Pada suatu hari yang nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya-raya. Ada tauke balak, tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah,tauke emas dan macam-macam lagi. Namun tak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok, pasti ada juga yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Ada diantara mereka menjadi orang paling kaya di kawasan piknik tersebut. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Suatu hari, semasa keluarga ini berpinik, seorang adik perempuan mereka yang paling sopan dan baik telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku didepan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik ini telah dilakukan oleh sekumpulan Pendatang Haram Tanpa Izin (PAHTI) yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri. Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka telah cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tapi dihalang oleh abang atas alasan , marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat. Tajuk persidangan kita pada hari ini adalah “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan”. Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bertumbuk dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang mereka berkata “inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi”. Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. “Inilah resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu, kita buat gencatan nafsu”. Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapat bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. “Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” getus hati si adik yang tidak berpuas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda yang ada dikenakan akta Ikut Suka Aku, dicabut janggut dan misai, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya. Keadaan semakin genting. Adik beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ini mereka sepakat. “kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.” “Selamatkan adik kami yang kelemasan”. Tetapi malangnya mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaiannya sudah tidak ada lagi ditubuh. Adik beradik tadi terus melihat drama cabul-mencabul tadi dari dekat selepas bermesyuarat kununnya tergempar itu. Adik lelaki pula sekiranya tadi tangannya masih kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Dengan secara tiba-tiba seorang adik mereka yang masih kecil turut lemas kerana terlalu leka dan terpesona dengan ombak. Lalu diangkatlah lagi baner “ Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” seti nggi-tingginya dengan harapan ada orang lain membantu. Bila melihat banner itu tidak berkesan, mereka bermesyuarat lagi dan mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.
Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki pula kedua-duanya semakin hanyut ke tengah lautan. Muncullah seorang adik lelaki yang selalu tidak disenangi abang-abang. Kata mereka dia ni suka membuat kecoh, berani, tak mendengar cakap. Adik ini dengan beraninya mencipta satu senjata racun, diperbuat dari bahan dari dalam bumi untuk melindungi si adik perempuan dan menakutkan si pendatang haram. Si pendatang haram dan konconya merasa takut dan mendesak abang-abang agar menasihati. Si adik ini tak makan saman. Biar pelbagai ancaman dan boikot di buat, dia tetap meneruskan usahanya. Dia turut mengajak adik-adik yang lain agar berani mempertahankan diri. Dalam masa yang sama, adik beradik yang lain terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik…
Itulah kisah sebuah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
CATATAN:
*adik perempuan itu Palestine
*adik lelaki itu bernama Iraq
*adik lelaki yang kecil bernama Afghanistan
*abang-abang itu Negara Arab yang kaya-raya
* Adik yang berani bernama Iran
*adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun/mundur
*adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
*mesyuarat pula mesyuarat OIC
*bapa yang mati adalah khilafah Islam
#negara kita tergolong dalam adik beradik jenis apa?
No comments:
Post a Comment