Thursday, January 29, 2009

Hanya yg faham...dan cuba memahami


Demam lagi. Campur kali ni dah berapa kali demam. Mungkin kali ini demam sebab makan limau banyak. Risau juga andai denggi atau Chikungunya. Memang "ujian adalah tarbiyah dari Allah" . Seakan mengingatkan apa yang salah, mengukum apa yang lalai. Dan kali ini, merayu minta tuhan berikan kesihatan. Banyak benda tergendala. Teringat pada Ustaz masa kat sekolah dulu, dia kata "kita kena sentiasa minta Allah sedarkan kita andai kita lupa, lalai atau bersalah". Kali ini ianya bagaikan teguran, diri akur pada kelemahan dan cuba untuk sentiasa pasakkan dalam hati "kita hidup untuk dua alam "Alam dunia dan alam akhirat"....dan alam dunia itu membawa kepada alam akhirat. Ad dunya mazra'atul akhirah. Adakah aku faham???


Alhamdulillah, pilihanraya kampus sudah berakhir. Tak mampu untuk huraikan secara panjang lebar. Banyak yang dipelajari. Mungkin beberapa bait kata-kata ini mampu menggambarkan. Cuba untuk berada di dalam beberapa topi pemikiran manusia, dan ternyata kita takkan mampu menjadi orang lain melainkan diri kita sendiri yang faham dan hadam situasi kita. Apapun ilmu itu tetap no1, dan practical itu no 2. Terlalu advanced berpractical hingga meninggal jauh ilmu akan memakan diri. Tahniah dan takziah. Wallahu A'lam...

Hanya yang faham akan faham

Gila kuasa, giat Mara, takde kerja
Kata-kata sinis seperti peluru
Menerobos gegendang telinga
Khali sebentar, Ada rasa goyah dalam diri
Seakan mahu lari
Adakah dia gila kuasa?
Atau dia hanya cuba mengambil kuasa
Dari orang yang gila?
Kasar bunyinya
Dia tak suka dikata begini
Sungguh-sungguh dia tak suka dan sedih


Tapi apakan daya
Pemahaman dia begini
Ala-ala skrip filem cinta Sang Murobbi
Jika mereka menolak
Perlukah dia juga untuk menolak
Meraka kata, benda ini pasti tercalit kotor
Tapi dia yakin, Siasah ianya suci
Masakan nabi tercinta mampu menubuh
Negara Islam pertama tanpanya
Masakan dia mahu punya pemimpin yang salah
Masakan dia mahu umat terus parah


Cuma mungkin dia perlu banyak belajar
Dia perlu selak kita kuning sirah
Dia perlu baca Mafsad manfaah
Banyak lagi...
Kerana helah dan taktik kotor itu berbeza
Tapi perlu diingat
Berijtihad itu bukan perkara terlarang
Jika sudah yakin dan tawakkal
Dua pahala jika benar
Satu pahala jika tersasar
Muhasabah atas apa yang dirasa
Tetaplah diatas pemahaman dan pegangan
Jangan cepat melatah dan jangan kalah
Selagi nafas berhembus
Perjuangan itu takkan lupus
Tegakkan Islam di bumi kudus


* Tahniah pada kakak-kakakkuku...bakal menambah 2 lagi anak saudara yang dah sampai 2 dozen lebih tahun ini I.Allah. Boleh ganti FAM lepas ni, tubuhkan Mengkuang United (MU) :)
p/s :sape yang faham sajak sila angkat tangan:)

No comments: