Tuesday, December 30, 2008

DEMO PALESTINE di kedutaan AS

Assalamualaikum.

Hari ini Allah menggerakkan hati saya untuk turun berdemo di depan kedutaan AS (sekutu jijik meloyakan ISRAEL). Maaf kepada lecturer kerana saya terpaksa ponteng kelas (maaf doktor 2. huhu)


Bermula pada awal demo hingga ke akhir saya tidak dapat menahan perasaan. Tambahan pula berdiri di sebelah saya seorang wanita Palestine yang sedang mendukung anaknya di bawah panas terik matahari. Dan ketika saya bertanya "nti min wain?" pantas dia menjawab tegas "PALESTINE!" serasa sebak melihat dia begitu tabah lantas secara spontan kepala anaknya saya cium. (mujur tak jaga).


Apa yang berlaku pada Palestine kali ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku sebelum ini. Shabra Shatila, Omari Mosque dan banyak lagi. Cuma kali ini...entahlah seakan begitu dekat dan sakitnya terasa. Rakyat dunia sudah semakin celik. Sangat celik melihat kepada situasi dunia sekarang. Ternyata bukan di Malaysia sahaja manusia membantah dan mengutuk serangan ini, malah seluruh dunia. Tertanya juga apa yang akan dilakukan Pres Obama sebagai respon kepada isu ini. Atau dia msh bercuti di Hawaii bermain Hulla?





Sedang suasana menjadi semakin hangat, kelihatan 2 orang wartawan Arab datang menemubual sahabat kelas saya Mujahid yang juga wakil Karisma International. Kemudian wartawan itu beralih pula kepada seorang untie yang kelihatan begitu bersemangat. Tanpa diduga saya turut ditemu bual. Airmata yang terbendung sekian lama tumpah juga. Sangat memalukan bagi saya mengalirkan airmata disitu. Tapi tanpa sengaja.apa nak buat...Soalan yang ditanya lebih kurang begini " apakah yang sepatutnya Arab and Islamic Country respond ke atas apa yang terjadi di GAZA?

Apapun sekadar berkongsi...Moga bermanfaat!

Khaibar! Khaibar! Ya Yahud
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud

P/s : dijemput untuk ikut serta di Grand Munajat "Gaza under attack" 1/1/09, masjid uiam, 8.30 - 11.00 malam.
- anjuran MA'RUF CLUB, Al-Aqsa Society, KARISMA dan lain-lain

Sunday, December 28, 2008

Pemimpin Iran kemuka fatwa, tokoh Palestin gesa intifada baru dilancar lawan Israel

TEHERAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya mempertahankan Palestin daripada serangan Israel di Gaza.

"Semua pejuang Palestin dan semua orang Islam yang beriman di seluruh dunia perlu mempertahankan wanita yang tidak dapat mempertahankan diri mereka, kanak-kanak dan rakyat Gaza dengan apa cara sekali pun.


"Sesiapa yang terkorban dalam perjuangan ini adalah dianggap sebagai mati syahid," televisyen kerajaan memetik Khamenei sebagai berkata, semalam.

Israel meneruskan serangan udara terhadap Gaza bagi hari kedua semalam dan mengorbankan 280 orang dalam konflik paling buruk berpunca daripada keganasan negara Yahudi berkenaan.



Pemimpin Israel berkata, serangan itu adalah tindakan balas kepada bedilan roket hampir setiap hari oleh pejuang Palestin di Gaza yang diperhebatkan selepas gencatan senjata selama enam bulan tamat.


Iran yang enggan mengiktiraf Israel dituduh Tel Aviv membekalkan senjata kepada Hamas. Teheran menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia hanya memberi sokongan moral kepada kumpulan berkenaan.

Khamenei juga mengecam beberapa kerajaan Arab kerana bersikap mendiamkan diri berhubung serangan udara Israel terhadap Gaza.

