Saturday, January 10, 2009
BOIKOT...QUNUT...DEMO
Assalamualaikum
Semalam 11 Jan 09, BULAN bersinar besar. Saya terbaca bahawa semalam bulan terbesar dan terbersinar dalam tahun 2009. Mungkin...Kerana cahayanya sangat terang. Tanpa membuang masa saya menjinjing kamera dan mengambil beberapa shoot dengan gaya ala-ala amateur. Duduk-duduk bersama sahabat di bawah limpahan sinaran sinaran bulan di bumi UIA, kami berbincang
a : Bulan yg kita tengok ini adalah bulan yang sama dilihat saudara kita di Gaza
..............berbual lagi tentang perasaan dan berita di Gaza
b: sebenarnya dari segi pratikal dan realiti kita mampu untuk menjatuhkan Israel
c : maksud, bawa pedang dan samuraikan zionis di sana?
b: tidakla begitu...ingat tak apa yang berlaku sewaktu seluruh dunia memboikot barangan Belanda. Selepas mereka menginsult nabi kita, buat filem seperti orang gila. Seluruh dunia Islam memboikot barangan Dutch. Akhirnya ekonomi diaorg jatuh...Negara besar macam tu pun boleh sengkek di boikot, inikan pula US yang hanya bergantung pada perdagangan macam ni
a: Betul. diaorg pun bukan ada minyak Iran, susu lembu macam New zealand, getah skrap macam M'sia...Mengikut majalah Fortune yang saya baca...wah hebatnya. US adalah diantara Negara ranking terawal ekonomi dunia. Tapi pelaburan mereka hanya saham, barang2 elektrik, teknologi... Mana ada sumber semulajadi sangat. Harap ambik bahan mentah negara orang lain, pastu buat hebat sket jadi la barang negara diaorang. apalagi JOM BOIKOT!
kami berbincang lagi...
Lagi satu dari segi spiritualnya...berdoa. Qunut Nazilah jangan tinggal. kadang-kadang kita hanya bercakap, tapi tak pernah buat...Ini yang diajar kepada kita oleh Islam. Demo itu hanya ikhtiar manusia. Antara demo dan Qunut Nazilah yang mana sampai pada tuhan straightly. Ini juga yang membezakan usaha kita untuk Gaza sebagai muslim. Raju berdemo, kita pun berdemo. Tapi kita berqunut Nazilah, mereka tidak.
Bercakap tentang demontrasi, Alhamdulillah. Telah 3 kali diberi kesempatan. Demo di kedutaan US, slpas 2hari serangan, depan masjid UIA, dan terbaru bersama mahasiswa di depan kedutaan Mesir. Saya sebetulnya agak kurang terlibat dalam demo. Tapi saya yakin mereka-mereka yang sebelum ini berkhilaf tentang hukum demontrasi turut turun berdemo. Pernah saya bertanya kepada seorang senior berjiwa besar, apa significancenya demo? jawapan yang diberi agak relevan
Apapun, dengan berdemo ini bukanlah kita mahu menunjukkan kita jaguh jalanan. Apa yang terpenting adalah niat kita. Moga dengan demo, orang yang tidak tahu menjadi tahu apa yang berlaku di Palestine. Wakil-wakil negara yang berkenaan sedar bahawa sebetulnya ada orang yang mengecam apa yang berlaku. Cuma, adab2 dan niat kita perlu jaga bersama. Jangan kerana mengejar demo di KLCC, yang lelakinya terlepas solat jumaat. Solat zuhur entah kemana. Yang perempuannya pula dengan pelbagai gaya.
Sungguh-sungguh, kita mampu lakukan sesuatu. Tapi matlamat tidak menghalalkan cara...jangan dalam kita melakukan kebaikan tercalit dosa. Mengenai kenyataan yang dikeluarkan Syeikh Shalih Al Luhaidan yang juga Ketua Majelis Al A’la li Al Qadha’ Arab Saudi bahawa demo Gaza ini adalah "fasid fil Ardh", tidak mampu saya memberi pandangan. Tapi rasanya Syeikh Wahbah Zuhaili telah menjawabnya
DOA...>DOA....> untuk PALESTINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment