Sunday, September 6, 2009

Think tank Islam ~ a reality



Bismillahirrahmanirrahi wa bihi nasta’in


Pernahkah kita terfikir, jika kita mengatakan bahawa Israel atau Zionis sebagai Think Tank Amerika dan musuh-musuh Islam, tidakkah Islam juga memerlukan Think Tank kita sendiri? Semua sedia maklum segala perancangan dan propaganda dunia berpusat dari Zionis. Malah ketika kempen pilihanraya Amerika sedang berlangsung, banyak suara-suara mengatakan ada tangan-tangan Zionis yang merancang di belakang. Begitu juga dengan kejadian 11 September yang dirancang dengan baik. Dunia seakan patuh mengikut segala propaganda yang dirancang barat. "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".(AL-BAQARAH:120



Diantara propaganda barat yang sangat kena pada waktu sekarang ialah ketika Pendeta Zwemer mengemukaka beberapa nasihatnya, antara lain:

1 . Wajib menanamkan dalam hati umat Islam bahawa kaum Nasrani itu bukan musuh mereka.

2 . Wajib mengkristienkan kaum muslimin dengan menggunakan orang Islam sendiri dari barisan mereka sendiri. Kerana, suatu pohon itu harus dipotong salah satu dahannya.

3 . Akhirnya dia menggembirakan hati para missionaris agar tidak putus asa, bahawa hati kaum muslimin mempunyai kecenderungan yang sangat terhadap ilmu-ilmu Eropa dan terhadap kebebasan wanita.

Konferensi Lucknow, India tahun 1329 Hijriyah (1911 Masehi).



Saya selalu terfikir contohnya ketika berita tentang kematian Micheal Jackson meninggal dunia sebagai Islam, jika umat Islam punya think tank kita sendiri pasti akan kita buat sedikit propaganda tentang keislaman Micheal Jackson. Mungkinkah dia dibunuh kerana berniat untuk mengumumkan keislamannya di konsert akan datang.? Atau mungkinkah dia dibunuh kerana telah menemui kebenaran? Kita akan sebarkan berita tentang keislamannya. Membuat sedikit provokasi dalam masa yang sama mengambil kesempatan menerangkan tentang Islam. Niat utama ialah menyebarkan Islam berdasarkan sumber yang kita percaya. Tiada lain. Dan Islam tidak akan sekali-kali membenarkan satu cara yang batil melangkaui yang haq. Teori Macheavelli? Sama sekali tidak! Hakikatnya setiap kejadian yang berlaku, secara reality mata kasarnya ianya tidak begitu memberi kesan kepada masyarakat dunia. Tetap elemen yang memainkan peranan paling penting ialah PROPAGANDA!



Apa itu Propaganda? In general, a message designed to persuade its intended audience to think and behave in a certain manner. Thus advertising is commercial propaganda. In specific, institutionalized and systematic spreading of information and/or disinformation, usually to promote a narrow political or religious viewpoint.~source dictionary. Apa yang dapat dimaksudkan disini, propaganda ialah satu cara yang disusun untuk menyampaikan mesej dengan cara mempengaruhi, mendoktrin, membuat orang percaya dan berfikir mengikut acuan yang telah disusun. Dari segi teorinya begini, tapi maksud sebenarnya propaganda itu sangat luas.



Memberi sedikit contoh, peperangan di Iraq dan Afghanistan. Hingga ke saat ini Amerika masih terpaksa menghadapi tentangan dari rakyat tempatan. And they never said that they had won the battle. Hakikatnya rakyat Iraq dan Afghanistan terus bangkit dan semangat perang semakin bertambah. Sebaliknya moral tentera Amerika semakin jatuh. Dan kita disini terus menyangka rakyat disana diambang kekalahan dan kejatuhan dengan propaganda mereka yang dibentuk melalui gambar-gambar dan berita. Begitu juga di Palestine. Untuk visual yang lebih jelas, mari kita baca buku Kombat 1511 karangan Faisal Tehrani.



Adakah propaganda dibenarkan dalam islam? Sumber yang paling utama untuk dirujuk adalah Al-Quran dan praticalitynya melalui sirah nabi. Sebenarnya sedang membuat sedikit kajian tentang ini. Rujukan utama = Fiqh Sirah. Ingin berkongsi ilmu dan maklumat~ sangat dialukan;)
~Think Tank Umat Islam~
artikel tentang biah islami atau negara islam telah hilang!! tanpa sempat disave

1 comment:

mat lanai said...

salam ya ukhti,
makluman untuk dikongsi bersama,propaganda secara asasnya terbahagi kepada dua iaitu:
a)white propaganda
propaganda yang berunsurkan perkara yang baik untuk kemaslahatan bersama
b)black propaganda
propaganda yang mungkin nampak baik tetapai ada tujuan kurang baik yang berselindung dengan propaganda yang mungkin nampak baik.
seperti yang ukhti tahu,puak israel yang mendalangi amerika atau lebih dikenali sebagai puak neo-konservatif,mereka juga menyebarkan satu gerakan iaitu freemason yang mana sudah tersebar keseluruh dunia termasuk malaysia,ukhti bkak youtube dan taip illuminati dan ukhti akan faham maksud saya..
akhir kata,artikel ukhti ni bagi saya amat menarik sekiranya ukhti dapat menghantar nya ke majalah2 tampatan malaysia seperti mastika atau sebagainya..
sekian wassalam