Sunday, July 26, 2009

PACE Kesal Dengan Pertemuan Di Antara Menteri Pertahanan Malaysia Dgn Ehud Barak

Pertemuan antara menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Pertahanan Israel merupakan satu lagi gurisan hati terhadap para pejuang keamanan dan pembebasan Palestin secara khusus dan para pencinta keamanan seluruh dunia. Israel yang terkenal dengan sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah satu entiti haram yang diwujudkan di atas tanah Palestin yang dirampas.


Sudah tentu pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia yang beragama Islam dan Agama rasmi adalah juga agama Islam menggambarkan ketidaksensitifan dipihak menteri tersebut terhadap penderitaan rakyat Palestin yang berjuang selama lebih 60 tahun membebaskan tanahair mereka dari penjajah kejam zaman moden iaitu rejim haram Israel.


Selama 60 tahun Israel telah menunjukkan sikapnya yang sombong dan mengetepikan kesemua resolusi antarabangsa yang mahukan rejim ganas itu berundur dari wilayah Palestin yang diduduki. Malangnya bukan setakat tidak mengendahkan saranan antarabangsa malah mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin yang bangun menentang pendudukan haram Israel. Lantas langkah Menteri Pertahanan Malaysia bertemu dengan Ehud Barak tidak akan mendatangkan sebarang manfaat kepada perjuangan umat Islam Palestin sebaliknya akan mengundang mudarat yang lebih besar kepada umat islam di Palestin. Ini kerana pertemuan ringkas ini akan dieskploitasikan habis-habisan oleh media barat yang pro Israel yang menggambarkan kesediaan sebuah Negara umat Islam seperti Malaysia melakukan hubungan dua hala. Ini akan dijadikan ‘lesen’ untuk bertindak lebih kejam ke atas umat Islam di Palestin.

Perjuangan membebaskan bumi Palestin menuntut solidarity umat Islam seluruh dunia. Bagaimanapun pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia ini seperti bergerak kebelakang dan memecahkan kesatuan ummat yang cuba dibina bukan sahaja oleh masyarakt Islam tetapi juga seluruh masyarakat dunia. Seluruh dunia mengutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin sejak 60 tahun lalu tetapi apa yang dilakukan oleh menteri Malaysia ini seperti menggadai prinsip keadilan sejagat apatah lagi dirinya sebagai seorang Islam yang menuntut lebih daripada itu iaitu persaudaraan Islam.

PACE mengutuk sekeras kerasnya tindakan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Rejim Haram Israel atas alasan apa sekalipun. Perkara seperti ini tidak sepatunnya berlaku dan beliau wajib meminta maaf kepada para pejuang keamanan diseluruh dunia dan secara khusus kepada rakyat Palestin yang ditindas.

PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
24 julai 2009
Kuala Lumpur

No comments: