Assalamualaikum
Situasi politik Malaysia semakin meruncing. Walaupun seakan sudah muak dan letih melihat situasi politik begini, namun kita tidak boleh kalah kerana kita seorang rakyat Malaysia yang punya hak memilih. Saya perlu cakna politik kerana saya mahu melahirkan anak-anak yang berada dalam lingkungan Islam, terpelihara dan terjaga di bawah kepimpinan yang adil. Pemimpin yang dipilih memerintah negara harini akan memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan seseorang individu. Masakan kita mahu generasi akan datang dicorak denga corak pemerintahan yang kotor.
Yang kedua, kerana saya sebagai Muslim. Saya belajar dan faham sedikit sebanyak apa itu khilafah Islamiyyah, bagaimana kerajaan-kerajaan Islam terbentuk hingga menjadi empayar sebegitu kuat. Dan juga bagaimana KUASA itu sangat penting dalam MENGUASAI dan mencorak dunia hari ini. Ada juga beberapa sebab lain yang berkaitan tanggungjawab. Tidak semestinya untuk kita menulis atau memberi komen. Tapi cukuplah kita tahu,analisis dan faham apa sebenarnya yang terjadi kepada negara kita yang tercinta ini.
Ini hanya sedikit analisis peringkat awal dari pelbagai sudut.
Apa yang sedang terjadi kepada Perak sekarang adalah satu tragedy politik yang sangat menyedihkan rakyat. Tak perlulah diceritakan kronologinya, rasanya semua sudah tahu. Secara tiba-tiba katak menjadi “individu” yang paling popular sekarang apabila sifatnya yang melompat terus diperkatakan secara begitu hangat. Trend lompat parti sebenarnya sudah bermula sejak tahun1959 (rujuk buku sejarah). Ada beberapa analisis peringkat awal yang dapat dibuat. Yang pertama ianya menunjukkan parahnya system demokrasi negara. Sangat parah sehingga rakyat, undang-undang, dan Raja dipermainkan seakan tidak ada lagi yang perlu dihormati di negara ini. Bagaimana hak rakyat yang susah payah mengundi dikhianati, undang-undang diputar-belitkan dan instutisi diraja turut diherat ke kancah politik kotor. Kuasa demokrasi itu juga semakin hilang, kalah pada kuasa individu-individu tertentu.
Yang kedua, jangan terlalu gelojoh dan tergesa-gesa atau dengan kata lain jangan kita menjadi golongan musta’jilun. Isu lompat parti kembali hangat dan diperkatakan 16 September 2008. Masih Ingatkah ketika itu PKR menguar-uarkan satu teori melangkah ke Putrajaya. Anwar memberi jaminan bahawa selepas PR mengambil alih, Pilihanraya Umum akan diadakan dalam tempoh yang terdekat untuk mendapatkan mandat daripada rakyat. Pengambil alihan ini akan berlaku dengan lompatan beramai-ramai ahli Umno kedalam pakatan rakyat. Tidak dinafikan ini mungkin sebagai satu strategi. Tapi jika dilihat pada hakikat, ini juga bukan jalan demokrasi. Cuma yang berbezanya mungkin umpan yang digunakan samada umpan wang atau umpan kebenaran. Yang pastinya PR @ PKR tidak dapat mengatakan “lompat parti satu cara kotor” kerana meraka juga pernah mempromosikannya sebelum ini.
Seterusnya, jika dilihat dari sudut Pakatan Rakyat ini adalah strategi BN untuk memecah belahkan Pakatan rakyat. Umno cuba menyemai benih-benih benci ahli Pas dan Dap ke atas PKR. Disamping mengurangkan kepercayaan ke atas PKR, isu ini juga membuatkan rakyat berfikir mungkinkah PKR mempunyai misi lain dalam politik Malaysia? Who knows. Tapi rasanya taktik yang digunakan oleh BN, tersasar kerana secara jelas rakyat nampak dan tahu apa sebenarnya yang terjadi. Tidak pasti siapakah think tank strategi politik begini kerana ianya sangat tidak teratur dan dapat ditebak dengan senang hatta di kedai-kedai kopi.
Tragedy ini dengan jelas menunjukkan perlunya sesuatu parti atau jemaah itu diasaskan dengan dasar yang kukuh dan diikat dengan tarbiyah dan kefahaman. Jika ianya dibina atas dasar manusia atau atas dasar bangsa sahaja ianya tidak cukup dalam memegang hati-hati manusia. Inilah yang menyebabkan manusia cepat terpesona dengan tarikan dunia wang, pangkat dan kuasa.
Sheikh Abu anas Ali menyatakan: “Sesungguhnya parti dan golongan yang memilki peraturan yang menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah ditolak oleh ajaran Islam, kerana tidak ada dalil dari al-Qur’an dan hadis yang membolehkan umat Islam berparti dan bergolong-golong, justeru sebaliknya kita jumpai banyak dalil yang mencela berdirinya beberapa parti dan golongan, contohnya adalah firman-Nya yang tercantum dalam surah al-An’am, 6: 159, dan ar-Rum 30: 32, bahkan dampakkesan yang kita ketahui dengan adanya banyak parti dan golongan datu sama lain saling menjelekkan, mencaci dan memfasikkan, bahkan boleh jadi lebih daripada itu, mengkafirkan yang lain tanpa dalil (Kaifa Nualiju Waqanal Alim, 199-200)
Perlu diingat, bahawa apabila berlaku persengketaan diantara 2 pihak, akan ada yang mengambil kesempatan. Dan kita pasti takkan mahu akibat tragedy ini, ada pihak cuba menangguk di air keroh menyebabkan negara tergadai. Yang pastinya siasah atau politik itu perlu kembali kepada akar iaitu Islam. Apa yang sebenarnya mahu diperjuangkan bukan semata-mata kuasa, tapi dakwah dan Islam. Setiap daripada kita perlu tanamkan pada diri bahawa kita adalah da’ie. Biarpun jika ditakdirkan kita kalah dalam medan politik, tapi moga kita takkan kalah dalam medan dakwah. Islam itu adalah matlamat utama.
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. [al-Maidah 5:49)
3 comments:
situasi di perak..
Kita nak buat wehbatul amal,tapi presyarat utama..
wehdatul fiqh tidak terisi..
among US (PAS,pkr,dap)
disini fungsi tarbiyyah dapat dibezakan..
org usrah dan org tak usrah ni lain kefahamannya..
lihat saja bgmana kelantan wpun dengan majoriti just 2 undi dngan kelebihan 1 kerusi dapat memerintah dr 2004-2008 dgn selamatnya
walaupun 4 juta hadir didepan mata..
Tahniah buat YB Nizar..
apapun he is our worrior now!
Apapun kita lihat bagaimana reaksi rakyat 'membalas dendam" pada pilihanraya parlimen nanti..
setuju sahabat. Tarbiyah dan kefahaman paling penting. Tahaluf siyasi tak salah, cuma kita perlu cermat dan berhati-hati. Allah bersama orang yang benar dan ikhlas memperjuang agama. Yang hak akan menang, yang batil akan hilang
kita perlu dan wajib prihatin untuk MENGEMBALIKAN khalifah Islam.
Teruskan usaha anda. Kami selalu bersama anda.
Post a Comment