Sementara itu, di DAMSYIK, pemimpin biro politik Hamas, Khaled Meshaal mendesak rakyat Palestin supaya melancarkan intifada terbaru terhadap Israel, termasuk dengan melakukan misi bunuh diri.

Dalam temu ramah dengan stesen televisyen al-Jazeera, Meshaal berkata: "Kami menyeru intifada ketenteraan terhadap musuh kami. Penentangan akan diteruskan menerusi misi bunuh diri."


Hamas tidak melakukan sebarang serangan bunuh diri terhadap Israel sejak Januari 2005. Intifada atau penentangan besar-besaran pertama tercetus pada 1988, diikuti dengan perjanjian damai Oslo 1993, yang memberi sedikit autonomi kepada rakyat Palestin menerusi pembentukan Pihak Berkuasa Palestin.


AKTIVIS Lubnan memprotes serangan Israel dalam bantahan di depan Kedutaan Mesir di Beirut.

Intifada kedua tercetus pada 2000 dan berakhir kira-kira tiga tahun kemudian.

Meshaal berkata, Hamas menerima 'semua usaha untuk keamanan, tetapi ia tidak berhasil'. Katanya, bagi membolehkan rundingan dilakukan dengan rakyat Gaza, sekatan perlu ditarik balik dan laluan (dari Israel) dibuka, terutama di Rafah,' menghala ke Mesir.

Meshaal merujuk kepada sekatan Israel ke atas Gaza selepas Hamas merampas kawasan padat penduduk itu daripada pasukan keselamatan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Jun lalu.

Israel, Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain menyifatkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Meshaal berkata beliau terbuka pada usaha perdamaian dengan Mahmoud, tapi mahukan Presiden Palestin itu menghentikan rundingan damainya dengan Israel.

"Serangan roket mahupun operasi bunuh diri tidak membawa kepastian, tapi rundingan boleh mendatangkan hasil," katanya. � AFP/Reuters





Sekitar gambar pengeboman Palestine









Jasad bergelimpangan

Rejim zionis terus mengganas , rakyat Palestin dibunuh secara massa tanpa belas kasihan.

Jangan banyak tanya dibenak fikiran kita kenapa negara Islam tidak membantu, kenapa pemimpin negara Islam tidak tegas. Tanya diri kita sendiri apa yang boleh kita bantu.

Antara secebis usaha ialah :
1. Mendoakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh pelusuk dunia yang ditindas.

2. Menghulurkan bantuan kemanusiaan melalui NGO-NGO antaranya AMAN Palestin http://www.amanpale stin.org


3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini http://www.inminds. co.uk/boycott- israel.php


http://almakki.wordpress.com/

pergi jahanam dengan ZIONIS!!!



BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.
Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain.
Siaran televisyen menunjukkan mayat bergelimpangan di sebatang jalan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh penyelamat.

Jurucakap polis Hamas, Islam Shahwan berkata, serangan itu dilakukan ketika majlis tamat latihan untuk anggota polis baru sedang berlangsung di pekarangan ibu pejabat sebuah pejabat polis di bandar ini.

Pekarangan pasukan keselamatan Hamas selalunya terletak di kawasan awam dan serangan udara pertama dilancarkan ketika kanak-kanak baru hendak keluar dari sekolah.
Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini, bunyi siren kedengaran di jalan raya dan kaum wanita dengan cemas mencari-cari anak mereka.

Di bahagian lain Gaza, 23 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam serangan ke atas kem pelarian Khan Younis dan Rafah di selatan wilayah ini.
Seorang wartawan Reuters melaporkan bahawa pelabuhan Bandar Gaza dan kemudahan pasukan keselamatan Hamas mengalami kerosakan teruk.
Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.
Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.
Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.
Sementara itu Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, beliau sedang berhubung dengan banyak negara ekoran serangan Israel berkenaan.

