Penyakit itu datang lagi…malas, culas, segan, untuk membaca suratkhbar, web dsb (hanya baca Kosmo yang rumate beli). Teringat di satu program, saya digelar ikon isu. Serasa-rasa mahu meletus tawa. Saya bukan lagi begitu sekarang. I am Zero the Zorro! Sungguh-sungguh saya merasakan bahawa neuron intelek saya, semakin kurang cakna tentang isu-isu semasa. Kenapa? Susah untuk ditafsirkan. Baru2 ini saya menerima satu mesej bertanya 1) Apakah pandangan anda ttg 16 september? 2) Apakah persediaan yang perlu ada bagi seorang mahasiswa untuk menghadapinya…sangat kecewa kerana tidak dapat membantu(maaf kak :( perlu diubati! Jika saya memberi jawapan , saya yakin ia akan menambah masalah kepada penerimanya. Saya mengadu pada seorang kawan. Jawabnya “kawan…politik itu sepatutnya tidak kotor, dan kita tak sepatutnya melabelkannya begitu. Politik (siasah) itu suci, Amir (pemimpin )itu golongan yang mulia, kebersatuan itu suatu yang dituntut. Masalahnya sekarang, orang melabelkan politik itu kotor, pemimpin itu pasti akan corrupt, dan kebersatuan itu suatu yang mustahil. Kenapa jadi begitu, kerana pemimpin-pemimpin yang berubah menjadi corrupt, mengotorkn politik dan sanggup memecah belahkan kebersatuan, mengapi-apikan untuk kepentingan politik individu.
Yang menarik perhatian saya sekarang ialah sikap “pandang ke belakang” kita. Kalau dulu Pierre Andre mengarah filem Jangan Pandang Belakang, dia sebenarnya gagal menyampaikan mesej filem tersebut walaupun menjadi Box Office. Jika Pak Pandir membunuh anaknya tapi tidak ditangkap polis, jangan pula kita berkata Pak Pancit yang membunuh anaknya sekarang, tidak perlu juga ditangkap polis. Pak Pandir memang akan diingati dunia sebagai PENJENAYAH BESAR kerana membunuh, cuma dia bernasib baik kerana tidak ditangkap, kerana polis itu dalam masa yang sama bekerja sebagai tukang sapu dirumahnya. Tapi atas alasan bencikan Pak Pandir yang menggunakan kuasa, Pak Pancit dibebaskan, kononnya atas sebab yang sama. Membunuh itu tetap satu jenayah! Maka teraniayalah siapa yang di bunuh, dan dalam masa yang sama Pak PanCheng mengambil kesempatan diatas alasan itu untuk terus membunuh.
Jika orang itu dulu pernah menghina isteri nabi, tidak ditangkap ISA (sebut UFO), kita akan berkata “kenapa orang itu dulu menghina juga, tapi tidak ditangkap, tapi kita menghina ditangkap,ini tak adil!” (jika betul berlaku penghinaan, im not sure). Jika terus menggunakan alasan begini, maka sudah gilalah umat. Sedangkan yang menghina itu bukan orang lain, seagama jugalah.
Jika orang itu pernah meruntuhkan benteng terakhir Melayu, kita akan berkata “eleh…kalau ini benteng terakhir, siapa yang telah meruntuhkan benteng-benteng sebelum ini? mereka kan? Jadi tak kisahlah kalau kami menyambung proses runtuhan” maka akan terus runtuhlah setiap benteng.
Jika orang itu pernah memporak-porandakan masyarakat, mengapi-apikan perkauman, kita akan terus mempraktiskan dasar pandang ke belakang. Maka akan ada orang yang akan pandang ke hadapan mengambil peluang untuk terus memporak-porandakan dan mengapi-apikan. (Segala contoh diatas sila ambil rasional bukan dari kesahihan cerita, tapi dari respon yang diberikan)
Sangat mengecewakan. Seakan seperti tidak ada hero lagi untuk memperbaiki apa yang telah dimusnahkan dan membawa masyarakat terus pandang kehadapan. Mungkin kita perlu mengimport hero-hero dari negara lain atau meminjam mesin masa dari Doraemon untuk membawa kembali hero-hero Islam sebelum ini ke zaman kita. Tanpa menyebut parti politik…berfikirlah untuk rakyat dan agama, jangan berfikir untuk kepentingan sendiri. Jika orang disebelah sana terus terang menghina islam dengan azan dan tulisan jawi, para YB dan pemimpin politik se parti hanya diam membisu. Kerana untuk mengelak perpecahan dalam perjanjian dan kumpulan, kononnya. Tapi jika ada orang di kaum berkulit sawo matang membuat salah mengikuti forum membantah Memeluk Islam, “Anda perlu dikenakan slot disiplin!”sekali lagi tanpa mengira parti politik. Berlemah lembutlah sesama muslim dan bertegaslah dengan orang kafir {mafhum ayat}. Keadaan seakan berbeza. Jangan hanya jadi hero apabila berdepan dengan keris melayu tapi apabila berdepan dengan kaum lain senyap membisu (saya bukan racism) Jangan kita dijadikan tunggangan untuk matlamat orang lain. Kita sendiri juga perlu rasional. Perasaan geram, benci,menyampah kepada mereka-mereka sebelum ini boleh menumpulkan pemikiran dan menyempitkan pandangan. Yang sudah jatuh, biarkan mereka bermuhasabah kenapa runtuh. But the leading party should move with some great ideas.
Walaupun begitu, Dasar pandang ke belakang sesuai digunakan dalam melihat Sirah. Bagaimana Nabi Agung mencatur politik yang pastinya lebih mencabar dengan adanya orang Yahudi, Nasrani dan kafir Quraish dan tidak kecuali kaum munafiqin yang berpura-pura dalam Islam. Rujukan yang baik dari sirah menunjukkan bahawa adanya orang kafir yang jelas dan orang munafiq yang terlindung yang sentiasa cuba memecahbelahkan Islam. Perlu diingat Abdullah bin Ubayy bin Salul lebih merbahaya sehingga nabi pernah memerintahkan dia agar dibunuh. Islam itu pemandu, bukan sekadar penumpang. Maka saya sebagai rakyat yang hubbul waton, cintakan negara berharap agar semua pemimpin, berjuanglah dan pandulah negara diatas matlamat Islam, bukan kerana nama, dendam, kepentingan politik. Berhati-hatilah membuat keputusan. Kerana jika ianya hanya bersandarkan emosi, nafsu, kepentingan semata pasti ada yang akan mengambil bahagian. Jangan biarkan Malaysia terus parah. Jangan biarkan saya terus dijangkiti kuman ini. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sungguh-sunguh Islam Is the Way of Life!!!
Nukilan rasa seorang rakyat muda
1 comment:
Mantop ah sahabat ana!..
tulisan anti mmasih berbisa..
siapa kata anti zero??
anti tetap ikon "isu" bagi ana
Post a Comment