Saturday, August 15, 2009

Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan


Syeikh Mahyuddin Kurdi - paling tengah dalam kenangan- Al-Fatihah...

Tanggal 7 Ogos 2009, umat Islam sekali lagi kehilangan tokohnya..

Beliau adalah Sheikh Qura’ dunia Islam.

Beliau juga di antara 7 Sheikh Qura’ agung Bumi Syam.

Perjuangannya di alam ini genap 100 tahun telah berakhir.

Beliau adalah Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan.

lagi di sini

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasa tersentak mendengar khabar. Seorang lagi ulama' di panggil tuhan. Seorang shbt saya Izyan punya kenangan dengan Syeikh Qurra' hebat ini. Walaupun sedang sakit terlantar di atas katil, masih sudi menerima pelajar-pelajar untuk memperdengar bacaan quran dihadapannya. Masih terbayang-bayang gambaran yang diceritakan. Dan yang terbaru, pemergian ustaz Asri. Menangis saya tatkala membaca berita di surat khabar. Pemergian dua Insan ini ke alam barzakh meninggalkan sesuatu di dunia. Syeikh Qurdi dengan Quran nya, Ustaz Asri dengan Nasyid menyuntik jiwanya. Dan kita, apa yang mampu kita tinggalkan ketika dipanggil tuhan???

Muhasabah...haasibu qabla an tuhasabu..

Dipetik dari sebuah blog:-

Saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama dengan lautan manusia lain di Jami’ Umawi untuk mendirikan solat jenazah sebagai penghormatan terakhir buat Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi.

Sheikh Naim berkata dalam kelantangan pidatonya yang penuh semangat sejurus selepas solat jenazah sebagai penghormatan terakhir buat Syeikh Al-Kurdi;


Segala amalan sebaik-baik manusia (Khairukum) yang telah disabdakan nabi, itulah yang terdapat pada diri Sheikh Mahyuddin Al-Kurdi.


Nabi pernah bersabda :
’Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya’


“Dan itulah Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan,”


Nabi juga pernah bersabda :
“Sebaik-baik manusia ialah yang menghabiskan umurnya dengan amalan-amalan yang baik”


“Dan itulah Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi Abi Hasan,”


Nabi pernah bersabda lagi :

“Sebaik-baik dikalangan kamu ialah mereka yang paling baik dengan keluarganya”


“Dan Syeikh adalah sebaik-baik orang kepada anaknya,”

“Sebaik-baik guru kepada pelajarnya,”

“Sebaik-baik contoh kepada orang yang mencintainya,”

“Sebaik-baik pemberi nasihat kepada yang menginginkannya,”

“Dan sebaik-baik mursyid kepada orang yang berhajat kepadanya,”


Nabi bersabda lagi :


“Sebaik-baik dikalangan kamu orang Islam ialah yang paling baik akhlaknya”

“ Dan Syeikh Abi Hasan ialah orang yang penuh adabnya, penuh dengan ahklaknya yang mulia”


Itulah kehebatan dan kemuliaan Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi.
Sheikh Qurayim yang juga salah seorang dari Syeikh Qura’ Syam ada berkata dalam pidatonya;


“Syeikh Mahyuddin adalah dikalangan orang tidak bercakap soal dunia. Apa yang ada padanya, itulah yang diterima olehnya,”

“Siapa yang ditunjukkan oleh Syeikh Abi Hasan bahawa dia ialah orang yang baik, maka benarlah bahawa dia adalah orang yang baik. Sekiranya sebaliknya apa yang dikatakan syeikh, maka benarlah kata-kata syeikh,”

Bumi Syam benar-benar menangisi pemergiannya. Antara kata-kata Syeikh Mahyuddin Al-Kurdi yang paling masyhur dalam melihatkan keizzahannya;


Apabila ditanyakan kepada Syeikh, “Kenapakah engkau ingin masuk ke syurga? ”

Beliau hanya akan menjawab “Kerana aku ingin untuk membaca Al-Quran di dalamnya”

Moga Allah melimpahkan rahmatnya kepadanya dan moga beliau ditempatkan bersama dengan para Nabi dan Rasul di akhirat kelak. Ameen.

Mungkin sebagai renungan, satu sabda Nabi yang tidak asing lagi buat kita semua ;

“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu secara langsung dari hati-hati setiap hamba, akan tetapi ilmu itu diangkat dengan meninggalnya para ulama hingga tidak tersisa seorang alim pun. Maka manusia menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, apabila ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan

http://azanisme.blogspot.com/2009/08/pemergianmu-ditangisi-seluruh-bumi-syam.html


1 comment:

Izyan Farhana Zulkarnain said...

walaupun dah lame....
tp still nak bacakn al-Fatihah buat syeikh kurdi...
moga rohnya ditmpatkan bersama golongan yg beriman.Ameenn...