"Saya sedang berhubung dengan banyak negara Arab dan negara-negara lain bagi mendesak Israel menghentikan serangan berkenaan yang merupakan pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada AFP dari Arab Saudi hari ini.

UTUSAN MALAYSIA

Tuhan...bantulah saudara-saudara kami di Palestine. Ameen

Mabruk 'alaik!



Alhamdulillah, dalam tahun ini sahaja beberapa orang sahabat dan kakak2 dan abang2 saya telah mendirikan rumahtangga. Saya tertarik untuk berkongsi artikel ini yang ambil dari http://matapensel.wordpress.com. Moga bermanfaat dan terbinalah usrah sakinah mawaddah wa rahmah!

Isteri Seorang Da'ie

Dalam satu acara bersama Faudhil Adzim, penulis buku popular Kupinang Engkau Dengan Hamdalah beberapa ketika dahulu, beliau berpesan kepada kami khususnya para akhwat,,,

“Janganlah kamu tahan suamimu dirumah, kerana nanti pastinya dia akan meronta-ronta ingin keluar. Tapi sebaliknya relakan sahaja suamimu keluar, kerana pasti dia akan meronta-ronta ingin pulang ke pangkuanmu”

Buat isteri para daie yang saban hari menanti kepulangan suaminya di rumah dengan sabar, kutujukan kisah Lathifah As Suri untuk kamu semua.

Adalah Lathifah As Suri perempuan itu. Ia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahwa ia perlukan seorang muslimah yang kuat, yang tidak akan gentar dengan banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah. Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekedar dakwah seperti ramai orang pada waktu itu. Bukan hanya sekedar membangun masjid atau surau. Imam syahid tengah dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah terwujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesejatiannya.

Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyadari bahwa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan yang dipikul oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu dan kuasa modal disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan istrinya.

Maka bagi Lathifah As Suri menjadi istri Hasan Al Banna memerlukan persiapan yang bukan main-main. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyadari bahwa ia harus siap jika ada waktu dia harus menjalani hidup sendiri tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta risiko yang bukan main-main. Penjara bahkan nyawa akan menjadi akibatnya, dan akan tiba menyapa pada bila-bila masa.

Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.
Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak heran jika ia menyadari betul tuntutan hidup menjadi istri seorang daie.

Malam, ia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau tak jarang Imam Syahid berlaku sangat hati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau sehari-harinya hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang istri Imam Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah pencurahan konsentrasinya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya tergugah adalah, ketika salah satu anak mereka sakit keras dan Imam Syahid harus tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam Syahid hanya menarik napas panjang, ia kemudian berujar “Kakeknya lebih tau bagaimana mengurusnya.”

Sejak kecil, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan jahiliyyah yang merosakkan. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen. Lathifah sangat menyadari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya.

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tidak ada gelisah, kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh arwah suaminya. Ia tetap tinggal didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan.

Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis. Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam Syahid inginkan berlaku dikeluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia besarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksud dengan wawasan keislamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita seputar dunia Islam. Lathifah menyadari memandang kecil masalah ini akan memunculkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannanya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya sukses meraih ijazah dalam pendidikan formal. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi istri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, kini sebagai peguam di Mesir. Ia juga pernah duduk di parlemen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pensyarah di Universitas Kairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai pensyarah perubatan kanak-kanak di Universitas Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai PhD dalam ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berartinya sosok Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya

Moga Allah memberikan kekuatan kepada semua isteri para duat yang tidak pernah bosan membantu di balik tabir. Moga Allah membalas masa-masa kita yang hilang dengan ganjaran yang lebih baik di syurga…



Thursday, December 25, 2008

Amateur...

WaterMan


Arab Windmill

Light from heaven


Sejernih Batu di Air


Wednesday, December 24, 2008

Bagaimana blog boleh memotivasikan diri?

Gambar sekadar hiasan

Agak lama tidak menjenguk blog ini. Dengan bertambahnya umur maka tidak dapat mematangkan sedikit pemikiran. Huhu, I guess so. Sepanjang percutian lama ini saya terjumpa apa yang saya namakan sebagai “Terapi Blog”. Bagaimana blog dapat membantu anda memotivasikan diri? BLOG SAYA INI BUKAN SEBUAH BLOG YANG HEBAT DAN LANSUNG TIDAK GLAMOUR. CUMA SATU USAHA UNTUK JADIKAN IANYA BERMANFAAT. Sebelum ini saya termotivasi dengan ceramah-ceramah ustaz yang sangat sangat menyentuh hati dan sanubari. Apabila masuk ke university seakan hilang punca motivasi diri.

Kemudian saya bertemu motivasi islamik Saifulislam dan juga beberapa motivator yang selalu mengajak kembali kepada hakikat diri dan ianya menjadi. Apa yang dinamakan MOTIVASI itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang mengatakan motivasi itu ialah ilmu yang dipelajari, ada yang mengatakan ianya adalah kata-kata hikmat, mungkin juga cerita-cerita mereka yang berjaya. Apapun banyak cara untuk memotivasikan diri, salah satunya melalui penulisan blog.

Mungkin ramai penulis blog (blogger bukan goblok) yang aktif akan bersetuju dengan statement ini “Sekali mencuba menulis blog, anda pasti ketagih!” Ya, saya pernah mendengar dari kawan-kawan bahawa mereka ketagih blog. Huhu. Saya juga begitu dulu, tapi setelah menjadi penulis blog yang pasif. Mula menulis blog ketika musafir pertama ke Timur Tengah. Tapi kemudian beku dan mula menjadi sedikit aktif atas nasihat seorang kawan yang berjiwa besar.

Bagi saya blog bukan sebuah diari untuk menulis riwayat hidup panjang kita. Dan saya tidak bermaksud begitu sebelum mula menulis. Ianya adalah satu perkongsian ilmu, pengalaman, minat dan peringatan. Mungkin ada juga kisah hidup akan termasuk kerana menulis melalui pengalaman. Tidak dinafikan. Cuma ia bukanlah dalam bentuk ‘hari ini aku ke kedai….hari ini berjumpa si dia….dsb. Anda boleh membeli diari dikedai buku jika untuk itu. Saya pernah berjumpa satu blog yang sangat mengecewakan, kerana dia pelajar di university saya. Isi kandungan blognya tentang teman lelakinya dan apa yang dibelinya. Siap dengan gambar2 yang meloyakan. Tidak bolehkah dikongsikan benda yang bermanfaat sedikit untuk umat? Ataupun dia termotivasi dengan cara begitu?

Bagaimana ia menjadi satu motivasi? Menulis blog adalah satu kepuasan. Ia mungkin menjadi medan meluahkan perasaan, pengalaman dan ilmu. Dan untuk menulis kita memerlukan ilmu dan pemikiran. Al faqid la tufiidu syai. Untuk mendapat idea apa yang ingin ditulis kita akan melalui proses, pembacaan, pengalaman, perbandingan, pemikiran dan penulisan. Apa yang ditulis sedikit sebanyak lahir dari diri kita. Tidak kira tentang apa isu semasa, sajak, agama, ilmu, pengalaman ianya lahir dari kerja keras neuron- neuron otak berfikir. Allah berfirman dalam surah As-Saff ‘wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu berkata apa yang tidak kamu lakukan...” ia akan menjadi seperti “apa yang dikata perlu dikota” atau mengingatkan apa yang kita lupa.

Apa yang ditulis berkait dengan apa yang berlaku pada keadaan sekeliling atau apa yang berlaku pada diri kita pada masa itu. Mungkin juga menggembirakan hati yang gundah gulana contohnya ketika menulis berkaitan dengan minat kita. Atau meredakan perasaan atas ketidak puasan hati tentang sesuatu isu. Juga menjadi tempat meletakkan kata-kata peransang untuk diri. Susah untuk menyatakan bagaimana terapi blog ini memberi kesan kepada jiwa seorang penulis. Tapi hakikatnya berkongsi ilmu dan pandangan adalah satu kepuasan. Mafhum hadis nabi “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain”

Kita bukannya seorang penulis blog yang professional atau kontroversi. Bagi saya tiada tema dalam blog saya. Tiada pengkhususan untuk politik, agama dsb. Sebagai permulaan, nukilkan apa yang anda ingin katakan cuma pastikan ianya ada manfaat setidak-tidaknya untuk diri kita. Kemudian terpulanglah kepada diri kita bagaimana memajukan diri.

Kesedaran dan semangat untuk berblog ini juga lahir seiring dengan keadaan zaman. Jumlah pengguna internet yang sangat tinggi memungkinkan blog menjadi satu medium dakwah yang berkesan. Tahukah anda ada yang menjadikan membaca blog sebagai satu hobi? Apapun tidak dinafikan ada kesan-kesan negatif pada blog seperti maklumat yang salah, penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi, medium menyerang sesama sendiri, penyebar fitnah dsb. Yang paling menyedihkan apa yang berkaitan dengan agama.

Khulasohnya kita ambil manfaatnya tolak mudharatnya. Menulis blog bukan tempat menunjukkan kita pandai, hebat dsb. (na’uzubillah) tapi ianya satu medan perkongsian dan meluahkan pendapat juga perasaan. Kepada yang sudah punya blog, doakan kita terus istiqamah. Moga-moga ianya menjadi satu wasilah dakwah yang baik kepada diri dan orang lain.

Kepada yang sebelum ini hanya menjadi silent reader, masa untuk anda BERTUKAR! Sudah tiba masanya. Luahkan apa yang anda baca selama ini di dalam bentuk penulisan agar dapat dikongsikan bersama orang lain. Kita selayaknya memotivasikan diri sendiri. Kalau nak rasa apa itu terapi blog, cubalah sendiri!

Thursday, October 30, 2008

Diam yang akan lama...

Masa untuk terbang dari sarang wahai syabab fatayat, umat menunggu di luar sana!


Sejak dari azali kita telah berbaiah dengan tuhan bahawa kita sanggup menerima tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Kita juga telah berbaiah dengan tuhan dengan bersaksi bahawa hanya Dia yang layak disembah, melakukan yang disuruh meninggalkan apa yang terlarang. Maka tuhan menjadikan kita makhluk yang mulia walau asalnya dari yang hina. Ini bermakna kita telah membuat perjanjian dengan tuhan. Law Of Contract. Perjanjian sejak alam ruh hingga alam akhirat.

Mana mau lari??? Walau bergelen alasan di beri, berjuta tricks melepas diri di cuba tapi jika ia adalah satu ketetapan tuhan, ia pasti berlaku. Memang ada apa yang di sebut qadar mubham dan qadar muallaq, tapi pasti Dia lebih berkuasa untuk mencatur segalanya. Terimalah bahawa kita punya tugas di dunia ini. Perjuangan belum selesai. Walau kita bukan seorang yang sangat baik kerana kita lebih kenal diri kita dari orang lain. Tapi kita perlu selalu dan terus berusahalah menjadi baik! Bersihkan hati, tenangkan jiwa, sandarkan pada tuhan segalanya. Hidup ini hanyalah satu rehlah yang singkat, experienced It! Berhenti buat sementara….jumpa nanti, mungkin tahun depan insya Allah

Good Luck for Final!!!

Aja –Aja Fighting :)




Tuesday, October 21, 2008

Terima Kasih...(22Oktober 1987)

Terima kasih tuhan…
Diatas segala nikmat Mu
Aku semakin sedar bagaimana hidup ini tanpa MU

Terima kasih mak dan baba…
Melahirkan dan menjagaku
Sungguh-sungguh kasih sayangmu menggunung tinggi


Terima kasih kawan…
Yang sentiasa memberi sokongan
Sentiasa bersama saat duka dan suka


Terima kasih diri…
Kau dah besar rupanya
Terima kasih kerana masih kuat dan tabah
Cuma kuminta bawaku kearah kebaikan
Pandulah aku kearah tuhan

Terima kasih semua…
Guru-guru, kakak2 dan abang2ku,
Kakak dan abang seperjuanganku
Adik-adikku, anak-anak saudaraku
Semua makhluk tuhan yang telah membantu
Mengharungi dunia ini
Doakan aku, moga diampun segala dosa
Kuat hati, tabah jiwa
Rajin belajar, jadi budak baik
21 tahun yang penuh suka duka
Moga hari depan lebih cerah dengan kejayaan
Lebih kuat menempuh cabaran
Lebih tabah dengan ujian
Lebih dekat dengan tuhan
Ameeen…

Monday, October 20, 2008

Bagaimana memikat hati (Bah. 1)



Tatkala terbaca karya Syaikh Abbas Hassan As-sisi, Thariq ila Qulub insaf sekejap. Sungguh banyak kekurangan dan kelemahan dari segi memikat. Bukan untuk memikat lelaki atau perempuan, tapi untuk memikat mad’u dan memikat diri sendiri untuk menyentuh hati. Da’ie bukanlah satu title untuk dibangga-banggakan. AKULAH DA’IE TERHEBAT ABAD INI!. Tapi ianya satu tanggungjawab. Semua orang adalah da’ie. Samada dakwah kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Kenapa hati? Bukan limpa atau paru-paru. Kerana hati adalah kunci
Al-isra’ :46dan kami jadikan hati mereka tertutup, dan telinga mereka tersumbat agar mereka tidak dapat memahaminya”


Bagaimana cara memikat. Ini rahsianya…Yang pertama, baiki diri dahulu dan cari kelemahan dalam diri. Islah nafsik, wad’u qhairuk. Gunakan method “will I marry me?”. Sudikah saya berkahwin dengan diri saya atau sudikah saya mendekati diri saya. Huhu…anda akan tahu jawapannya sendiri. Jika kita seorang hot tempered, emotional tanpa sebab munasabah, kedekut, dan beberapa lagi sifat lain sudikah kita mendekati diri kita? Jika jawapannya tidak, itulah jawapan yang akan kita dapat dari orang yang dipikat.

Yang kedua, lakukan berperingkat-peringkat(tadarruj).
As-syuara :214
Al-hijr : 94
Al-Hajj: 39
Sebagai contoh kita berjumpa seorang kawan baru di stesyen bas. Tanpa sempat bertanya nama, kita terus bertanya awak nak join tak saya pergi berperang di Palestine?berdosa tau kalau awak tolak”. Mungkin kawan baru itu akan berkata “gila ke apa budak ni”. Seperti juga kita berjumpa seorang makcik yang tak dikenali tapi terus berkata saya nak kahwin dengan anak makcik boleh? sekali lagi jawapan yang sama mungkin siap dengan sentuhan hangat di pipi.

Seterusnya letakkan diri anda di tempat yang betul. Dalam memikat, kita perlu ingat bahawa kita adalah da’ie bukan ulama atau fuqaha. Tatkala kita berdakwah, kita sebenarnya seakan sedang memberikan hadiah untuk orang lain. Jadi harus dipertimbangkan hadiah apa, dan bagaimana cara memberikannya. Mustahil seorang doctor akan memberikan ubat yang sama kepada pesakitnya(kecuali DR UIA:))Sebagai contoh, seorang budak lelaki berpakaian ala-ala black metal sedang menyanyikan kuat lagu ntah apa-apa ketika sedang azan maghrib kedengaran. Kita siap menyinsing lengan dan memberi khutbah 2 jam khas untuknya bersumberkan kitab-kitab mu’tabar tentang, hukum menyanyi, hukum menggunakan alat music bertali, hukum berpakaian ala-ala barat dll siap dengan dalil-dalil ‘aqli dan qat’i. Apa yang perlu kita buat mulakan dengan yang asas. Katakan padanya sekarang sedang azan, tak baik berlawan dgn tok bilal. Ajaknya bersolat sekali kerana solat itu wajib atau bagi komen sket tentang suaranya yang kurang pitching seperti Paul Moss. Pasti dia kan senyap.Walaupun seakan retorik semata tapi its better than khutbah 2 jam kita

