Wednesday, May 27, 2009

Seks bebas @ Zina :Implikasinya di dunia

Sedikit catatan informal ( artikel formal akan di post nanti)

Kenapa perlu saya memperkatakan tentang isu ini? Tahukah anda di dunia sekarang seawal usia 14 tahun seorang remaja itu ada yang sudah boleh dikatakan expert dan sudah pernah melakukan zina? Ini bukan lagi isu high profile, isu yang malu diperkatakan tapi sudah jadi isu yang patut semua untuk cakna kerana yang pasti akibatnya amat dahsyat pada kelansungan masyarakat bertamadun. Seks bebas atau dalam istilah sebenarnya "zina" dalam diam-diam semakin menular ke dalam masyarakat kita. Anda jangan terkejut, saya juga terkejut pada awalnya. Dan percayalah pada realiti ini. Setiap kali sampainya fail-fail jenayah Syariah yang baru, pasti terdapat kes khalwat yang melibatkan semua peringkat umur. Sebelum itu biar saya jelaskan, khalwat tidak semestinya berlaku persetubuhan atau zina. Ianya dibaca begini -

Bahawa kamu pada ? haribulan 2009, jam lebih kurang 12.55 , di dalam sebuah rumah/motel/hotel beralamat------- didapati bersekediaman / bersekedudukan / berkurung / bersembunyi yang mendatang syak melakukan maksiat dengan seorang yang bukan mahram kamu atau suami/isteri kamu bernama ---- kad pengenalan ---dan yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) Enakmen ------

Menuduh orang berzina bukan mudah dan sesenang rasa. Ianya perlu kepada saksi dan qarinah (bukti) yang cukup. Boleh bertanya kepada yang pakar dalam tajuk jenayah Islam apakah requirement kepada pertuduhan zina atau ianya akan menjadi pertuduhan qazaf. Kebanyakan Enakmen yang berkaitan di kebanyakan negeri tidak memberi fokus pada charge berzina atau bersetubuhan tapi lebih kepada contoh syeksyen diatas khalwat, muqaddimah zina atau berkelakuan tidak sopan. Disini saya ingin memberi lebih tumpuan kepada implikasi berzina di atas dunia. Saya pasti jika menceritakan tentang implikasi di akhirat atau menurut sudut pandang Islam ramai yang sudah faham dan tahu. Didalam Al-Quran sendiri Allah telah menjelaskan hukuman dan pelbagai peringatan agar jangan terjebak dengan zina. Hakikat pada realitinya, kebanyakan mereka yang ditangkap khalwat mengaku pernah berzina! Ya, terdapat pelbagai definisi zina yang sebenarnya dari pelbagai pendapat ulama, tapi cukuplah disentuh secara general.


Dari pandangan kacamata dunia jelas menunjukkan perbuatan zina ini mengundang satu masalah besar bukan sahaja kepada mereka yang melakukan zina, malah anak-anak yang lahir di luar nikah yang sah. Mungkin ramai yang mengambil jalan mudah memuaskan nafsu dan cinta membara dengan melakukan zina atau persetubuhan luar nikah. Mengikut sedikit kajian (yang belum selesai dan tak tahu bila) kebanyakan mereka yang melakukan zina diatas beberapa sebab yang sebenarnya lansung tidak relevan dari pandangan undang-undang. Sebab yang pertama mestilah kerana tidak dapat menahan nafsu. Letakkan disebelah tiadanya didikan agama kerana apa yang terjadi menunjukkan tiada yang dapat menghalang diri dari terjebak apabila nafsu dan syaitan sudah mula menguasai diri. Jangan terkejut kerana ada kes yang membabitkan pelajar agama yang bertitle Hafiz ditangkap di sebuah hotel dan mengaku telah berzina beberapa kali. Ya, memang didikan agama itu penting dan seharusnya ia juga perlu dicombine bersama keimanan yang kukuh. Kes ini telah menyebabkan saya tak mampu tidur beberapa malam kerana takutnya Allah menduga saya, ahli keluarga saya atau sahabat2 saya dengan dugaan sebegini berat. Na'uzubillah


