Friday, October 30, 2009

Criminalise war~ Peace untuk aku



Sebulan dua ini agak memeritkan. Penat merasa bersalah, mengaku bersalah, dipersalahkan, menyalahkan dan mempersalahkan diri. Apapun saya mohon maaf dan bertanggungjawab atas semua kesalahan. Tiadalah saya ini sempurna, hanya pacal tuhan yang lemah saja. Penat juga bersedih, merasa sedih dan bersedih-sedih. Jadi untuk kali ini biar saya menulis dengan hati yang tenang dan gembira. Amaran! Ini bukan artikel serius atau ilmiah seperti menceritakan tentang tamadun Yunani dan mesapotamia atau bajet negara apatah lagi mesyuarat luar biasa (EGM). Hanya suka berkongsi pengalaman ke Criminalise War di PWTC.




…………………………………………………………


Agak lama tidak naik LRT. Hanya hidup disekiling UIA terchinta sahaja. Jadi Khamis 29hb bercadang untuk ke PWTC, ke Convensyen n Exhibition Criminalise War anjuran Global Peace and Perdana foundation. Petang itu saja masa yang ada kerana Jumaat malam ada test Trust, sabtu dan ahad ke Putrajaya menjaga kakak yang baru bersalin petang Khamis itu juga (anak saudara ke-3 untuk tahun ini, Alhamdulillah). Tiada masa lain, jika tidak pergi pada petang itu bermakna saya tidak akan pergi terus. Jadi saya bertanya beberapa orang kawan jika mahu ikut pergi, tetapi semuanya ada kelas dan mahu bersedia untuk exam. Jadi, hanya saya seorang. Dengan bertawakkal pada Allah…saya memulakan perjalanan merentas Kuala Lumpur bertemankan malaikat di kiri dan kanan dan ismullah. Mungkin ada berkata “pulun sungguh budak ini” tapi itulah saya. Saya memang suka International law, international issue dan yang penting saya memang suka perang! Bukan bermaksud saya suka berperang, tapi kerana saya benci perang yang berlaku sekarang. Perang terhadap ISLAM! Mungkin juga terpengaruh dengan buku Kombat 1511 faisal tehrani dan sebenarnya ada bercita-cita menulis buku tentang ini dan sedang mengumpul maklumat perang moden. Jangan lupa membelinya nanti :)




Sudah lama tidak naik komuter, naik Star lagila. Kecut juga takut tersesat sampai ke Thailand. Tapi redah dan tawakkal saja. Sampai di sana terus masuk ke exhibition. Masa sudah pukul 4 petang. Free Admission…bagus2. Tengah pokai juga sekarang. Maklumlah akhir sem, bawa duit pun cukup2 saja. Tapi tup tup ada sticker tampal kat situ :Adult rm 5. Camna ni? Siap ada kotak duit lagi di depan pintu. Saya bertanya kepada bro cina itu? Donation or fees? Dia kata fees, tapi sebenarnya akan jd donation. Maksudnya fees la tu. Saya pun buka purse alamak…tahun lepas free ja masuk. Nak tunjuk kat matrik gitau student pun japgi dia kata kedekut betul budak ni. Tudung saja labuh. Ok2…fine

Anda nampak ayat di sebelah kanan??? FREE ADMISSION


Boleh dikatakan exhibition seperti tahun lepas juga. Mungkin ada sedikit tambahan. Nak tau ada apa? Anda kena pergi dan rasainya sendiriJ Takpe donation:) Habes exhibition saya lalu di hadapan dewan. Wah bestnya…ada konferens. Dah ramai masuk dan dah lama bermula. Cuba beranikan diri, buang rasa segan bertanya “akak, bleh join ke conference ni”. Dia kata boleh. Saya pun bertanya tentang beg hijau yang dipegang mereka. Anda tahu apa katanya, “masuk free dik, tapi kalau nak beg tu dan barang dalam tu kena derma Rm 10” What??? Hadoii...Derma paksa lagi. Huhu. Oleh kerana didalam itu ada ucapan dan badges yang cantik saya pun dengan gentlegirl berkata “takpe kak, bagi saya satu”. Bagi saya ianya satu derma paksa yang menindas pelajar yang dahagakan ilmu seperti saya. Sangat tidak patut!


Tatkala masuk, terasa kerdilnya diri. Dewan PWTC yang tersergam indah itu dipenuhi manusia yang berpakaian cukup formal dengan kot dan sebagainya. Saya pula hanya pakai pakaian ke kelas tadi dahla hitam putih coz harini “professional day”. Nampak agak dull dan macam budak kampung. Memang pun. Tak jadi masalah asal menutup aurat dan tidak kesejukan di dalam aircond. Alhamdulillah, belajar di UIA. Takla terkejut sangat melihat manusia pelbagai warna kulit dan jenis rambut. It was a beautiful day! I’m sitting in the same hall with those people who love peace! Yeay! ;) peace 4 all. Sebenarnya dah ada banyak session. Dan kebanyakan sesi itu lebih bersifat seperti forum, hanya melibatkan 3,4 speakers. Alhamdulillah, saya pergi ketika sesi Question and Answer Session with Dr Mahathir. Tak la Q n A session sangat. Dr Mahathir tak tanya pun soalan, juz bagi peluang kepada semua speaker bercakap dan meluah perasaan. Ada 10 speakers atas pentas. Rais yatim, Sanusi Junid, General (b) Mohd Azumi, Mr.Denis Halliday, Mr. Hans von Sponeck, Mr Sami al-Hajj (the victim), Mr Moazzam Begg (The victim) dan ramai lagi.




Memang semua berapi marah kat AS and Jew for the war created by them. Keluarla macam-macam fact. Dari Iraq, Pentagon , 9/11 incident, Korea sampai ke Iran. Fakta pelik tapi benar, fakta disebalik tabir, fakta tahukah anda dll. Sampai last tu ada lagi speaker yang naik minta bercakap. Tapi malangnya ada yang bila bercakap, they said “sorry, I’m speechless”…guane tu pokcik. Nak cakap ke idoknye. huhu. Tapi memang seronok juga. Walau saya tidak sempat dengan semua speaker. Dan rasa bangga sket-sket pun ada. Semua puji Malaysia dan Dr M. Siap kata Dr M ni memang patut dapat hadia Nobel lagi. ececeh... Dr M ni pun unpredicted juga. Masa dia jadi PM dulu senyap je bab-bab ni. Tapi bila dia dah lepas jawatan, berani sungguh. Kutuk Jew and AS terang-terang. Memangla, sebab bukan dia yang nak kena. Malaysian Government yang kena. Tu la, Dr M ni memang orang hebat, tapi ada juga perkara yang tak faham tentang dia ni. Apapun, bagi saya ianya satu usaha yang bagus. Panjang lagi nak cerita sebenarnya. Tapi cukupla setakat ini. Perang itu sebenarnya satu kemusnahan, kerana sudah tiada lagi beza diantara hati manusia dan hati binatang. Tiada lagi rules and ethics seperti perang zaman nabi dulu. Dan anda semua dipersilakan untuk hadir ke sana sampi 31 oct . Weekend ni ramai orang, Insya Allah masuk free. Sebab masa saya pergi tak ramai orang. Tapi apapun it is a sadaqah! Tak dosa bagi duit, tambah pahala lagi ada. Jenayahkan Perang! Peace for All! Allahu Akbar :)

Saturday, October 24, 2009

....

Tak nak balik!!!


Hisap jari


Little duckling



Model taman burung



Angkat kaki kiri semua



In his eyes, i see the moon



Lovely couple



My Frenz with her son




Birdsssss everywhere. Subhanallah


I'm released....Alhamdulillah...for a moment
Melihat, memerhati dan berfikir tentang ciptaan Allah itu sangat menenangkan
" Presenting Islam through Art" (without adobe photo :)
p/s : jazakallahu khair to camera owner coz bagi pinjam


Sunday, October 18, 2009

muslim organs for Sale!!!

Tentera-tentera Zionis Israel disyaki menculik warga Palestin untuk diambil organ tubuhnya kemudian dijual ke pasar gelap. Surat kabar Swedia Aftonbladet membongkar hal itu dalam artikelnya berjudul "Mereka Merampas Organ Tubuh Anak-Anak Kami."Dalam artikel itu disebutkan bahwa tentera-tentera Zionis menculik anak-anak muda Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza. Anak-anak muda itu dikembalikan lagi pada keluarganya dalam keadaan meninggal dunia, setelah diambil organ tubuhnya.

Seorang lelaki Palestin asal kota Nablus berkata pada wartawan Aftonbladet bahwa kerabatnya dijadikan “penderma” organ tubuh secara paksa oleh tentera-tentera Zionis itu dan masih banyak warga Palestina yang menjadi korban kebiadaban pasukan Zionis. Korban penculikan yang meninggal diketahui telah kehilangan organ tubuhnya setelah dilakukan autopsi.

Dalam artikelnya, Aftonbladet juga membeberkan peristiwa yang terjadi tahun 1992, ketika seorang aktivis muda Palestin ditangkap oleh tentara Zionis di kota Nablus. Aktivis itu ditembak di bahagian dada, di perut dan di kedua kakinya kemudian dibawa ke tempat yang tidak diketahui oleh tentara-tentara Zionis itu. Jenazah pemuda Palestin bernama Bilal itu baru ditemukan lima hari kemudian. Menurut Aftonbladet, saat ditemukan, keadaan Bilal saat menyedihkan. . Ada luka terbuka luas di bahagian dadanya, yang menunjukkan penyiksaan yang sangat kejam.Aftonbladet mengaitkan laporannyanya dengan sindikat kejahatan penyelundupan

organ tubuh manusia di New Jersey, AS yang baru-baru ini terbongkar. Sejumlah rabbi Yahudi di AS ditangkap, karena terlibat dalam sindikat tersebut.

Maaf atas khilaf


Sahabat
Sungguh aku tidak bermaksud begitu

Tidak pula mahu menguji

Bukan bermaksud melarikan diri

Atau mahu menambah susah dihati

Aku cuma
Insan biasa seperti kamu
Yang punya perasaan tidak tertahan
Yang punya kerisauan pada masa depan

Yang punya airmata tanda duka
Yang punya senyum tanda suka

Yang punya beban menghempap jiwa



Maaf atas khilafku sahabat

Andai membuat engkau merasa

Tidak enak dan tidak suka

Tidak pernah terniat dihati

Untuk biarkan ia terjadi
Mungkin ini kelemahanku

Maafkan aku...maafkan aku



Mari kita sama-sama memohon

Diberi kekuatan dari tuhan
Dengan ikhlas dan pengharapan

Agar ranjau perjuangan ini
Akan dipermudah tuhan

Dan aku akan sentiasa berdoa
Agar dapat terus berada disisimu

Meminjamkan bahu dan pancaindera

Moga perjuangan kita tidak kalah

Jiwa kita tetap gagah
Dan iman kita semakin bertambah

P/s: Khas untuk sahabat sukaduka. Forgive me for the incident happen. Tiadalah ana ini mampu menjadi yang terbaik. Allah jualah yang layak

Hanya coretan lama penambah semangat

Coretan Syawal baru-baru ini yang tidak diposkan. Tulisan sudah lapuk, buat penambah semangat. Kepada sahabat k.g, geah dan Syidat dan sahabat2 yang lain….mari kita teruskan dengan keikhlasan dan penuh pengharapan! Buatlah keputusan terbaik yang dirasakan tenang dan kita takkan menemui penyesalan. Biarpun hakikatnya sangat sukar dirasakan. Allah Ma'ana

__________________________________________________________________________


Alhamdulillah…itu yang mampu saya ucapkan. Akhirnya kembali semakin sihat setelah 2 minggu yang tak menyihatkan. On meds~ Sampai tak pasal2 kena nebulizer and treatment. But im not sick, just not feeling well. Zaman dulu-dulu , saya selalu minta sakit. Sebab bila sakit kita akan ingat tuhan, kita akan selalu berdoa dan kita akan dapat berehat. End result : bila sakit = kita jadi baik. Tapi sekarang teori itu sudah tidak boleh digunakan. Bila kita minta sakit, ia menyusahkan diri kita dan orang lain. Banyak kerja tidak berjalan. Banyak meeting tidak dapat hadir. Dan orang tidak tahu bahawa we are suffering sumthing alone in our cubicle. Jadi sihat atau sakit, kena pergi dan kena buat coz that our responsibility. Apapun kepada mereka yang sakit, always bear in this hadis

“ Apabila seseorang tu redha dengan kesakitan maka kesakitan itu akan menjadi pembersih dosa-dosanya (hadith riwayat Bukhari)

Maksudnya lagi bertambah iman mereka yang sakit jika kita redha dan terus kuat untuk hidup. Dan sakit saya ini hanya sedikit tiada apa-apa jika dibandingkan ujian sakit kepada sahabat-sahabat yang lain. Yang pasti tidak dapat dibandingkan dengan sakitnya MATI!

MATI

Rasanya 2, 3 bulan ini banyak entry saya tentang mati. Tahukah anda if someone keeps thinking about death and losing, he/she is under stress J Ini pendapat satu article di klinik UIA yang sempat saya tengok. Tapi bagi saya tiada salah mengingati mati. ZikrulMaut. tahun ini tahun gembira dan tahun kesedihan. Gembira kerana bakal mendapat ramai anak saudara baru dan sedih kerana ramai mereka-mereka disekeliling saya pergi dulu menemui tuhan. He gives and He takes back. Because we are belong to HIM. Tanggal 10 syawal Abang Ipar saya telah dipanggil tuhan. Dan waktu itu saya juga tidak berapa sihat. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak. Pemergianya agak tragis. Alhamdulillah, kakak saya sangat tabah dan begitu juga anak-anak saudara saya. Hakimi yang paling kecik, Kak Chik yang sangat rapat dengan babanya, Atiqah yang akan PMR dan Helmi yang kini memikul tanggungjawab.


Tapi saya pula yang tidak dapat menahan kesedihan berbanding mereka. Dengan dah memang selsema, maka bertambahlah lagi hingus mucus saya. Saya hanya mampu memeluk mereka dengan kuat dan memberi kata-kata semangat. Dan paling saya tidak mampu apabila memeluk Hakimi, this small boy is an orphan now. Dan saat mengebumikan, Baba saya yang membacakan talkin. Sangat syahdu. Seorang mertua membacakan talkin untuk menantunya yang pergi dulu That’s all to say. They are my child now.

Keluarga itu Madrasah kehidupan

Jika ada yang berkata, our life is nothing! He is totally wrong. Belajarlah dari kehidupan. Sebahagia manapun seseorang, pasti ada ujian yang diberikan. Dan sedasyat manapun kehidupan, disitulah letaknya pengajaran. Dan Allah itu sentiasa bersama yang pastinya. Ayat quran. Bagi saya, keluargalah yang banyak mengajar. Dan mak dan baba lah yang memainkan peranan utama. Biar tidak kaya harta, tapi kaya kasih sayang. Rumah itulah tempat bermula segalanya. Rumah kampung yang asalnya hanya pondok kecil tetapi semakin membesar itulah madrasah awal. Keluarga saya juga bukan terlalu sempurna, ada saja ujian yang melanda. Dan saya selamanya akan ingat kata-kata mak saya apabila pernah saya merungut tentang beberapa perkara. Mak saya menjawab dengan tenang. “ Xpa,inilah ujian untuk mak. Allah dah bagi banyak nikmat. Jadi dia uji sikit nak tengok kita macamna”. Dan baba, He is my Hero. Can’t explain by words. Dengan usia tua begini saya masih boleh bermain dengan janggut baba. T_T. Bagi saya, Inilah ni’mat termahal dari Allah setelah nikmat iman dan Islam, nikmat mempunyai ibu bapa. Saya juga perlu ingat mereka juga milik tuhan pencipta


Bersykurlah dengan apa yang kita ada dan tenanglah menghadapi ujian. Mungkin keluarga kita tidak bahagia, itulah ujiannya. Mugkin kita tiada ibu bapa, itulah ujiannya. Mungkin masalah kita hanya dengan manusia, itulah ujiannya. Atau mungkin kita selalu gagal, itulah ujiannya. Saya sedang memotivasikan diri saya sendiri dan harap dapat memotivasikan anda juga. If we don’t have a good friend or lovely parents. Remember we still have the great God with us. Hidup ini hanyalah satu rehlah yang singkat. Be strong and keep moving till we reach to the end~


Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk abang Ipar saya Abdul Rahman Bin Bilhaq. Doakan moga dia digolongkan Allah bersama orang-orang yang beriman.

Monday, October 12, 2009

Undefined


Cukuplah Allah bagiku
Di saat aku mengharap pada manusia
Aku semakin rasa menjatuh
Senak pada jiwa dan emosi
Hingga aku merasa
Hidup ini hanya sendiri seorang diri
Jatuh berpaut dan mengharap
Pada dahan yang tidak pasti


Sungguh
Apa yang terbuku ini
Seakan gunung berapi
Yang hanya tunggu meletus
Meluah lahar risau, sedih, kecewa
Takut, beban dan harap
Yang datang bagai ombak airmata
Menghempas
Pada jalur-jalur kehidupan
Pada ranjau cabaran perjuangan


Dan ombak ini akhirnya
Membawa aku pada hakikat
Cukuplah Allah bagiku
Hanya pada Dia aku mampu berharap
Dialah sebaik-baik kawan dan teman
Yang bersama saat gembira
Atau berduka airmata
Walau aku ini banyak berdosa
Permudahkanlah Ya Allah
Ringankanlah Ya Allah
Tenangkanlah Ya Allah
Gelodak rasa yang membunuh jiwa
Hasbunallahu Wani'mal Wakil
Ni'mal maula wani'mannasir

Busyral Huda

Saturday, October 3, 2009

What is JAG? a must know issue!!!


MEMORANDUM BANTAHAN NGO-NGO ISLAM

MEMORANDUM BANTAHAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

(A) Latarbelakang

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiara dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –

“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”

Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-

· Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)

· Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;

· Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN

· Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam

NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1. MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2. MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3. MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4. MEMECAT MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM.

5. BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

1 OKTOBER 2009

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

Jemaah Islah Malaysia (JIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

http://peguamsyarie.org/?p=1213

Thursday, October 1, 2009

Obaidah Al-Qudsy : Our Martyr

Source:here

Obaidah Alqudsi, a Palestinain artist, known among his friends for his beautiful voice and lovely character. 2 days ago, Obaidah passed away in an Israeli hospital, after being held as an injured prisoner. On 26th August, Obaidah was heading to the Abraham Mosque in the Old City of Hebron. While walking to the mosque, Israeli soldiers shot him 4 explosive bullets; two in the abdomen and two in his legs.

Obaidah, the peaceful soul was murdered in the street with cold blood. Ambulance vehicles were banned from attending to his bleeding body for 30 minutes. Seeing him bleeding didn’t satisfy their evil lust for blood, hence, they beat his body mecilessly. After a while, he was arrested and sent to an Israeli hospital in occupied Jerusalem. Ever since Obaidah was under their custody, he was in a comma. Obaidah spent about 3 weeks in the Israeli hospital; and his family was not allowed to visit him till the last day of his life!

On the morning of the 13th of September, Obaidah’s soul departed to its creator seeking his ultimate justice. Hasbunallahu wa ne’mal wakeel.


Obaidah will always be remembered among his family and friends for his sweet voice and lovely smile. His poetry and Nasheed will always be celebrated by Palestinians, Muslims and all free people of the world as true words of wisdom and honor.

Synopsis about the martyr:

Obaidah Maher Abdul Mu’ti Alqudsi Dwaik.

Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.

Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.

He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.

During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.

In 2008 he returned to his hometown in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the crinminal Zionist soldiers didn’t let his family celebrate this eid happily nor let Obaidah’s fiancĂ©e enjoy her future with him!