Sunday, December 28, 2008

Pemimpin Iran kemuka fatwa, tokoh Palestin gesa intifada baru dilancar lawan Israel

TEHERAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya mempertahankan Palestin daripada serangan Israel di Gaza.

"Semua pejuang Palestin dan semua orang Islam yang beriman di seluruh dunia perlu mempertahankan wanita yang tidak dapat mempertahankan diri mereka, kanak-kanak dan rakyat Gaza dengan apa cara sekali pun.


"Sesiapa yang terkorban dalam perjuangan ini adalah dianggap sebagai mati syahid," televisyen kerajaan memetik Khamenei sebagai berkata, semalam.

Israel meneruskan serangan udara terhadap Gaza bagi hari kedua semalam dan mengorbankan 280 orang dalam konflik paling buruk berpunca daripada keganasan negara Yahudi berkenaan.



Pemimpin Israel berkata, serangan itu adalah tindakan balas kepada bedilan roket hampir setiap hari oleh pejuang Palestin di Gaza yang diperhebatkan selepas gencatan senjata selama enam bulan tamat.


Iran yang enggan mengiktiraf Israel dituduh Tel Aviv membekalkan senjata kepada Hamas. Teheran menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia hanya memberi sokongan moral kepada kumpulan berkenaan.

Khamenei juga mengecam beberapa kerajaan Arab kerana bersikap mendiamkan diri berhubung serangan udara Israel terhadap Gaza.

Sementara itu, di DAMSYIK, pemimpin biro politik Hamas, Khaled Meshaal mendesak rakyat Palestin supaya melancarkan intifada terbaru terhadap Israel, termasuk dengan melakukan misi bunuh diri.

Dalam temu ramah dengan stesen televisyen al-Jazeera, Meshaal berkata: "Kami menyeru intifada ketenteraan terhadap musuh kami. Penentangan akan diteruskan menerusi misi bunuh diri."


Hamas tidak melakukan sebarang serangan bunuh diri terhadap Israel sejak Januari 2005. Intifada atau penentangan besar-besaran pertama tercetus pada 1988, diikuti dengan perjanjian damai Oslo 1993, yang memberi sedikit autonomi kepada rakyat Palestin menerusi pembentukan Pihak Berkuasa Palestin.


AKTIVIS Lubnan memprotes serangan Israel dalam bantahan di depan Kedutaan Mesir di Beirut.

Intifada kedua tercetus pada 2000 dan berakhir kira-kira tiga tahun kemudian.

Meshaal berkata, Hamas menerima 'semua usaha untuk keamanan, tetapi ia tidak berhasil'. Katanya, bagi membolehkan rundingan dilakukan dengan rakyat Gaza, sekatan perlu ditarik balik dan laluan (dari Israel) dibuka, terutama di Rafah,' menghala ke Mesir.

Meshaal merujuk kepada sekatan Israel ke atas Gaza selepas Hamas merampas kawasan padat penduduk itu daripada pasukan keselamatan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Jun lalu.

Israel, Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain menyifatkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Meshaal berkata beliau terbuka pada usaha perdamaian dengan Mahmoud, tapi mahukan Presiden Palestin itu menghentikan rundingan damainya dengan Israel.

"Serangan roket mahupun operasi bunuh diri tidak membawa kepastian, tapi rundingan boleh mendatangkan hasil," katanya. � AFP/Reuters





2 comments:

Anonymous said...

slm shbtku busra husain..
sy hnya ingin mberi cdangan..
entry2 dlm blog ni bgus..cdngn2 sy utk mmantapkn lg blog ni:
1) mintk tlg lbihkn prenggan. kbnyakan entry yg pnjang nmpk bterabur tnps prenggan n setiap prenggan biarlah dlm lbh kurng 7-8 baris shj..mgkn pbaca lbh selesa..
2)hmpir suma cits psal tmur tgah.mgkn ikut fenomena smasa..tp lbh bgus klau tmbh hal mlaysia jgk..ekonomi,politik @nasional..

Ayat Al-Akhras said...

wsalam.
1)syukran atas cadangan membina. saya suka:)
2) saya juga sangat suka isu internasional. terutama timur tengah. Insya Allah akan saya sentuh juga isu nasional selepas ini. satu lagi sbb kerana buku saya "tanah itu adalah cintaku"

"sedang belajar dan perlukan tunjuk ajar" Let's Fighting"!!:)