Lebih malang ada diantara pasangan-pasangan ini lansung tidak tahu siapa sebenarnya pasangan yang telah mereka serahkan jiwa dan raga dan hanya tahu nama panggilan sahaja. Hendak dikatakan cinta, tidak juga kerana ada yang baru sehari dua kenal. Jangan hanya mengatakan bahawa lelaki adalah punca terjadinya zina kerana banyak kes yang berlaku menunjukkan golongan wanita yang dengan rela hati pergi dan mengajak terjadinya zina. Sebagai contoh wanita tersebut sanggup menyewa motel atau hotel, pergi kerumah lelaki tersebut atau dengan rela hati mengajak kerumahnya.

Diantara sebab kedua melihat dari profil2 OKT kebanyakan mereka lahir dan hidup dari keluarga yang bermasalah. Ramai diantara mereka yang datang dari keluarga yang bercerai-berai, kematian ibu dan ayah dan lahir dari hasil penzinaan. Ya, penceraian dan kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mati itu sunnatullah dan penceraian itu suatu yang dibenarkan. Siapakah yang mampu menghalang kematian atau menidakkan penceraian yang berlaku. Namun masalahnya disini ibubapa atau waris yang gagal menjaga anak-anak yang hilang tempat bergantung ini. Bagi saya institusi keluarga akan menjadi tunjang paling utama dalam kehidupan. Disitulah seseorang insan akan dicorak dan dibentuk menjadi mu'min dan insan. Faktor kemajuan juga menyumbang banyak. Apa yang tak ada di Internet? Semua ada!

Faktor ketiga boleh dikatakan faktor pendidikan. Walaupun ada yang berpelajaran tinggi dan belajar di universiti, tetapi jumlah yang bersekolah setakat sekolah rendah atau sekolah, PMR dan SPM paling ramai.


Tahukah anda apa implikasinya didunia? Menurut undang-undang Islam, seseorang wanita yang melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin (aqad nikah), maka anak tersebut BOLEH dinasabkan kepada suaminya. Ertinya pihak berkuasa tidak perlu mempersoalkan samada anak tersebut telah dikandung sebelum atau selepas akad. Ini dinamakan aspek undang-undang di dunia atau qadha' sahaja. Aspek keagamaan pula, dikira berdasarkan hakikat sesuatu itu. Jika anak itu dikandung sebelum akad, maka dari aspek keagamaan di sisi Allah s.w.t. ia adalah tidak sah atau terserah kepada penghakiman-Nya di akhirat nanti. Jika seseorang perempuan melahirkan anak kurang daripada enam bulan dari tarikh perkahwinannya, dan suaminya membuat pengakuan bahawa anak itu adalah anaknya, tanpa menyebut hasil dari hubungan zina, maka pengakuan itu diterima di sisi undang-undang. Jika dia mengaku anak itu adalah hasil dari perbuatan zina, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepadanya.


Bagi anak yang lahir hasil perhubungan luar nikah, didalam surat kelahiran pada nama bapa, ia hanya akan di tulis dengan (-) dash! bermaksud tiada bapa @ luar nikah!......disambung

