Tuesday, March 29, 2011

Fitnah untuk para pejuang


Bismillah wal hamdalillah

I've done my first paper, Alhamdulillah... Alternative Dispute Resolution and next paper will be this coming Wed 31. Bercakap tentang peperiksaan, ilmu dan kehidupan. Saya bukanlah orang yang layak. Cuma sedikit perkongsian tentang pengalaman hidup yang tidak seberapa.


Kehidupan sekolah cukup banyak mengajar saya. Dan tempat pertama saya dibina dengan Tarbiyyah ialah sekolah MMCY. Sangatla baik saat itu. Ketika saya mula mendapat tawaran menyambung pelajaran di UIAM, hati saya memang berbolak balik. Perasaan apakah ini? mahu protes pada makbaba kerana tidak mengizinkan saya menyambung pelajaran di tempat yang saya impikan? Mahu gembira kerana mendapat jurusan undang-undang walaupun ianya pilihan ke 5 saya? Mahu sedih? menangis? akhirnya saya mengambil keputusan REDHO. Saya berkira-kira mahu menukar jurusan ke Ilmu Wahyu namun setelah 5 tahun saya memberikan kehidupan saya bernafas di bumi UIAM, sekarang saya sudah sampai ke klimaksnya. Dan inilah saya menempuh saat-saat getir peperiksaan akhir sebagai pelajar undang-undang.


Nasihat ini saya nukilkan khas untuk adik-adik saya yang masih muda berjuang di medan kehidupan sebagai seorang pelajar undergraduate. Sepanjang melalui proses membina diri, saya dapat melihat beberapa kesalahan yang telah saya buat. Samada ianya satu kesilapan diri sendiri atau inilah apa yang telah ditakdirkan untuk saya supaya saya belajar dengan kehidupan. Bergelar aktivis mahasiswa dalam masa yang sama pelajar. Apa yang pelik? Tak ada yang pelik malah ada orang yang lebih hebat dari ini. Tapi peliknya datang dari diri individu itu sendiri. Suka saya kongsikan, sepanjang tempoh final exam ini saya asyik melayari laman web berkenaan biasiswa, master dan program-program luar negara. Dan akhirnya saya senyum sendiri. Aku tidak layak! Beberapa hari saya down dengan pencapaian akademik saya, pencapaian kokorikulum saya yang sangat berbeza tika saya di sekolah dulu. What i've done? Saya seperti ditampar. Kecewa, sedih, rasa tidak berguna. Saya menyalahkan diri, kehidupan lepas, persekitaran. Namun Alhamdulillah, akhirnya saya nampak dimana cacatnya yang saya namakan proses sedar diri.


Adik-adik, perjuangan nombor satu, pelajaran bukan nombor dua. Ini adalah FITNAH pada ahli gerakan. Dan bagi saya ini adalah FITNAH kepada agama. Kegagalan ini berpunca dari diri kita sendiri. Gagal membahagi masa, persepsi yang salah, dan MALAS! merasakan apa yang dibuat ini benda baik, dan akan dibalas oleh Allah. Ya, benar. Tapi bukan bermakna kejayaan akan datang dengan begitu mudah tanpa membaca buku, pergi ke kelas dan membuat tugasan. Tiada semangat, sibuk, dan mahu berjuang. Bukankah menuntut ilmu juga JIHAD dan alangkah indahnya jika kita mampu melaksanakan 2Jihad pada satu masa. "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri". Terang lagi nyata statement dari Tuhan bahawa, Dia sama sekali tidak akan memberikan sesuatu dengan begitu mudah. USAHA dulu, baru redho. Kecuali anda dilahirkan sebagai Prodigy, GENIUS. Bear in mind, Everything has its own price!


Sungguh disaat-saat akhir pengajian saya semakin merasakan nikmatnya menuntut ilmu. Ilmu tuhan bukan hanya bermaksud ilmu Agama, malah scopenya cukup besar. Ini persepsi saya sebelum ini. Alangkah seronoknya kawan-kawan saya belajar ilmu mengenai tuhan sedangkan saya belajar ilmu org KAFIR! Astaghfirullah... Dangkal sungguh pemikiran. Sungguh ilmu tuhan itu cukup besar dan akhirnya akan berbalik kepada DIA juga.


Dan kini saya mencari semangat baru. Apalah guna kehidupan jika mahu terus bersedih dengan kegagalan? Saya masih belum gagal. Tapi saya sedikit lari dari trek dan sedikit tertinggal di belakang. Dan saya bersedia untuk berlari laju dan berlumba untuk mencari redho Allah. Saya tetap gembira dengan apa yang telah saya harungi sebelum ini. Dunia takkan terhenti kecuali datangnya kiamat. Selagi bernafas, hiduplah dengan sebenar-benar kehidupan dengan redho Allah. Bak kata Maher Zain, "ada jalannya". Jadikan" Inna ma'al 'usri yusra" dan "La taisau min rahmatillah" sebagai lagu tema hidup kita.


Melihat laman-laman web biasiswa, pengalaman pengajian di luar negara saya jadi termotivasi dan tercabar. Hingga terasa ubun-ubun saya berasap ^^ (oppss, terhyperbola) Buatlah peperiksaan terakhir ini dengan sebaik mungkin. Doakan saya sempat menyambung Syariah LLB_S nanti dengan sihat dan bersemangat. Hanya 1tahun. Dengan pointer baru. Dengat niat dan azam baru. Ingin saya kongsikan dengan adik2, mari cekapkan diri kita dengan bahasa. Ini target saya. Untuk menguasai Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik. KUASAI bukan bermakna boleh sket2, tapi kalau boleh sampi berhabuk. YOSH. Insya Allah. Tiada yang mustahil. Bukankah dari darjah satu lagi kita telah belajar? Saya menyimpan cita-cita besar, Moga ianya didengar tuhan. Jika saya masih bernyawa, bagaimanakah saya 10 tahun nanti? Dimana saya berada? Sangat suprise Ya Tuhan. Mari usaha dan berdoa (n_n) Jangan takut untuk bermimpi~

Motivasikan diri anda dengan cara anda. Itu motivasi terbaik! Berjuanglah dengan darah dan air mata. Paling penting dengan hati yang Ikhlas menegakkan Islam yang tertinggi

P/S: Oh, satu perkara mustahil yang saya rasa sudah menjadi tidak mustahil. Walaupu sampai sekarang saya masih terkejut dan merasakan ianya mustahil bagi saya.~ 2008, saya ke Syria. Alhamdulillah. See? Nothing impossible dengan kuasa TUHAN. *wink

With love;
Busyral Huda


3 comments:

zulkarnain said...

Salam’alaik,

Moga2 akak sentiasa di dalam RedhaNYA di samping terus Thabat di JalanNYA dalam apa jua lapangan sekalipun.

Post kali ini membuatkan saya “Amat Menarik, Ditarik & Tertarik”. Dalam erti kata “Content & Context” post ini mempunyai Ibrah & Suri Teladan yang boleh dihadamkan serta diterjemahkan dalam tindakan. Kerana apa? Kerana ia adalah “Khazanah Pengalaman” dari seorang “Senior” buat sahabat2 yang lain, yang padanya terkandung nasihat berbentuk “Amanat Ikhlas”.

InsyaAllah…

Manfaatnya Umur kita bukan trletak pada lama & panjangnya hayat hidup kita. Akan tetapi bergantung kepada “Bagaimana kita memanfaatkan hidup & memaknakan perjuangan”. Inilah di namakan “Mengurus Tadbir Nilai Sebuah Nyawa”.

* Moga2 Post "Fitnah untuk Para Pejuang" menjadi "Rahmat Untuk Para Pejuang"


Wassalam

RiJaL88

Nusaybah Jr. said...

awak!..doa usaha yang keras,doa yang khusyuk!

Allah akan memeluk mimpi2 mu,percayalah!

Ayat Al-Akhras said...

Terimakasih Zul
Kak doakan kamu menjadi YB yang merakyat. Gunakan kesempatan ini untuk membina diri. Experience it!. Semoga berjaya

Khai,
Awak adalah pemberi motivasi saya. Melihat awak, saya terasa mimipi seakan dekat menjadi reliti