Friday, September 26, 2008

Jumaat terakhir...Ramadhan yang mendung




Subhanallah... Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Hari ini 26 Ramadhan, Jumaat terakhir. Langit kelihatan mendung. Sangat-sangat suram. Sambil hujan renyai-renyai membasahi bumi UIA. Mungkin semuanya sedih melepaskan Ramadhan pergi. Khatib hari ini mengatakan tentang Fathu Makkah dalam khutbahnya. Bagaimana Fathu Mekah berlaku, peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

Semalam semasa saya melintasi Main Gate UIA semalam, sekilas pandang saya terpandang satu banner. Tidak dapat menangkap secara keseluruhan, namun anak mata saya terpandang Last Jumaah in Ramadhan, Al-quds Day. Dan hari ini baru saya tersedar Today is Al-Quds day!

Hari ini Jumaat 26 Ramadhan 1429H adalah hari Jumaat terakhir dalam Ramadhan kali ini. Sejak 1980, Imam Khomeini, pendiri kerajaan Revolusi Iran telah mengisytiharkan hari ini sebagai Hari Al-Quds dan disambut sebagai satu upacara besar di Iran.
Signifikannya Hari Al-Quds dengan kita seluruh umat Islam ialah inilah hari untuk kita semua:
Meningkatkan komitmen kita dalam perjuangan membebaskan Palestin.
Menyedari dan berwaspada dengan perancangan Zionisma dalam setiap lingkungan kita.
Memperingati segala jerih-payah saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa penjajahan Israel laknatulLah .

Terfikir sejenak, bagaimana saudara kita disana menyambut Ramadhan? Di UIA, suasananya sangat menenangkan dan mengamankan hati. (saya takkan lupakan bagaimana perasaan tarawikh di UIA). Jika di Malaysia pula dengan masjid yang banyak, siap disediakan moreh, berbuka, ifthar, dengan karpet tebal seinci, imam yang sangat hebat tapi kita masih tidak mampu meletakkan khusyuk dalam hati. Malah masih ada yang tidak berpuasa apatah lagi bersolat tarawikh. Di Palestine, dengan maut menunggu di mana-mana, dengan sekatan ekonomi, mereka masih tetap teguh beribadah pada tuhan. Ujian Allah itu dua. Satu ujian dengan kesenangan, satu lagi ujian dengan kepayahan. Kita diuji tuhan dengan kemewahan, kesenangan, keamanan yang memerlukan keimanan yang kuat untuk menghadapinya. Manakala sahabat kita di palestine di uji dengan kepayahan, kelaparan, ketakutan yang bukan sekadar perlukan keimanan yang kuat malah kesabaran yang tinggi.
Saya terbaca satu artikel, tajuknya Palestin lenyap tahun 2020???http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2324. Sama-sama kita memikirkannya.

Allahumma Ballighna Lailatul Qadr...
Ramadhan Kareem, 'eid Mubarak

Monday, September 22, 2008

Lailatul Qadar...


Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata:

قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, kata at-Tirmizi: "haza hadis Hasan Sahih/ hadis ini Hasan Sahih"))

Wednesday, September 17, 2008

" Berlemah lembut dengan kafir, bertegas dengan Muslim" Why this happen???

Penyakit itu datang lagi…malas, culas, segan, untuk membaca suratkhbar, web dsb (hanya baca Kosmo yang rumate beli). Teringat di satu program, saya digelar ikon isu. Serasa-rasa mahu meletus tawa. Saya bukan lagi begitu sekarang. I am Zero the Zorro! Sungguh-sungguh saya merasakan bahawa neuron intelek saya, semakin kurang cakna tentang isu-isu semasa. Kenapa? Susah untuk ditafsirkan. Baru2 ini saya menerima satu mesej bertanya 1) Apakah pandangan anda ttg 16 september? 2) Apakah persediaan yang perlu ada bagi seorang mahasiswa untuk menghadapinya…sangat kecewa kerana tidak dapat membantu(maaf kak :( perlu diubati! Jika saya memberi jawapan , saya yakin ia akan menambah masalah kepada penerimanya. Saya mengadu pada seorang kawan. Jawabnya “kawan…politik itu sepatutnya tidak kotor, dan kita tak sepatutnya melabelkannya begitu. Politik (siasah) itu suci, Amir (pemimpin )itu golongan yang mulia, kebersatuan itu suatu yang dituntut. Masalahnya sekarang, orang melabelkan politik itu kotor, pemimpin itu pasti akan corrupt, dan kebersatuan itu suatu yang mustahil. Kenapa jadi begitu, kerana pemimpin-pemimpin yang berubah menjadi corrupt, mengotorkn politik dan sanggup memecah belahkan kebersatuan, mengapi-apikan untuk kepentingan politik individu.

Yang menarik perhatian saya sekarang ialah sikap “pandang ke belakang” kita. Kalau dulu Pierre Andre mengarah filem Jangan Pandang Belakang, dia sebenarnya gagal menyampaikan mesej filem tersebut walaupun menjadi Box Office. Jika Pak Pandir membunuh anaknya tapi tidak ditangkap polis, jangan pula kita berkata Pak Pancit yang membunuh anaknya sekarang, tidak perlu juga ditangkap polis. Pak Pandir memang akan diingati dunia sebagai PENJENAYAH BESAR kerana membunuh, cuma dia bernasib baik kerana tidak ditangkap, kerana polis itu dalam masa yang sama bekerja sebagai tukang sapu dirumahnya. Tapi atas alasan bencikan Pak Pandir yang menggunakan kuasa, Pak Pancit dibebaskan, kononnya atas sebab yang sama. Membunuh itu tetap satu jenayah! Maka teraniayalah siapa yang di bunuh, dan dalam masa yang sama Pak PanCheng mengambil kesempatan diatas alasan itu untuk terus membunuh.

Jika orang itu dulu pernah menghina isteri nabi, tidak ditangkap ISA (sebut UFO), kita akan berkata “kenapa orang itu dulu menghina juga, tapi tidak ditangkap, tapi kita menghina ditangkap,ini tak adil!” (jika betul berlaku penghinaan, im not sure). Jika terus menggunakan alasan begini, maka sudah gilalah umat. Sedangkan yang menghina itu bukan orang lain, seagama jugalah.

Jika orang itu pernah meruntuhkan benteng terakhir Melayu, kita akan berkata “eleh…kalau ini benteng terakhir, siapa yang telah meruntuhkan benteng-benteng sebelum ini? mereka kan? Jadi tak kisahlah kalau kami menyambung proses runtuhan” maka akan terus runtuhlah setiap benteng.

Jika orang itu pernah memporak-porandakan masyarakat, mengapi-apikan perkauman, kita akan terus mempraktiskan dasar pandang ke belakang. Maka akan ada orang yang akan pandang ke hadapan mengambil peluang untuk terus memporak-porandakan dan mengapi-apikan. (Segala contoh diatas sila ambil rasional bukan dari kesahihan cerita, tapi dari respon yang diberikan)

Sangat mengecewakan. Seakan seperti tidak ada hero lagi untuk memperbaiki apa yang telah dimusnahkan dan membawa masyarakat terus pandang kehadapan. Mungkin kita perlu mengimport hero-hero dari negara lain atau meminjam mesin masa dari Doraemon untuk membawa kembali hero-hero Islam sebelum ini ke zaman kita. Tanpa menyebut parti politik…berfikirlah untuk rakyat dan agama, jangan berfikir untuk kepentingan sendiri. Jika orang disebelah sana terus terang menghina islam dengan azan dan tulisan jawi, para YB dan pemimpin politik se parti hanya diam membisu. Kerana untuk mengelak perpecahan dalam perjanjian dan kumpulan, kononnya. Tapi jika ada orang di kaum berkulit sawo matang membuat salah mengikuti forum membantah Memeluk Islam, “Anda perlu dikenakan slot disiplin!”sekali lagi tanpa mengira parti politik. Berlemah lembutlah sesama muslim dan bertegaslah dengan orang kafir {mafhum ayat}. Keadaan seakan berbeza. Jangan hanya jadi hero apabila berdepan dengan keris melayu tapi apabila berdepan dengan kaum lain senyap membisu (saya bukan racism) Jangan kita dijadikan tunggangan untuk matlamat orang lain. Kita sendiri juga perlu rasional. Perasaan geram, benci,menyampah kepada mereka-mereka sebelum ini boleh menumpulkan pemikiran dan menyempitkan pandangan. Yang sudah jatuh, biarkan mereka bermuhasabah kenapa runtuh. But the leading party should move with some great ideas.

Walaupun begitu, Dasar pandang ke belakang sesuai digunakan dalam melihat Sirah. Bagaimana Nabi Agung mencatur politik yang pastinya lebih mencabar dengan adanya orang Yahudi, Nasrani dan kafir Quraish dan tidak kecuali kaum munafiqin yang berpura-pura dalam Islam. Rujukan yang baik dari sirah menunjukkan bahawa adanya orang kafir yang jelas dan orang munafiq yang terlindung yang sentiasa cuba memecahbelahkan Islam. Perlu diingat Abdullah bin Ubayy bin Salul lebih merbahaya sehingga nabi pernah memerintahkan dia agar dibunuh. Islam itu pemandu, bukan sekadar penumpang. Maka saya sebagai rakyat yang hubbul waton, cintakan negara berharap agar semua pemimpin, berjuanglah dan pandulah negara diatas matlamat Islam, bukan kerana nama, dendam, kepentingan politik. Berhati-hatilah membuat keputusan. Kerana jika ianya hanya bersandarkan emosi, nafsu, kepentingan semata pasti ada yang akan mengambil bahagian. Jangan biarkan Malaysia terus parah. Jangan biarkan saya terus dijangkiti kuman ini. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sungguh-sunguh Islam Is the Way of Life!!!

Nukilan rasa seorang rakyat muda

11 September... jadilah pengganas yang digeruni

11 September...masih segar dalam kenangan. Tak perlu diceritakan onar apa yang telah dibuat oleh Barat. Satu dunia telah mengetahui kebenaran. Osama Laden yang dicari tidak berjumpa, tapi dua negara Islam telah musnah. Bermula tarikh ini term TERRORIST dipelkenalkan. Islam itu pengganas, Islamophobia, dsb. Mungkin sampai mati label yang diberikan ini takkan hilang. Jadi jika mereka melabelkan kita pengganas, kita seharusnya jadi pengganas yang digeruni. menjadi pengganas yang mengganas untuk mempertahankan agama dan negara. Menjadi penggnas begini lebih baik dari menjadi pengecut yang hanya berselimut di sebalik selimut-selimut tebal. Adakah saudara kita di Palestine pengganas??? ya, mereka memang pengganas yang hebat. Pengganas = pejuang.

Saya tak pasti, mungkinkah wajah saya kelihatan seperti terrorist? pasti sgt menggerunkan.huhu. Dalam 7 orang kawan-kawan perempuan yang melepasi pintu pemeriksaan di Airport hanya saya seorang yang dikenakan body Checking. Bukan sekali tapi 2 kali! sedangkan cara pemakaian yang sama, barang yang dibawa hampir sama dan tak berbahaya. memang melampau! Apapun , semoga kita tergolong dalam mereka-mereka yang memperjuangkan islam di dunia ini dan Al-Fatihah kepada saudara-saudara yang syahid dalam mempertahankan agama dan negara. 11 September dalam kenangan...

Bukit Golan....akan kita rampas kembali dari mereka
Mungkinkah ini pengganas yang dimaksudkan??? lepas ini White House atau Camp David pula ye

Sidang Komander 12, KOMBAT 1511...mungkinkah jadi reality?(tribute to komander Hamasyie:) jangan tekke sahabat









Tuesday, September 16, 2008

Fatwa Halalkan Darah Warga Arab Palestin


Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

http://maszleemalik.blogspot.com

Tuesday, September 9, 2008

Al-Fatihah buat sahabat

Al- Fatihah kepada sahabat Siti Hajar Izham yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ramadhan. Sunguh2 bertuahlah mereka yang pergi menemui tuhan di dalam bulan yang penuh barakah ini. Sama-sama doakan Moga Ruhnya di cucuri rahmat, di ampun segala dosa dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat dunia dakwah di UIA. Dan Tuhan menunjukkan bukti bahawa Dia lah yang paling berkuasa dan kita hanyalah insan yang lemah. YA Allah...ampunkan dosa-dosa kami

Sunday, September 7, 2008

Mabruk Ya Ukhti...lahirnya seorang lagi khalifah di muka bumi

Dikesempatan ini, ingin saya berkongsi dengan semua satu berita gembira bahawa telah bertambahnya umat nabi Muhammad di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, Nasykuru Lillah…tanggal 6 Ramadhan, saya telah mendapat anak saudara baru. (xde nama lagi, sape nak cadang boleh,baby boy:) Believe it or not? saya adalah ibu saudara kepada 26 orang anak saudara. Believe it! Subhanallah…namun tatkala mendengar berita ini air mata saya bergenang. Pertama kerana gembira dan yang kedua kerana ianya begitu menusuk jiwa, terasa pedih. Benarlah hidup ini hanyalah satu rehlah yang singkat. Satu perjalanan menuju tuhan…Baru pagi semalam saya dikhabarkan ayah kawan saya si kembar Azizan dan Azizah telah kembali mengadap Rabbul Izzati. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Di dalam kehangatan Ramadhan, Allah memanggil hambaNya pulang. Berbahagialah ruh yang berjumpa tuhan di bulan yang mulia ini. Al-Fatihah….

Dan semalam juga lahirnya seorang lagi hamba tuhan menggantikan yang dipanggil pulang. Meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Moga anak saudaraku menjadi insan beriman dan bertaqwa. Begitulah sunnatullah…kita manusia datang dan pergi. Addunnya Mazra’atul Akhirah. Alam Akhirat itu amat hampir dengan kita ibarat di bilik sebelah. Cuma sakaratulmaut yang menjadi pemisah ibarat dinding…serentak saya bertanya pada diri, bilakah akan tiba saat saya dipanggil pulang dan digantikan dengan hamba Allah yang lain? Hakikatnya bersediakah saya untuk berjumpa tuhan??? Jawapannya mengecewakan…saat tuhan bertanya “Alastu birabbikum?” lantas kita menjawab “Bala”. Tapi kita kadang-kadang lupa pada tuhan…terlalu seronok dengan dunia. Ya Allah, terasa diri begitu hina. Terbaca saya akan sebuah buku yang sangat memberi tamparan, sepakan dan pukulan kuat tepat mengenai muka saya.

Kata-kata imam Nawawi Rahimahullah…
Karz Bin Wahbah mengkhatamkan Quran empat kali pada malam hari dan empat kali pada siang hari. Ibn Idris pernah mengkhatamkan Quran di rumahnya sebanyak 4000 kali. Imam Syafi’e mengkhatamkan Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali dan Imam Bukhari sebanyak 30kali. Imam Ahmad mengerjakan solat sunat dalam satu hari sebanyak 300 rakaat. Atha’ Bin Abi Rabah tidur di masjid sebanyak 30 tahun untuk mencari Ilmu…Subhanallah…Subhanallah…


Mereka ini insan biasa seperti kita. Namun kita tidak mampu menjadi diri mereka Mengapa??? Tanyalah diri, soallah hati. Untuk dijadikan alasan kita boleh mengatakan bahwa zaman kita dan mereka berbeza… kita sibuk dengan kelas, persatuan, usrah, program dan lain-lain. Mana sempat untuk khatamkan quran sebanyak itu? Ya, kita betul. Tapi adakah dengan menggunakan alasan ini kita berjaya sekurang kurangnya khatamkan quran sebulan sekali??? Solat sunat awwabin setiap hari? Payah! Jadi jika di bulan Ramadhan ini pun kita tak mampu mengkhatamkan quran walau sekali, malulah pada semut, malulah pada burung, malulah pada pokok….malulah pada Tuhan. Apalagi wahai syabab dan fatayat…lets challenge ourselves!!! Moga kita sempat membuat bekal sebelum berjumpa tuhan. moga kita mati seperti para mujahid dan pejuang islam. setiap yang hidup pasti akan mati!!!
























Kubur Sultan Salahuddin Al-Ayyubi






















Kubur Saidina Bilal Bin Rabah

Friday, September 5, 2008

Adik terus dicabul,dibiar lemas, si abang hanya mampu berkata Oh I See (OIC)

Pada suatu hari yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya-raya. Ada tauke balak, tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah,tauke emas dan macam-macam lagi. Namun tak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok, pasti ada juga yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Ada diantara mereka menjadi orang paling kaya di kawasan piknik tersebut. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.


Suatu hari, semasa keluarga ini berpinik, seorang adik perempuan mereka yang paling sopan dan baik telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku didepan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik ini telah dilakukan oleh sekumpulan Pendatang Haram Tanpa Izin (PAHTI) yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan

Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri. Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka telah cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tapi dihalang oleh abang atas alasan , marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat. Tajuk persidangan kita pada hari ini adalah “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan”. Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bertumbuk dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang mereka berkata “inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi”. Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. “Inilah resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu, kita buat gencatan nafsu”. Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapat bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. “Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” getus hati si adik yang tidak berpuas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda yang ada dikenakan akta Ikut Suka Aku, dicabut janggut dan misai, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya. Keadaan semakin genting. Adik beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ini mereka sepakat. “kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.” “Selamatkan adik kami yang kelemasan”. Tetapi malangnya mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaiannya sudah tidak ada lagi ditubuh. Adik beradik tadi terus melihat drama cabul-mencabul tadi dari dekat selepas bermesyuarat kununnya tergempar itu. Adik lelaki pula sekiranya tadi tangannya masih kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Dengan secara tiba-tiba seorang adik mereka yang masih kecil turut lemas kerana terlalu leka dan terpesona dengan ombak. Lalu diangkatlah lagi baner “ Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” seti nggi-tingginya dengan harapan ada orang lain membantu. Bila melihat banner itu tidak berkesan, mereka bermesyuarat lagi dan mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.

Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki pula kedua-duanya semakin hanyut ke tengah lautan. Muncullah seorang adik lelaki yang selalu tidak disenangi abang-abang. Kata mereka dia ni suka membuat kecoh, berani, tak mendengar cakap. Adik ini dengan beraninya mencipta satu senjata racun, diperbuat dari bahan dari dalam bumi untuk melindungi si adik perempuan dan menakutkan si pendatang haram. Si pendatang haram dan konconya merasa takut dan mendesak abang-abang agar menasihati. Si adik ini tak makan saman. Biar pelbagai ancaman dan boikot di buat, dia tetap meneruskan usahanya. Dia turut mengajak adik-adik yang lain agar berani mempertahankan diri. Dalam masa yang sama, adik beradik yang lain terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik…

Itulah kisah sebuah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

CATATAN:
*adik perempuan itu Palestine
*adik lelaki itu bernama Iraq
*adik lelaki yang kecil bernama Afghanistan
*abang-abang itu Negara Arab yang kaya-raya

* Adik yang berani bernama Iran
*adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun/mundur
*adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
*mesyuarat pula mesyuarat OIC
*bapa yang mati adalah khilafah Islam


#negara kita tergolong dalam adik beradik jenis apa?