Tatkala terbaca karya Syaikh Abbas Hassan As-sisi, Thariq ila Qulub insaf sekejap. Sungguh banyak kekurangan dan kelemahan dari segi memikat. Bukan untuk memikat lelaki atau perempuan, tapi untuk memikat mad’u dan memikat diri sendiri untuk menyentuh hati. Da’ie bukanlah satu title untuk dibangga-banggakan. AKULAH DA’IE TERHEBAT ABAD INI!. Tapi ianya satu tanggungjawab. Semua orang adalah da’ie. Samada dakwah kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Kenapa hati? Bukan limpa atau paru-paru. Kerana hati adalah kunci
Al-isra’ :46 “dan kami jadikan hati mereka tertutup, dan telinga mereka tersumbat agar mereka tidak dapat memahaminya”
Bagaimana cara memikat. Ini rahsianya…Yang pertama, baiki diri dahulu dan cari kelemahan dalam diri. Islah nafsik, wad’u qhairuk. Gunakan method “will I marry me?”. Sudikah saya berkahwin dengan diri saya atau sudikah saya mendekati diri saya. Huhu…anda akan tahu jawapannya sendiri. Jika kita seorang hot tempered, emotional tanpa sebab munasabah, kedekut, dan beberapa lagi sifat lain sudikah kita mendekati diri kita? Jika jawapannya tidak, itulah jawapan yang akan kita dapat dari orang yang dipikat.
Yang kedua, lakukan berperingkat-peringkat(tadarruj).
As-syuara :214
Al-hijr : 94
Al-Hajj: 39
Sebagai contoh kita berjumpa seorang kawan baru di stesyen bas. Tanpa sempat bertanya nama, kita terus bertanya “awak nak join tak saya pergi berperang di Palestine?berdosa tau kalau awak tolak”. Mungkin kawan baru itu akan berkata “gila ke apa budak ni”. Seperti juga kita berjumpa seorang makcik yang tak dikenali tapi terus berkata “saya nak kahwin dengan anak makcik boleh?” sekali lagi jawapan yang sama mungkin siap dengan sentuhan hangat di pipi.
Seterusnya letakkan diri anda di tempat yang betul. Dalam memikat, kita perlu ingat bahawa kita adalah da’ie bukan ulama atau fuqaha. Tatkala kita berdakwah, kita sebenarnya seakan sedang memberikan hadiah untuk orang lain. Jadi harus dipertimbangkan hadiah apa, dan bagaimana cara memberikannya. Mustahil seorang doctor akan memberikan ubat yang sama kepada pesakitnya(kecuali DR UIA:))Sebagai contoh, seorang budak lelaki berpakaian ala-ala black metal sedang menyanyikan kuat lagu ntah apa-apa ketika sedang azan maghrib kedengaran. Kita siap menyinsing lengan dan memberi khutbah 2 jam khas untuknya bersumberkan kitab-kitab mu’tabar tentang, hukum menyanyi, hukum menggunakan alat music bertali, hukum berpakaian ala-ala barat dll siap dengan dalil-dalil ‘aqli dan qat’i. Apa yang perlu kita buat mulakan dengan yang asas. Katakan padanya sekarang sedang azan, tak baik berlawan dgn tok bilal. Ajaknya bersolat sekali kerana solat itu wajib atau bagi komen sket tentang suaranya yang kurang pitching seperti Paul Moss. Pasti dia kan senyap.Walaupun seakan retorik semata tapi its better than khutbah 2 jam kita
Tips seterusnya perlu kuat hati dan kuat hubungan dengan tuhan. Hati umpama locker berkunci. Jadi untuk membukanya memerlukan kunci. Kunci hati hanya ada pada orang-orang yang kuat hubungan dengan tuhan. Selalu meminta tips pada tuhan dan jangan putus asa. Kita juga perlu ingat bahawa kita tak punya kuasa untuk memberi hidayah. Allah jualah yang maha berkuasa
Al-qasas :56 “sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada yang kamu cintai, tetapi Allah la yang memberi hidayah kepada yang dikehendakinya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”
Dalam masa yang sama kita juga punya musuh dan mereka juga punya perancangan dan langkah-langkah kreatif.
Al-baqarah :168 “janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan”
Gunakan juga kesemua pancaindera dalam memikat seperti renungan mata yang ikhlas, sentuhan lembut sambil kata-kata yang manis ketika berdakwah. Ketika berjumpa, berjabat tangan dengannya.
Tips yang paling penting ialah berlemah lembut. Tak kiralah siapa dia, manusia hatta yang paling ganas sepertu Triple H pun akan cair dengan kelembutan. Begitu juga dengan Firaun
Ali-Imran :159 “maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut dengan mereka, sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauh dari sekelilingmu”
Thaha :44 “maka berbicaralah kamu dengan Firaun dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut”
SELAMAT MENCUBA…:)
Lagi tips…next entry
No comments:
Post a Comment