Wednesday, May 27, 2009

Seks bebas @ Zina :Implikasinya di dunia

Sedikit catatan informal ( artikel formal akan di post nanti)

Kenapa perlu saya memperkatakan tentang isu ini? Tahukah anda di dunia sekarang seawal usia 14 tahun seorang remaja itu ada yang sudah boleh dikatakan expert dan sudah pernah melakukan zina? Ini bukan lagi isu high profile, isu yang malu diperkatakan tapi sudah jadi isu yang patut semua untuk cakna kerana yang pasti akibatnya amat dahsyat pada kelansungan masyarakat bertamadun. Seks bebas atau dalam istilah sebenarnya "zina" dalam diam-diam semakin menular ke dalam masyarakat kita. Anda jangan terkejut, saya juga terkejut pada awalnya. Dan percayalah pada realiti ini. Setiap kali sampainya fail-fail jenayah Syariah yang baru, pasti terdapat kes khalwat yang melibatkan semua peringkat umur. Sebelum itu biar saya jelaskan, khalwat tidak semestinya berlaku persetubuhan atau zina. Ianya dibaca begini -

Bahawa kamu pada ? haribulan 2009, jam lebih kurang 12.55 , di dalam sebuah rumah/motel/hotel beralamat------- didapati bersekediaman / bersekedudukan / berkurung / bersembunyi yang mendatang syak melakukan maksiat dengan seorang yang bukan mahram kamu atau suami/isteri kamu bernama ---- kad pengenalan ---dan yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) Enakmen ------

Menuduh orang berzina bukan mudah dan sesenang rasa. Ianya perlu kepada saksi dan qarinah (bukti) yang cukup. Boleh bertanya kepada yang pakar dalam tajuk jenayah Islam apakah requirement kepada pertuduhan zina atau ianya akan menjadi pertuduhan qazaf. Kebanyakan Enakmen yang berkaitan di kebanyakan negeri tidak memberi fokus pada charge berzina atau bersetubuhan tapi lebih kepada contoh syeksyen diatas khalwat, muqaddimah zina atau berkelakuan tidak sopan. Disini saya ingin memberi lebih tumpuan kepada implikasi berzina di atas dunia. Saya pasti jika menceritakan tentang implikasi di akhirat atau menurut sudut pandang Islam ramai yang sudah faham dan tahu. Didalam Al-Quran sendiri Allah telah menjelaskan hukuman dan pelbagai peringatan agar jangan terjebak dengan zina. Hakikat pada realitinya, kebanyakan mereka yang ditangkap khalwat mengaku pernah berzina! Ya, terdapat pelbagai definisi zina yang sebenarnya dari pelbagai pendapat ulama, tapi cukuplah disentuh secara general.


Dari pandangan kacamata dunia jelas menunjukkan perbuatan zina ini mengundang satu masalah besar bukan sahaja kepada mereka yang melakukan zina, malah anak-anak yang lahir di luar nikah yang sah. Mungkin ramai yang mengambil jalan mudah memuaskan nafsu dan cinta membara dengan melakukan zina atau persetubuhan luar nikah. Mengikut sedikit kajian (yang belum selesai dan tak tahu bila) kebanyakan mereka yang melakukan zina diatas beberapa sebab yang sebenarnya lansung tidak relevan dari pandangan undang-undang. Sebab yang pertama mestilah kerana tidak dapat menahan nafsu. Letakkan disebelah tiadanya didikan agama kerana apa yang terjadi menunjukkan tiada yang dapat menghalang diri dari terjebak apabila nafsu dan syaitan sudah mula menguasai diri. Jangan terkejut kerana ada kes yang membabitkan pelajar agama yang bertitle Hafiz ditangkap di sebuah hotel dan mengaku telah berzina beberapa kali. Ya, memang didikan agama itu penting dan seharusnya ia juga perlu dicombine bersama keimanan yang kukuh. Kes ini telah menyebabkan saya tak mampu tidur beberapa malam kerana takutnya Allah menduga saya, ahli keluarga saya atau sahabat2 saya dengan dugaan sebegini berat. Na'uzubillah


Lebih malang ada diantara pasangan-pasangan ini lansung tidak tahu siapa sebenarnya pasangan yang telah mereka serahkan jiwa dan raga dan hanya tahu nama panggilan sahaja. Hendak dikatakan cinta, tidak juga kerana ada yang baru sehari dua kenal. Jangan hanya mengatakan bahawa lelaki adalah punca terjadinya zina kerana banyak kes yang berlaku menunjukkan golongan wanita yang dengan rela hati pergi dan mengajak terjadinya zina. Sebagai contoh wanita tersebut sanggup menyewa motel atau hotel, pergi kerumah lelaki tersebut atau dengan rela hati mengajak kerumahnya.

Diantara sebab kedua melihat dari profil2 OKT kebanyakan mereka lahir dan hidup dari keluarga yang bermasalah. Ramai diantara mereka yang datang dari keluarga yang bercerai-berai, kematian ibu dan ayah dan lahir dari hasil penzinaan. Ya, penceraian dan kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mati itu sunnatullah dan penceraian itu suatu yang dibenarkan. Siapakah yang mampu menghalang kematian atau menidakkan penceraian yang berlaku. Namun masalahnya disini ibubapa atau waris yang gagal menjaga anak-anak yang hilang tempat bergantung ini. Bagi saya institusi keluarga akan menjadi tunjang paling utama dalam kehidupan. Disitulah seseorang insan akan dicorak dan dibentuk menjadi mu'min dan insan. Faktor kemajuan juga menyumbang banyak. Apa yang tak ada di Internet? Semua ada!

Faktor ketiga boleh dikatakan faktor pendidikan. Walaupun ada yang berpelajaran tinggi dan belajar di universiti, tetapi jumlah yang bersekolah setakat sekolah rendah atau sekolah, PMR dan SPM paling ramai.


Tahukah anda apa implikasinya didunia? Menurut undang-undang Islam, seseorang wanita yang melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin (aqad nikah), maka anak tersebut BOLEH dinasabkan kepada suaminya. Ertinya pihak berkuasa tidak perlu mempersoalkan samada anak tersebut telah dikandung sebelum atau selepas akad. Ini dinamakan aspek undang-undang di dunia atau qadha' sahaja. Aspek keagamaan pula, dikira berdasarkan hakikat sesuatu itu. Jika anak itu dikandung sebelum akad, maka dari aspek keagamaan di sisi Allah s.w.t. ia adalah tidak sah atau terserah kepada penghakiman-Nya di akhirat nanti. Jika seseorang perempuan melahirkan anak kurang daripada enam bulan dari tarikh perkahwinannya, dan suaminya membuat pengakuan bahawa anak itu adalah anaknya, tanpa menyebut hasil dari hubungan zina, maka pengakuan itu diterima di sisi undang-undang. Jika dia mengaku anak itu adalah hasil dari perbuatan zina, maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepadanya.


Bagi anak yang lahir hasil perhubungan luar nikah, didalam surat kelahiran pada nama bapa, ia hanya akan di tulis dengan (-) dash! bermaksud tiada bapa @ luar nikah!......disambung

2 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

terima kasih kerana berkongsi fakta. banyak manfaat betul.

Park Chick said...

benar2...hukum Allah itu hebat. Pelik ada golongan tak mau undang2 Allahh ditegakkan. tp lagi pelik bila ada org yg berkobar-kobar nak tegak hukum tapi dia sendiri melanggar hukum.cth:tuduh sipulan berzina.

pakcik: moga Allah bagi petunjuk