Friday, January 16, 2009

...di atara dua perang


Kelas Public International Law 1 terasa sangat menarik walaupun sibilus baru sahaja bermula. Masih dalam tajuk introduction. Lecture yang disampaikan oleh Dr. Hanif Ahamat juga sangat mengujakan, tambah-tambah di dalam kemelut Palestine ini. Walaupun saya masih belum “terror” namun berusaha untuk berkongsi berdasarkan pemahaman saya. Antara isu yang dibincangkan ialah peranan PBB. Kenapa hingga sekrang tiada tindakan drastic yang dikeluarkan untuk menghalang Zionis dari terus mengganas. Yang ada hanyalah resolusi yang hanya mahukan cease fire (gencatan senjata) diantara Hamas dan Zionis…sebenarnya kita jangan terlalu mengharap kepada PBB kerana sebetulnya kerana dia tidak punya kuasa. No rule of law in reality.

Sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia harus melepasi dua peringkat. GENERAL ASSEMBLY (GA) dan SECURITY COUNCIL (SC). GA dianggotai oleh semua Negara-negara yang bernaung di bawah PBB, manakala SC pula dianggotai oleh hanya 5 negara iaitu CHINA, RUSSIA, US, FRANCE dan UK. Kenapa 5 negara ini? Kelima-lima Negara ini pernah memenangi WORLD WAR. Anda boleh buka buku sejarah untuk memastikannya.


Setiap Negara yang bernaung di bawah UN (PBB) mempunyai satu undian terhadap sesuatu isu. Tapi satu-satu resolusi hanya boleh dilaksanakan hanya selepas melepasi CS. Itulah apa yang terjadi tentang isu Palestine. Jika satu dunia pun mahukan Olmet direjam, tapi jika Security Council dengan kata lain Amerika tidak bersetuju, maka PBB tak boleh melakukannya.



Each Council member has one vote. Decisions on procedural matters are made by an affirmative vote of at least nine of the 15 members. Decisions on substantive matters require nine votes, including the concurring votes of all five permanent members. This is the rule of "great Power unanimity", often referred to as the "veto" power.

Under the Charter, all Members of the United Nations agree to accept and carry out the decisions of the Security Council. While other organs of the United Nations make recommendations to Governments, the Council alone has the power to take decisions which Member States are obligated under the Charter to carry out.

Israel setakat ini hanya menggunakan modal yang sama. SELF DEFENCE, maka mereka menggunakan use of force. Mungkin juga mereka mahukan World War 3 bermula. Mereka seakan mengajak-ajak dunia-dunia islam terutama musuh ketat IRAN untuk memulakan serangan. Sejak jatuhnya Khilafah Islam terakhir pada 3 Mac 1924, dunia Islam seakan hilang punca untuk bersatu. Moga Allah ,membantu kita

…perang ini bukan main perang-perang….tapi perang mempertahankan agama, aqidah dan nyawa
***

Perang kedua pula perang PRK…pilihanraya Kampus. Bahangnya mula terasa di university yang saya sayang ilmunya, gurunya, persekitarannya, barakahnya tapi bukan pentadbirannya. Maaf saya katakan. Lihatlah kami seperti mereka-mereka yang sedang belajar dan punya ilmu walaupun sedikit. Binalah kami dengan memberikan pendidikan terbaik. Bukan hanya dari sudut pelajaran dalam kelas tapi juga luar kelas. Kami belajar di university anda, jadi jangan layan pelajar-pelajar seperti budak hingusan yang tidak kenal ABC. Kami mahu sama-sama membina biah Islam di atas dunia, jadi biarkan ianya bermula di Universiti ini. Saya sayang UIA…:)

Diantara dua perang…
Satu perang Aqidah dan agama
Satu lagi perang sahsiah dan dakwah
Menang atau kalah itu No 2
Faham, usaha…usaha…doa
Itu yang utama

No comments: