Wednesday, March 9, 2011

makes me Dua'

Fighting!

Bab 1

Langit hitam pekat. Bintang timur dan barat berkelip-kelip indah. Bulan penuh malam itu kelihatan berseri-seri. Angin malam Jumaat bertiup sedikit kuat. Berdesir menerbangkan daun-daun kering di sepanjang Trafalgar Square ke St Giles' Circus dan menyebabkan ribut pasir di Gurun Judean di Tebing Barat. Suasana tenang dan dingin. Tiba-tiba air Sungai Tigris, Sungai Pahang, Sungai Yangtze dan Sungai Missisippi seperti berhenti mengalir. Suasana yang tadinya hidup menjadi senyap sunyi. Khali. Angin yang tadinya kuat turut berhenti berhembus. 12 Rabiul Awal bersamaan 22 Oktober. Malam ini peristiwa besar akan berlaku dalam kalendar dunia. 4 orang bayi ajaib akan lahir ke dunia. 4 bayi ajaib yang akan melakukan misi besar. Misi besar sebagai manusia yang bernama Muslim!

Ali Ahmad Thoriq
Adam Connor
Alim Turghunjun Xian Xia
Ayat Al-Akhras


Meraka adalah 4 kanak-kanak ajaib. 4 Wonder Child! The prodigy

*****************************************************************************

Kakitangan Wad Bersalin Hospital Alor Setar gempar. Seorang bayi lelaki yang lahir tidak cukup bulan dilahirkan dengan keadaan sudah bersunat. Doktor dan jururawat menjadi kecoh. Encik Thoriq diam tergamam. Petanda apakah ini? Apakah mimpi yang hampir setiap malam hadir dalam tidurnya ada kaitan dengan kelahirana anaknya ini. Di dalam hati, dia terus berzikir dan berdoa moga tiada perkara tidak elok terjadi. Lantas diangkatnya anak kecil yang masih kemerah-merahan itu dicium diubun dan terus diazankan. Dekat di telinga. Bayi lelaki comel itu terdiam dari menangis. Matanya terbuka. Bergerak- gerak..... to b continued


~ i am working on a writing. After years trying to finish a book. its never been done. Pray for me to finish this. Do response if there is anything. Its just a beginning:) Make me Dua'. I'm not yet decided on the title.

No comments: