Dikesempatan ini, ingin saya berkongsi dengan semua satu berita gembira bahawa telah bertambahnya umat nabi Muhammad di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, Nasykuru Lillah…tanggal 6 Ramadhan, saya telah mendapat anak saudara baru. (xde nama lagi, sape nak cadang boleh,baby boy:) Believe it or not? saya adalah ibu saudara kepada 26 orang anak saudara. Believe it! Subhanallah…namun tatkala mendengar berita ini air mata saya bergenang. Pertama kerana gembira dan yang kedua kerana ianya begitu menusuk jiwa, terasa pedih. Benarlah hidup ini hanyalah satu rehlah yang singkat. Satu perjalanan menuju tuhan…Baru pagi semalam saya dikhabarkan ayah kawan saya si kembar Azizan dan Azizah telah kembali mengadap Rabbul Izzati. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Di dalam kehangatan Ramadhan, Allah memanggil hambaNya pulang. Berbahagialah ruh yang berjumpa tuhan di bulan yang mulia ini. Al-Fatihah….
Dan semalam juga lahirnya seorang lagi hamba tuhan menggantikan yang dipanggil pulang. Meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Moga anak saudaraku menjadi insan beriman dan bertaqwa. Begitulah sunnatullah…kita manusia datang dan pergi. Addunnya Mazra’atul Akhirah. Alam Akhirat itu amat hampir dengan kita ibarat di bilik sebelah. Cuma sakaratulmaut yang menjadi pemisah ibarat dinding…serentak saya bertanya pada diri, bilakah akan tiba saat saya dipanggil pulang dan digantikan dengan hamba Allah yang lain? Hakikatnya bersediakah saya untuk berjumpa tuhan??? Jawapannya mengecewakan…saat tuhan bertanya “Alastu birabbikum?” lantas kita menjawab “Bala”. Tapi kita kadang-kadang lupa pada tuhan…terlalu seronok dengan dunia. Ya Allah, terasa diri begitu hina. Terbaca saya akan sebuah buku yang sangat memberi tamparan, sepakan dan pukulan kuat tepat mengenai muka saya.
Kata-kata imam Nawawi Rahimahullah…
Karz Bin Wahbah mengkhatamkan Quran empat kali pada malam hari dan empat kali pada siang hari. Ibn Idris pernah mengkhatamkan Quran di rumahnya sebanyak 4000 kali. Imam Syafi’e mengkhatamkan Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali dan Imam Bukhari sebanyak 30kali. Imam Ahmad mengerjakan solat sunat dalam satu hari sebanyak 300 rakaat. Atha’ Bin Abi Rabah tidur di masjid sebanyak 30 tahun untuk mencari Ilmu…Subhanallah…Subhanallah…
Mereka ini insan biasa seperti kita. Namun kita tidak mampu menjadi diri mereka Mengapa??? Tanyalah diri, soallah hati. Untuk dijadikan alasan kita boleh mengatakan bahwa zaman kita dan mereka berbeza… kita sibuk dengan kelas, persatuan, usrah, program dan lain-lain. Mana sempat untuk khatamkan quran sebanyak itu? Ya, kita betul. Tapi adakah dengan menggunakan alasan ini kita berjaya sekurang kurangnya khatamkan quran sebulan sekali??? Solat sunat awwabin setiap hari? Payah! Jadi jika di bulan Ramadhan ini pun kita tak mampu mengkhatamkan quran walau sekali, malulah pada semut, malulah pada burung, malulah pada pokok….malulah pada Tuhan. Apalagi wahai syabab dan fatayat…lets challenge ourselves!!! Moga kita sempat membuat bekal sebelum berjumpa tuhan. moga kita mati seperti para mujahid dan pejuang islam. setiap yang hidup pasti akan mati!!!
Kubur Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
Kubur Saidina Bilal Bin Rabah
1 comment:
salam...ana cadangkan letak nama muhammad hashimi...
Post a Comment