Saturday, October 18, 2008
BAHAYA FITNAH DI BUMI MUSLIM
Terkilan kerana tidak tahu menahu tentang kedatangan Ulama’ besar Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam, mantan khatib Masjid Al-Aqsa ke UM baru-baru ini. Tatkala terbaca artikel tentangnya, terpana akan akhlaknya, tertarik pada kata-katanya :
“FITNAH merupakan senjata dan musuh paling bahaya dan dahsyat. Dan ISLAM menjadi sasaran fitnah paling hebat kini. Fitnah bukan hanya dari golongan kuffar tapi juga di kalangan MUSLIM sendiri”
Sebab itu Allah melarang dari terlibat dalam membuat fitnah dan yang seumpamanya kerana ianya ashaddu minal qat’l! firman Allah:
Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas serta banyak dosa. Yang bertabiat kasar selain itu juga terkenal dengan kejahatannya. Al-Qalam 10-13
Fitnah paling dahsyat yang menimpa dan yang ditanggung oleh umat Islam ialah peperangan yang ditiup oleh musuh Islam dan permusuhan sesama Muslim. Di Palestine angkara fitnah musuh Islam bangsa Palestine berpecah dua. Satu kumpulan secular yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh islam dan mengikut telunjuk AS dan Yahudi. Rela hidup dan berjuang bersama musuh Islam. Yang sanggup menggadai segalanya untuk kesenangan hidup dunia. Manakala satu lagi memilih jihad menegakkan Islam dan mempertahankan bumi serta bangsa Palestine dengan menentang apa saja tekanan musuh Islam hingga ke titisan darah terakhir. Jika di Malaysia sendiri angin fitnah begitu kencang bertiup. Tidak tahulah siapa yang meniup angin ini. Moga-moga umat Islam di Malaysia tidak termakan dengan segala fitnah yang disebarkan. La samaha Allah hingga terjadi perpecahan seperti di Palestin.
Katanya lagi, “apa yang berlaku dan ditanggung oleh generasi muda Islam Palestine dan negara-negara Islam adalah kerana kesilapan generasi dulu. Generasi dulu dan yang sedang meminpin sekarang kerana terlalu banyak mengikit telunjuk (AS) dan berkiblatkan barat”.
Inilah akibatnya apabila terlalu berlemah lembut dengan kuffar dan terlalu ber
tolak ansur, hingga akhirnya Islam di tolak beransur-ansur. Kononnya berdiplomasi dan berdemorasi. Tapi masih wujudkah istilah itu pada mereka? Ya, Islam itu murunah (flexible) boleh bertolak ansur, tapi bukan pada perkara-perkara tunjang. Jangan kamu takut pada manusia ketika berurusan dengan Allah, tapi takutlah pada Allah ketika berurusan dengan manusia.
Namun yang peliknya tatkala dunia Islam dilanda fitnah, kedengaran bahawa negara-negara Islam yang kaya raya sibuk berlumba-lumba menjadi juara dunia. Berlawan untuk untuk melihat siapakah yang punya bangunan tertinggi, bandar tercanggih, masjid siapa di buat dari emas atau Kristal. Melabur duit untuk perkara yang lansung tidak memberi faedah kepada dunia Islam. Inilah fitnah harta barangkali. Tahukah anda bahawa jumlah unversiti di seluruh negara-negara Arab lebih sedikit dari jumlah university di Jepun!
“Kami tidak mengharapkan wang ringgit dari kamu. Doa dan sokongan moral kamu sudah menjadi senjata paling ampuh bagi anak-anak pejuang Palestine kami meneruskan perjuangan mempertahankan Islam, Al-Aqsa dan tanahair”
Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam,
Mantan khatib Masjid Al-Aqsa
Mantan Rektor Universiti Islam Gaza
Rujukan: keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA (MEGA). Rabu 8 Okt 2008, Palestine terus lahirkan mujahid!
p/s : Mabruk kepada Wan Abdullah Mujahid, seorang aktivis muda Palestine yang telah selamat mendirikan rumahtangga. Moga berbahagia. Kenala lagi rajin datang kelas pasni;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment