi lepas ni saya perlu tinggalkan segala kemalasan ini. Orang kata jgn cakap ttg perjuangan klu apa yang berlaku sekekliling pun kita tak tahu. Betulkan? Bersatulah dan tumbangkan kezaliman!!!

Kak Temah kembang semangkuk: suka jalan kaki untuk jimat petrol

Isu+politik

No comments: