Wednesday, September 9, 2009

Suasana Islam atau Negara Islam: Mana yang kita mahu?



Diantara negara Islam dan biah Islam yang mana yang kita dambakan? Setujukah anda jika saya mengatakan Malaysia ialah sebuah negara Islam. Ketepikan sebentar komentar atau statement yang telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman atau dari sudut implimentasi sebenar. Kita rujuk Undang-undang dulu sebgai Law of the land yang dinyatakan dalam art 4 perlembagaan Malaysia. (saya tidak beri'tiqad bahawa Perlembagaan adalah undang2 tertinggi. Kerana undang-undang tuhan adalah yang paling tinggi. Just for the sake of discussion) Tahukah anda jika kita beri'tiqad bahawa FC adalah undang2 tertinggi dalam hidup kita boleh membawa kepada syirik? boleh rujuk ceramah ustaz Redho. Anda juga boleh rujuk buku Critical introduction to Constitutional Law karangan Dr Aziz Bari untuk pemahaman yang lebih kritikal tentang Perlembagaan Malaysia.


Di dalam perlembgaan Malaysia art 3 menyatakan Islam adalah Agama persekutuan. Ada yang mengatakan ini tidak cukup kuat menyatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam kerana tiada priority yang diberikan kepada Islam jika berlaku perselisihan dalam perundangan. Tiadanya maqasid syar'yyah dalam menentukan priority. Jika berlaku clash diantara agama dan bangsa, yang manakah akan prevail? Tiada juga intention dari the drafter of constitution untuk menjadikan Malaysia negara Islam , kerana asal undang2 kita adalah dari barat! purely. Namun dalam menegakkan premis negara Islam, kita mungkin boleh melihat dari letak duduknya art3 dalam perlembagaan.


art 3: Islam adalah agama persekutuan. Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai


Artikel ini letak duduknya pada bahagian 1 dalam perlembagaan. Manakala Art 11 yang menyatakan tentang kebebasan beragama dan tentang segala kebebasan hak asasi berada di bahagian ke 2 perlembagaan. Tidakkah ini menunjukkan Islam masih diletakkan di tempat yang pertama? Selain dari argumentasi undang-undang ada yang menggunakan "comparison" sebagai satu hujah. Diantara Turki dengan Malaysia yang mana lebih Islam? Pernahkah kita ditembak ketika sedang solat di dalam masjid seperti di Thailand? atau diantara semua negara di dunia negara mana yang masih membenarkan bacaan tahlil diatas kubur atau pasar Ramadhan yang sejauh mata memandang? Ini sebahagian dari hujah-hujah Malaysia negara Islam.



Diantara hujah Malaysia bukan negara Islam pula ialah Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Fasal 4 (1) dengan sebegitu jelas mengisytiharkan bahawa Perlembagaan itu adalah undang-udang utama Persekutuan dan bahawa ikrar perjawatan kesemua ahli parlimen, menteri-menteri dalam kabinet dan para hakim adalah secara khusus untuk mempertahankan Perlembagaan. Dan di dalam kes Che Omar Che Soh (1988) telah mengesahkan bahawa undang-undang negara ini masih adalah undang-undang sekular.

Tunku Abdul Rahman telah berucap pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”. (bak kata Najib 1 Malaysia)

Nah, ini baru dari sedikit perbahasan dan perdebatan mengenai Negara Islam + Malaysia. Anda boleh cari banyak lagi. Persoalan disini, Anda mahu Malaysia sebagai negara Islam atau sebagai sebuah negara Sekular? Pendapat saya menyatakan Malaysia bukanlah sebuah negara Islam kerana sebab2 diatas dan dari sudut implementasi yang lemah. Betulkah terlaksana segala undang-undang yang disebutkan? Tidak. Banyak kes setakat ini yang tidak meletakkan art 3 sebagai authority tetapi lebih kepada men interpret mengikut i’tiqad para hakim yang arif. Biarpun 3 elemen negara islam telah dipenuhi, tapi perkara utama adalah dari sudut perlaksanaan. Malaysia juga bukan sebuah negara sekular yang nyata. Some sort of...

Bagi saya untuk meletakkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam atau tidak ia sebenarnya terletak ditangan kita sebagai Melayu Muslim yang mendominasi Malaysia. Sudah tentu dari sudut hukum, tuhanlah yang lebih layak menilai. Yang pasti status ini tidak dapat tidak dipengaruhi oleh politik kepartian. Cuba menjadi lebih rasional tanpa melibatkan politik, Umat Islam Malaysia telah berpecah kepada 2. Mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular bagi saya juga bukanlah satu perkara yang bijak. Kerana kitalah yang mungkin sebenarnya menjadi pendokong kuat kepada mereka-mereka yang tidak mahukan Islam menjadi sebuah negar a di Malaysia.klik dan ini .


Keputusan para hakim, kata-kata Perdana Menteri dan para ahli akdemik yang berpengaruh sebenarnya telah menjadi precedent atau satu authoriti yang kuat kepada Malaysia bukan negara Islam sehingga ianya mampu menjadi hujjah sampingan di mahkamah sebagai tempat keadilan. Kenyataan Tunku Abdul Rahman misalnya telah diguna pakai sejak dari statement itu keluar dari mulutnya hinggalah sekarang. Bagi pihak yang mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pula, mereka akan terus bersenang-senang dan merasa selesa dengan Islamnya Malaysia. Islamkah jika kita msih belum bersedia menerima pakai undang-undang Islam. Contoh yang paling jelas ialah di dalam kes Kartika. Jelas tidak bersedia dan segala yang terkandung dalam plan islam hadhari dulu retorik semata.



Apapun mengimpikan tertegakkan negara Islam adalah satu impian yang realistik. Negara Islam di dalam maksud sebenar. Mengatakan Malaysia aman untuk beribadah dengan biah dan suasana yang tidak menekan masih belum cukup. Di Korea atau Jepun juga kita masih bebas bersolat di masjid atau berpuasa di bulan Ramadhan. Kita merasa selesa dengan cara pembahagian ini. Muslim masjid dan muslim disko. Ramai saja student universiti yang kaki clubbing tanpa segan silu dan ramai saja yang masjid tempat lepaknya. Seperti yang dikatakan Tunku Abdul Rahman, kerana kita berbilang kaum "negara Islam" sukar dilaksanakan. Kita buka kembali bagaimana pembukaan kota Madinah berlaku. Bukankah sahifah madinah juga didukung oleh bangsa dan agama lain; bani nadhir qunaiqa' dari kaum yahudi? Mendirikan impian ini sememangnya sangat susah. Bercakap memang senang, namun ianya tidak mustahil jika ianya bermula dari kita samada untuk terus selesa dengan biah islami atau mendirikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah satu yang pasti!

~ for the sake of ummah- lets think about it

No comments: