Bismillahirrahmanirrahim wa bihi nasta’in
Blog saya yang tidak best lansung. Tapi tak kisah jika kita ada hidup yang best untuk diterokai. Oleh kerana ianya tak best, jadi saya nak sembang saja kali ini. Alhamdulillah…masih hidup lagi selepas menempuh raya yang disaster sangat best. Apa erti impian dan syukur dalam hidup kita? Ini bukan impian Illyana atau Syukur 21. Boleh teruskan membaca jika anda mahu. With pleasure J Ada orang berimpian untuk jadi orang hebat! Means beyond his capability and normal life. Dan maksud hebat bagi setiap orang adalah berbeza? Apa maksud hebat bagi anda? Apabila anda sudah mencapai cita-cita? Apabila anda sudah berjaya melepasi segala kelemahan? Atau apabila kita telah mencipta sejarah? Tidak semua yang kita anggap hebat, adalah hebat di mata orang. Juga bukan yang biasa-biasa itu tidak hebat. Semuanya terletak pada kita bagaimana untuk memaknakan maksud HEBAT! Bagi saya, tidak semestinya maksud hebat itu perlu diwajahkan. Boleh saja apabila kita rasa dekat dengan tuhan atau berjaya solat subuh awal setiap hari itu satu perkara yang hebat dan kita semakin kearah menjadi manusia yang hebat! Riya’kah, ‘ujubkah atau takabbur dengan tuhan? Tidak,in my humble opinion.
Hari Raya
Bagi keluarga saya, hari raya adalah hari paling sibuk selepas kenduri kahwin. Dan bagi saya, eid kali ini paling mencabar. Semua ahli keluarga termasuk menantu dan cucu sudah faham, eid dirumah tokwan memerlukan stamina yang tinggi. Dengan dua guni ais kiub, seperiuk air gula, kuih muih dan makanan berat sangat memerlukan kakitangan yang ramai. Jarak diantara dapur ke ruang tamu pun boleh tahan. Rumah kampung katakan. Sangat ramai tetamu datang membawa rahmat. Hingga saya pernah bersungut “awatla ramai sangat yang mai rumah kita ni baba?, tak larat dah ni”. Dan jawapan baba dengan cool “bersyukurla ada orang mai ziarah kita. Tetamu tu membawa rahmat dan bawa keluaq dosa. Lebih baik orang suka datang daripada orang takut nak masuk. Layanlah setakat termampu sehabis baik”.
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Dah kena tazkirah. Dan eid kali ini dengan majority kakak dan abang beraya di rumah mertua dan meninggalkan saya dan 2 kakak ipar yang mengandung hampir membuat saya demam. Huhu~ can’t explain by words. Fuuuh!. Apapun kepuasan itu terasa dan saya tidak tahu jika baba dan mak saya sudah tiada nanti akan ramai sebeginikah tetamu yang bertandang…
Anak Sedara yang best!
Alhamdulillah, tanggal 3 syawal lahir seorang lagi anak saudara saya. Welcome to the club sweetieJ Tanggal 5 Syawal pula anak saudara paling “tua” telah selamat dikenduri kahwinkan. Mabruk ya akhi habib. Dah besaq dah semua anak menakan. Dan semakin bertambah jumlah anak sedara yang setakat ni baru 20++ orang. Menjadi satu-satunya mak sedara yang masih tidak berkomitmen ini sgt berat. Saya bukan saja menjadi auntie tapi turut menanggung tanggungjawab yang besar.
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”(Bukhari)
Dunia yang sempoi, akhirat yang power
Anda ada kata2 keramat yang sentiasa bersama? Macam best je tagline ni “dunia mau sempoi, akhirat mau power”. Apa beza beriman dan bertaqwa? Mereka yang beriman tidak semuanya bertaqwa. Dan mereka yang bertaqwa adalah mereka yang beriman. Mereka yang beriman, faham dengan rukun iman yang 5 . cuba kita analisis ayat ini
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat lagi benar." [al-Ahzab 33:70]
Beriman datang dulu dari bertaqwa. Dari Abu Hurairah“pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu? Orang itu menjawab, apabila aku melihat duri aku mengelak ke tempat yang tidak ada duri atau aku langkahi atau aku mundur. Abu hurairah menjawab, itulah dia taqwa.
Semua kita tahu adanya neraka dan azabnya sangat dahsyat. Tapi tak semua yang cuba menghindarinya. Semua tahu Allah itu ada, tapi tak semua yang betul2 beriman dengannya buat apa yang disuruh, tinggal yang dilarang. Khasyatillah~ takut atau rasa kehambaan yang tinggi dengan Allah. Mungkin ada yang tidak setuju dengan “takut”. Takut disini ialah takut melakukan dosa. Bokan dari maksud takut yang sebenar. Apapun elemen khasyatillah ini yang membezakan iman atau taqwa. Kita tergolong dalam mereka yang beriman atau bertaqwa? Bagaimana mahu hidup sempoi tapi mendapat mati yang power? Kita bincang lain kali ya…tapi saya selalu mungkir janji dalam blog. Bila2 biiznillah
No comments:
Post a Comment