Salam. Sedikit perkongsian peribadi…apa ada pada imtihan??? Masuk sahaja fatrah exam, kebanyakan orang akan mengalami satu perubahan besar pada diri. Takut, risau, demam, ketar kepala lutut dsb. Kadang- kadang saya bertanya, kenapa aku perlu begitu risau sedangkan apa yang ditanya adalah apa yang dipelajari. Jawapannya adalah betulkah aku belajar dalam erti kata yang sebenar? Belajar kerana Allah. Sem ini saya mengambil 7 subjek dengan C.hour 22 jam. Dengan subjek-subjek undang-undang tahun 3 yang kebanyakannya baru, la budda utk saya mengatakan tahun ini tahun paling sukar dan agak teruk bagi saya. Saya tidak berjaya membahagikan masa dengan baik. Seminggu yang lepas sahaja saya hanya berjaya mengambil makan tengahari pada waktu petang dan kadang-kadang malam kerana tidak sempat dengan test dan asaimen. Sebenarnya ia bukanlah masalah time management. Bak kata ustaz Ismail Sabri, ini masalah self management!
Apapun sem ini banyak mengajar saya. La tuakhiru ‘amalul yaum ilal qadda. Don’t postpone your work. Tambah-tambah jika anda memegang sebarang jawatan yang kerjanya tak menentu. Saya menerimanya sebagai satu pengajaran dan peringatan berharga dalam hidup. Alwajibat aksaru minal awqat. Kerja itu lebih banyak dari masa. Dan jika kita lalai atau terleka selalulah kembali kepada asal, jangan putus asa dan berhenti kerana itulah kita manusia. Tidak lari dari kelemahan begini. Saya suka analogikan pada satu soalan ketika saya masih berbaju sekolah dulu.
Saya bertanya pada ustaz “bagaimana nak khusyu’ ustaz? Rakaat 1 atau dua masih ok, tapi apabila masuk rakaat 3 dan 4, macam-macam hal dunia masuk. Kadang-kadang rasa nak merajuk, give up, marah. Mungkin saya masih belum sampai pada maqam org2 yang khusu’ bersolat, tapi adakah cara untuk saya kearah itu?” (dialog dalam loghat kedah) waktu itu ustaz tersenyum dan menjawab “ Jika kita tidak khusyu’ dalam solat, adakah kita akan berhenti, terus tinggalkan solat, pergi menangis, merajuk sampai lepas tu dah tak mahu solat? Jangan! Itu bukan yang diajar oleh islam. Kembali kepada niat. Jika kita lari dari khusu’, sentiasa untuk kembali khusu’ hatta walaupun kita sudah tahiyyat…teruskan dan teruskan. Lainlah kalau syaitan yg mengganggu kamu itu perpangkat komander besar. Kemudian sentiasalah berusaha bersihkan hati…berdoa pada Allah. Berdoa dan berdoa. Begitu juga hidup, jika kita melakukan dosa, kembali pada tuhan dan bertaubat perbaiki diri. Jangan bila kita buat dosa, lepas tu rasa malu jalan penyelesaian adalah bunuh diri. Dengan kata lain always recharge urself! (ni ayat sayaJ). Sy merasakan kulliyah tafaqquh fiddin saya ketika di MMY dulu sangat memberi kesan. Sungguh-sungguh sebagai motivasi diri untuk belajar kita sentiasa perlu berpegang dan merujuk beberapa hadis nabi :
Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga"
Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."
Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."
"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atasbintang-bintang yang lain.""Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."
(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)
jika dilihat ulama dulu bukan sahaja pakar ilmu agama tapi juga ilmu dunia yang melibatkan pelbagai bidang. Meraka memang belajar dengan hati. Sungguh saya kagumi dan rasa termalu….kesal dengan diri. Dengan dunia yang sebegini perlu pada umat muslim yang berilmu, saya masih tidak begitu bersungguh-sungguh. Teringat nasihat seorang kakak berjiwa besar kak Aliza Yunus katanya (moga berjaya, pastikan pelajaran seiring dgn perjuangan. Kerana harini untuk menjadi muslim yang berjaya, mad’u bukan hanya melihat pada kesungguhan kita, tapi juga pada keberjayaan akedemik) Apapun hidup perlu diteruskan kerana saya yakin saya punya tuhan yang berkuasa untuk mengubah segala-galanya. Saya yakin, bersujud dan meminta hanya pada Allah, tuhan bagi seluruh langit dan bumi. Masa itu masih ada, teruskan usaha dan bertawakkal. Doa Usaha Tawakkal. Kepada semua, jangan terlalu risau pada carry mark yang rendah hingga boleh membantutkan semangat untuk menepuh final. Masa masih ada. Satu lagi perlunya sifat desakan dan paksaan. Paksa diri untuk bangun belajar, paksa diri untuk bangun solat. Kerana jika tidak, kita akan terus lena dan hanyut dalam dalam paksaan nafsu tidur dan malas yang sangat kuat. Jom kita saling memaksa untuk kebaikan.
Final exam akan bermula 3hb ini. Doakan saya, doakan sahabat sahabat saya, doakan seluruh mereka-mereka yang sedang menuntut ilmu. Doakan kami agar jadi pelajar yang menuntut ilmu dengan hati. Yang nanti mampu berbakti pada agama dan negara. Teruskan wahai diri….GUD LUCK! Gambate! GO GO! ja'alna YA RABB...minannajihin
p/s: Jika tidak syahid dalam exam ini, insya Allah saya akan berpraktikal di tempat yang jarang-jarang budak Law buat. Apapun saya buat. Insya Allah akan bermula projek pertama sahaja. “cintaku di tanah itu”. Khairani, u must help me. Doakan:)