Tuesday, December 30, 2008

DEMO PALESTINE di kedutaan AS

Assalamualaikum.

Hari ini Allah menggerakkan hati saya untuk turun berdemo di depan kedutaan AS (sekutu jijik meloyakan ISRAEL). Maaf kepada lecturer kerana saya terpaksa ponteng kelas (maaf doktor 2. huhu)


Bermula pada awal demo hingga ke akhir saya tidak dapat menahan perasaan. Tambahan pula berdiri di sebelah saya seorang wanita Palestine yang sedang mendukung anaknya di bawah panas terik matahari. Dan ketika saya bertanya "nti min wain?" pantas dia menjawab tegas "PALESTINE!" serasa sebak melihat dia begitu tabah lantas secara spontan kepala anaknya saya cium. (mujur tak jaga).


Apa yang berlaku pada Palestine kali ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku sebelum ini. Shabra Shatila, Omari Mosque dan banyak lagi. Cuma kali ini...entahlah seakan begitu dekat dan sakitnya terasa. Rakyat dunia sudah semakin celik. Sangat celik melihat kepada situasi dunia sekarang. Ternyata bukan di Malaysia sahaja manusia membantah dan mengutuk serangan ini, malah seluruh dunia. Tertanya juga apa yang akan dilakukan Pres Obama sebagai respon kepada isu ini. Atau dia msh bercuti di Hawaii bermain Hulla?





Sedang suasana menjadi semakin hangat, kelihatan 2 orang wartawan Arab datang menemubual sahabat kelas saya Mujahid yang juga wakil Karisma International. Kemudian wartawan itu beralih pula kepada seorang untie yang kelihatan begitu bersemangat. Tanpa diduga saya turut ditemu bual. Airmata yang terbendung sekian lama tumpah juga. Sangat memalukan bagi saya mengalirkan airmata disitu. Tapi tanpa sengaja.apa nak buat...Soalan yang ditanya lebih kurang begini " apakah yang sepatutnya Arab and Islamic Country respond ke atas apa yang terjadi di GAZA?

Apapun sekadar berkongsi...Moga bermanfaat!

Khaibar! Khaibar! Ya Yahud
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud

P/s : dijemput untuk ikut serta di Grand Munajat "Gaza under attack" 1/1/09, masjid uiam, 8.30 - 11.00 malam.
- anjuran MA'RUF CLUB, Al-Aqsa Society, KARISMA dan lain-lain

Sunday, December 28, 2008

Pemimpin Iran kemuka fatwa, tokoh Palestin gesa intifada baru dilancar lawan Israel

TEHERAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya mempertahankan Palestin daripada serangan Israel di Gaza.

"Semua pejuang Palestin dan semua orang Islam yang beriman di seluruh dunia perlu mempertahankan wanita yang tidak dapat mempertahankan diri mereka, kanak-kanak dan rakyat Gaza dengan apa cara sekali pun.


"Sesiapa yang terkorban dalam perjuangan ini adalah dianggap sebagai mati syahid," televisyen kerajaan memetik Khamenei sebagai berkata, semalam.

Israel meneruskan serangan udara terhadap Gaza bagi hari kedua semalam dan mengorbankan 280 orang dalam konflik paling buruk berpunca daripada keganasan negara Yahudi berkenaan.



Pemimpin Israel berkata, serangan itu adalah tindakan balas kepada bedilan roket hampir setiap hari oleh pejuang Palestin di Gaza yang diperhebatkan selepas gencatan senjata selama enam bulan tamat.


Iran yang enggan mengiktiraf Israel dituduh Tel Aviv membekalkan senjata kepada Hamas. Teheran menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia hanya memberi sokongan moral kepada kumpulan berkenaan.

Khamenei juga mengecam beberapa kerajaan Arab kerana bersikap mendiamkan diri berhubung serangan udara Israel terhadap Gaza.

Sementara itu, di DAMSYIK, pemimpin biro politik Hamas, Khaled Meshaal mendesak rakyat Palestin supaya melancarkan intifada terbaru terhadap Israel, termasuk dengan melakukan misi bunuh diri.

Dalam temu ramah dengan stesen televisyen al-Jazeera, Meshaal berkata: "Kami menyeru intifada ketenteraan terhadap musuh kami. Penentangan akan diteruskan menerusi misi bunuh diri."


Hamas tidak melakukan sebarang serangan bunuh diri terhadap Israel sejak Januari 2005. Intifada atau penentangan besar-besaran pertama tercetus pada 1988, diikuti dengan perjanjian damai Oslo 1993, yang memberi sedikit autonomi kepada rakyat Palestin menerusi pembentukan Pihak Berkuasa Palestin.


AKTIVIS Lubnan memprotes serangan Israel dalam bantahan di depan Kedutaan Mesir di Beirut.

Intifada kedua tercetus pada 2000 dan berakhir kira-kira tiga tahun kemudian.

Meshaal berkata, Hamas menerima 'semua usaha untuk keamanan, tetapi ia tidak berhasil'. Katanya, bagi membolehkan rundingan dilakukan dengan rakyat Gaza, sekatan perlu ditarik balik dan laluan (dari Israel) dibuka, terutama di Rafah,' menghala ke Mesir.

Meshaal merujuk kepada sekatan Israel ke atas Gaza selepas Hamas merampas kawasan padat penduduk itu daripada pasukan keselamatan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Jun lalu.

Israel, Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain menyifatkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Meshaal berkata beliau terbuka pada usaha perdamaian dengan Mahmoud, tapi mahukan Presiden Palestin itu menghentikan rundingan damainya dengan Israel.

"Serangan roket mahupun operasi bunuh diri tidak membawa kepastian, tapi rundingan boleh mendatangkan hasil," katanya. � AFP/Reuters





Sekitar gambar pengeboman Palestine









Jasad bergelimpangan

Rejim zionis terus mengganas , rakyat Palestin dibunuh secara massa tanpa belas kasihan.

Jangan banyak tanya dibenak fikiran kita kenapa negara Islam tidak membantu, kenapa pemimpin negara Islam tidak tegas. Tanya diri kita sendiri apa yang boleh kita bantu.

Antara secebis usaha ialah :
1. Mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh pelusuk dunia yang ditindas.

2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpale stin.org


3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini http://www.inminds. co.uk/boycott- israel.php


http://almakki.wordpress.com/

pergi jahanam dengan ZIONIS!!!



BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.
Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain.
Siaran televisyen menunjukkan mayat bergelimpangan di sebatang jalan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh penyelamat.

Jurucakap polis Hamas, Islam Shahwan berkata, serangan itu dilakukan ketika majlis tamat latihan untuk anggota polis baru sedang berlangsung di pekarangan ibu pejabat sebuah pejabat polis di bandar ini.

Pekarangan pasukan keselamatan Hamas selalunya terletak di kawasan awam dan serangan udara pertama dilancarkan ketika kanak-kanak baru hendak keluar dari sekolah.
Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini, bunyi siren kedengaran di jalan raya dan kaum wanita dengan cemas mencari-cari anak mereka.

Di bahagian lain Gaza, 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kem pelarian Khan Younis dan Rafah di selatan wilayah ini.
Seorang wartawan Reuters melaporkan bahawa pelabuhan Bandar Gaza dan kemudahan pasukan keselamatan Hamas mengalami kerosakan teruk.
Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.
Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.
Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.
Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau sedang berhubung dengan banyak negara ekoran serangan Israel berkenaan.

"Saya sedang berhubung dengan banyak negara Arab dan negara-negara lain bagi mendesak Israel menghentikan serangan berkenaan yang merupakan pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada AFP dari Arab Saudi hari ini.

UTUSAN MALAYSIA

Tuhan...bantulah saudara-saudara kami di Palestine. Ameen

Mabruk 'alaik!



Alhamdulillah, dalam tahun ini sahaja beberapa orang sahabat dan kakak2 dan abang2 saya telah mendirikan rumahtangga. Saya tertarik untuk berkongsi artikel ini yang ambil dari http://matapensel.wordpress.com. Moga bermanfaat dan terbinalah usrah sakinah mawaddah wa rahmah!

Isteri Seorang Da'ie

Dalam satu acara bersama Faudhil Adzim, penulis buku popular Kupinang Engkau Dengan Hamdalah beberapa ketika dahulu, beliau berpesan kepada kami khususnya para akhwat,,,

“Janganlah kamu tahan suamimu dirumah, kerana nanti pastinya dia akan meronta-ronta ingin keluar. Tapi sebaliknya relakan sahaja suamimu keluar, kerana pasti dia akan meronta-ronta ingin pulang ke pangkuanmu”

Buat isteri para daie yang saban hari menanti kepulangan suaminya di rumah dengan sabar, kutujukan kisah Lathifah As Suri untuk kamu semua.

Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia perlukan seorang muslimah yang kuat, yang tidak akan gentar dengan banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah. Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekedar dakwah seperti ramai orang pada waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun masjid atau surau. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.

Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyadari bahwa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan yang dipikul oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa modal disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.

Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna memerlukan persiapan yang bukan main-main. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa ia harus siap jika ada waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta risiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa akan menjadi akibatnya, dan akan tiba menyapa pada bila-bila masa.

Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.
Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang daie.

Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya tergugah adalah, ketika salah satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam Syahid hanya menarik napas panjang, ia kemudian berujar “Kakeknya lebih tau bagaimana mengurusnya.”

Sejak kecil, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan jahiliyyah yang merosakkan. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen. Lathifah sangat menyadari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tidak ada gelisah, kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh arwah suaminya. Ia tetap tinggal didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan.

Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis. Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari memandang kecil masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannanya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih ijazah dalam pendidikan formal. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai peguam di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pensyarah di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai pensyarah perubatan kanak-kanak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai PhD dalam ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya

Moga Allah memberikan kekuatan kepada semua isteri para duat yang tidak pernah bosan membantu di balik tabir. Moga Allah membalas masa-masa kita yang hilang dengan ganjaran yang lebih baik di syurga…



Thursday, December 25, 2008

Amateur...

WaterMan


Arab Windmill

Light from heaven


Sejernih Batu di Air


Wednesday, December 24, 2008

Bagaimana blog boleh memotivasikan diri?

Gambar sekadar hiasan

Agak lama tidak menjenguk blog ini. Dengan bertambahnya umur maka tidak dapat mematangkan sedikit pemikiran. Huhu, I guess so. Sepanjang percutian lama ini saya terjumpa apa yang saya namakan sebagai “Terapi Blog”. Bagaimana blog dapat membantu anda memotivasikan diri? BLOG SAYA INI BUKAN SEBUAH BLOG YANG HEBAT DAN LANSUNG TIDAK GLAMOUR. CUMA SATU USAHA UNTUK JADIKAN IANYA BERMANFAAT. Sebelum ini saya termotivasi dengan ceramah-ceramah ustaz yang sangat sangat menyentuh hati dan sanubari. Apabila masuk ke university seakan hilang punca motivasi diri.

Kemudian saya bertemu motivasi islamik Saifulislam dan juga beberapa motivator yang selalu mengajak kembali kepada hakikat diri dan ianya menjadi. Apa yang dinamakan MOTIVASI itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang mengatakan motivasi itu ialah ilmu yang dipelajari, ada yang mengatakan ianya adalah kata-kata hikmat, mungkin juga cerita-cerita mereka yang berjaya. Apapun banyak cara untuk memotivasikan diri, salah satunya melalui penulisan blog.

Mungkin ramai penulis blog (blogger bukan goblok) yang aktif akan bersetuju dengan statement ini “Sekali mencuba menulis blog, anda pasti ketagih!” Ya, saya pernah mendengar dari kawan-kawan bahawa mereka ketagih blog. Huhu. Saya juga begitu dulu, tapi setelah menjadi penulis blog yang pasif. Mula menulis blog ketika musafir pertama ke Timur Tengah. Tapi kemudian beku dan mula menjadi sedikit aktif atas nasihat seorang kawan yang berjiwa besar.

Bagi saya blog bukan sebuah diari untuk menulis riwayat hidup panjang kita. Dan saya tidak bermaksud begitu sebelum mula menulis. Ianya adalah satu perkongsian ilmu, pengalaman, minat dan peringatan. Mungkin ada juga kisah hidup akan termasuk kerana menulis melalui pengalaman. Tidak dinafikan. Cuma ia bukanlah dalam bentuk ‘hari ini aku ke kedai….hari ini berjumpa si dia….dsb. Anda boleh membeli diari dikedai buku jika untuk itu. Saya pernah berjumpa satu blog yang sangat mengecewakan, kerana dia pelajar di university saya. Isi kandungan blognya tentang teman lelakinya dan apa yang dibelinya. Siap dengan gambar2 yang meloyakan. Tidak bolehkah dikongsikan benda yang bermanfaat sedikit untuk umat? Ataupun dia termotivasi dengan cara begitu?

Bagaimana ia menjadi satu motivasi? Menulis blog adalah satu kepuasan. Ia mungkin menjadi medan meluahkan perasaan, pengalaman dan ilmu. Dan untuk menulis kita memerlukan ilmu dan pemikiran. Al faqid la tufiidu syai. Untuk mendapat idea apa yang ingin ditulis kita akan melalui proses, pembacaan, pengalaman, perbandingan, pemikiran dan penulisan. Apa yang ditulis sedikit sebanyak lahir dari diri kita. Tidak kira tentang apa isu semasa, sajak, agama, ilmu, pengalaman ianya lahir dari kerja keras neuron- neuron otak berfikir. Allah berfirman dalam surah As-Saff ‘wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu berkata apa yang tidak kamu lakukan...” ia akan menjadi seperti “apa yang dikata perlu dikota” atau mengingatkan apa yang kita lupa.

Apa yang ditulis berkait dengan apa yang berlaku pada keadaan sekeliling atau apa yang berlaku pada diri kita pada masa itu. Mungkin juga menggembirakan hati yang gundah gulana contohnya ketika menulis berkaitan dengan minat kita. Atau meredakan perasaan atas ketidak puasan hati tentang sesuatu isu. Juga menjadi tempat meletakkan kata-kata peransang untuk diri. Susah untuk menyatakan bagaimana terapi blog ini memberi kesan kepada jiwa seorang penulis. Tapi hakikatnya berkongsi ilmu dan pandangan adalah satu kepuasan. Mafhum hadis nabi “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain”

Kita bukannya seorang penulis blog yang professional atau kontroversi. Bagi saya tiada tema dalam blog saya. Tiada pengkhususan untuk politik, agama dsb. Sebagai permulaan, nukilkan apa yang anda ingin katakan cuma pastikan ianya ada manfaat setidak-tidaknya untuk diri kita. Kemudian terpulanglah kepada diri kita bagaimana memajukan diri.

Kesedaran dan semangat untuk berblog ini juga lahir seiring dengan keadaan zaman. Jumlah pengguna internet yang sangat tinggi memungkinkan blog menjadi satu medium dakwah yang berkesan. Tahukah anda ada yang menjadikan membaca blog sebagai satu hobi? Apapun tidak dinafikan ada kesan-kesan negatif pada blog seperti maklumat yang salah, penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi, medium menyerang sesama sendiri, penyebar fitnah dsb. Yang paling menyedihkan apa yang berkaitan dengan agama.

Khulasohnya kita ambil manfaatnya tolak mudharatnya. Menulis blog bukan tempat menunjukkan kita pandai, hebat dsb. (na’uzubillah) tapi ianya satu medan perkongsian dan meluahkan pendapat juga perasaan. Kepada yang sudah punya blog, doakan kita terus istiqamah. Moga-moga ianya menjadi satu wasilah dakwah yang baik kepada diri dan orang lain.

Kepada yang sebelum ini hanya menjadi silent reader, masa untuk anda BERTUKAR! Sudah tiba masanya. Luahkan apa yang anda baca selama ini di dalam bentuk penulisan agar dapat dikongsikan bersama orang lain. Kita selayaknya memotivasikan diri sendiri. Kalau nak rasa apa itu terapi blog, cubalah sendiri!