Sunday, May 24, 2009

Sedikit tertekan...Moga dikurnia kesabaran


Assalamualaikum. Pertamanya maaf, saya sedikit tertekan sejak akhir-akhir ini hingga seakan mengabaikan amanah saya di university dan tanggungjawab pada sahabat-sahabat. Kadang-kadang seperti mahu terbang sebentar balik ke sana dan kembali bekerja tanpa gaji di sini kerana memikirkan taklif yang ditanggung dibahu. Moga Allah mengampuni dosa saya dan sahabat tolong maafkan saya dan fahamilah keadaan ini. Sungguh-sungguh saya tidaklah mahu menjadikan keadaan terlebih ekstrem, tapi hakikatnya begitulah. Dan malamnya terlantar keletihan tidak mampu mengangkat mata...ini rupanya situasi bekerja. Bagaimana apabila sudah bekerja dan meneruskan gerak kerja dakwah nnti? Apapun saya dan kawan sudah cukup bersabar dan menahan segala perasaan di dalam dada..hingga kami mengambil kata akhir “wahai diri, ini TARBIYAH mungkin?”
Ada juga sedikit manfaat. Tahukah anda, kes khalwat sekarang semakin meningkat? Itu yang berjaya ditangkap tak termasuk yang bersembunyi di dalam almari atau bilik air. Bermula dari umur 14 tahun hingga 70+++. Tiada peringkat umur mahupun beza warna kulit, panjang janggut dan lebarnya tudung. Na’uzubillah…ini juga satu tekanan selain dari power spek yang semakin bertambah. Seks bebas seakan menjadi satu perkara biasa. Sudah seperti barat lagaknya. Cuma bezanya Barat tanpa segan silu kita dengan penuh adab mungkin. Dan hakikatnya kebanyakannya bermula dari rapuhnya institusi keluarga….saya jadi sedikit memahami. Ini belum termasuk lelaki yang telah beristeri dan perempuan yang telah bersuami ditangkap khalwat. Belum termasuk dibawah rumah ibubapa sedang nyenyak tidur dengan tenang menganggap anak-anak diatas terikat dirumah. Sebaliknya anak diatas rumah membuka pintu tepat jam 12, untuk lelaki masuk dan membuat onar. Perkahwinan bukan semudah putar, rasa dan celup. Tapi ianya satu permulaan bagi sebuah kehidupan yang panjang yang perlu kita semai, baja, siram, petik dan jagai dari pelbagai makhluk perosak. Sungguh-sungguh reality masyarakat semakin parah. Lukanya seperti H1N1, hanya nampak seperti selsema dan demam sedikit sahaja. Tapi sebenarnya ia seperti barah dan penyakit bernanah di dalam. We have to face it, guys. Turun padang dan lihatlah realiti yang menyakitkan.
YA Allah selamatkan kami umat Mu. Kurniakan daku kesabaran dan kekuatan. TQ untuk
en. Ulum


Chaiyyok untuk semua!
p/s: to my sister, sedikit pesanan dari anisah tak bertauliah (huhu) ~ Kadang-kadang kita takkan mampu mencari kesempurnaan dalam gerak kerja manusia. Kerana hanya Allah yang maha sempurna. Boleh dikatakan environment yang kita impikan berbau harum dengan cara hidup Islam, seakan belum pasti akan dapat kita kecapi dalam masa yang singkat di dunia sekarang. Jika semua muslim hidup dengan gaya hidup Islam, ianya ni'mat tuhan tak terhingga. Tapi begitulah hidup ini, manusia itu berbolak balik dan uslub dakwah pelbagai perlu diguna. Usahamu sangat bermakna dan satu usaha terbaik. Mari kita sama-sama adaptasi di dalam kehidupan sebenar di dunia luar. Moga kita sama-sama kuat, sama-sama terus memahami dan menghadami maksud sebenar dunia yang hidup. Apapun carilah jalan yang dirasakan terbaik... Allah bersamamu. ~with love

Sunday, May 10, 2009

Bongkarnya masalah umat!

Assalamualaikum

Pekerjaan baru ini tidaklah terlalu mencabar seperti mereka yang berkerja di law firm. Namun bagi saya, Alhamdulillah, ianya satu pengalaman baru dalam siri-siri cerita hidup. Bergelumang dengan fail-fail hijau, ditambah keadaan pejabat yang tidaklah begitu kondusif (air-cond yang selalu JAM dan bahagian kami yang terasing dari main office) membuatkan saya sentiasa mengahrgai setiap hari-hari yang berlalu. Setiap hari rutin harian hanya mengadap skrin computer yang bermodel lama ini. Ketukan-ketukan di keyboard yang keras menghasilkan irama yang menarik (huhu). Namun saya merasakan ada ruh yang mengalir dalam diri saya. Mungkin kerana Ayah saya pernah bekerja disini dulu dan yang paling penting saya berada dalam aliran masalah umat seislam saya.

Walaupun saya hanya bekerja di dalam dan belum turun padang, namun ia sudah lebih dari cukup membongkar penyakit umat di luar. (sedikit kecewa kerana tidak dibenarkan mengikut penguatkuasaan membuat tangkapan). Apapun setiap fail hijau itu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Dua entity penting LELAKI dan PEREMPUAN merupakan subjek utama dalam setiap fail. Tapi maaf, setiap maklumat adalah RAHSIA, kerana dia mungkin orang kampung anda. Benarlah Allah yang menurunkan ayat mengenai perkahwinana dan hubungkait diantara lelaki dan perempuan, kerana ternyata kesan dan akibatnya cukup hebat! … disambung nanti

Halal aini, Haram fi'li/ Aradhi?


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.



Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya."Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.



Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.



"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.



p/s : any opinion?

Monday, May 4, 2009

Kenyataan PEMBELA

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN-PERTUBUH AN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
29 APRIL 2009 / 4 JAMADILAWAL 1430

Kami pertubuhan-pertubuh an NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi. Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

We, a coalition of Islamic NGOs under PEMBELA call upon all Malaysians to be calm in facing the religious issue emerging out of the case concerning Muhammad Ridzuan Abdullah and Indira Ghandi. This call is based upon our concern that it may affect the harmonious relationship between races in this country.

Perbicaraan kes ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil. Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Kami merayu semua pihak yang berkenaan dan yang mempunyai kepentingan supaya tidak mengambil kesempatan atau memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

The case is still in the courts, both Syariah and Civil. PEMBELA holds the opinion that the due process of law be let free to take its own course without any undue pressure from any party. We call upon all those involved and other interested parties to refrain from taking advantage arising from any differences between the Syariah and Civil Courts.

Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil. PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia umumnya, secara adil dan saksama. PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia bertemu dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

Until the harmornisation of the laws is achieved, PEMBELA urges all parties to respect both the Syariah and Civil Laws. PEMBELA will continue to abide by the teachings of Islam and will continue to discharge its duties and responsibilities in upholding the rights of Muslims and Malaysians in general, justly and equitably. PEMBELA is currently undertaking an indepth study in the area of conflict between the Syariah Laws and the Civil Laws. We are ready to meet anybody in our quest for the best resolution.

Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah dan rundingan membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kestabilan Negara.

In attending to any conflict involving Syariah and Civil legislations, PEMBELA suggests that a long-term solution that serve the common good be worked at. Any differences in opinion need to be channelled through a thorough intellectual discussion and negotiation involving all the stakeholders. In this way any contention can be resolved without affecting the stability of the state.

Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.

We urge our Muslim community to continue our supplications to Allah with the performance of solat hajat and other prayers so that this issue will be resolved amicably and that harmony in Malaysia be improved through mutual understanding, muhibbah and solidarity amongst all races.

Bagi Pihak PEMBELA

Sunday, May 3, 2009

Ini BUKAN BLOG baru!

Salam. Subhanallah...memang saya betul2 bekerja tanpa gaji hingga tak sempat lansung menjenguk blog yang telah dijangkiti Virus H1N1 mungkin sampai templatenya berubah jadi lagu ni. Ini bukan blog saya yang baru, PERHATIAN! dia berubah dengan sendiri tanpa rela tuan punya blog. Banyak saja penulisan-penulisan yang hanya terperap di dalam laptop. Tapi melihat kepada blog yang berwajah begini, melemahkan semangat sungguh untuk menulis. Sesiapa yang bermurah hati hendak menolong mendirikan kembali blog saya, agar kelihatan lebih bersemangat, tlg hubungi saya ya:)