Tips seterusnya perlu kuat hati dan kuat hubungan dengan tuhan. Hati umpama locker berkunci. Jadi untuk membukanya memerlukan kunci. Kunci hati hanya ada pada orang-orang yang kuat hubungan dengan tuhan. Selalu meminta tips pada tuhan dan jangan putus asa. Kita juga perlu ingat bahawa kita tak punya kuasa untuk memberi hidayah. Allah jualah yang maha berkuasa
Al-qasas :56 sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada yang kamu cintai, tetapi Allah la yang memberi hidayah kepada yang dikehendakinya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”

Dalam masa yang sama kita juga punya musuh dan mereka juga punya perancangan dan langkah-langkah kreatif.
Al-baqarah :168 “janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan”
Gunakan juga kesemua pancaindera dalam memikat seperti renungan mata yang ikhlas, sentuhan lembut sambil kata-kata yang manis ketika berdakwah. Ketika berjumpa, berjabat tangan dengannya.

Tips yang paling penting ialah berlemah lembut. Tak kiralah siapa dia, manusia hatta yang paling ganas sepertu Triple H pun akan cair dengan kelembutan. Begitu juga dengan Firaun
Ali-Imran :159 “maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut dengan mereka, sekiranya kamu berlaku keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauh dari sekelilingmu”
Thaha :44 maka berbicaralah kamu dengan Firaun dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut”
SELAMAT MENCUBA…:)

Lagi tips…next entry

Saturday, October 18, 2008

BAHAYA FITNAH DI BUMI MUSLIM


Terkilan kerana tidak tahu menahu tentang kedatangan Ulama’ besar Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam, mantan khatib Masjid Al-Aqsa ke UM baru-baru ini. Tatkala terbaca artikel tentangnya, terpana akan akhlaknya, tertarik pada kata-katanya :

“FITNAH merupakan senjata dan musuh paling bahaya dan dahsyat. Dan ISLAM menjadi sasaran fitnah paling hebat kini. Fitnah bukan hanya dari golongan kuffar tapi juga di kalangan MUSLIM sendiri”

Sebab itu Allah melarang dari terlibat dalam membuat fitnah dan yang seumpamanya kerana ianya ashaddu minal qat’l! firman Allah:

Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah, yang merintangi segala yang baik, yang melampaui batas serta banyak dosa. Yang bertabiat kasar selain itu juga terkenal dengan kejahatannya. Al-Qalam 10-13

Fitnah paling dahsyat yang menimpa dan yang ditanggung oleh umat Islam ialah peperangan yang ditiup oleh musuh Islam dan permusuhan sesama Muslim. Di Palestine angkara fitnah musuh Islam bangsa Palestine berpecah dua. Satu kumpulan secular yang memilih untuk bekerjasama dengan musuh islam dan mengikut telunjuk AS dan Yahudi. Rela hidup dan berjuang bersama musuh Islam. Yang sanggup menggadai segalanya untuk kesenangan hidup dunia. Manakala satu lagi memilih jihad menegakkan Islam dan mempertahankan bumi serta bangsa Palestine dengan menentang apa saja tekanan musuh Islam hingga ke titisan darah terakhir. Jika di Malaysia sendiri angin fitnah begitu kencang bertiup. Tidak tahulah siapa yang meniup angin ini. Moga-moga umat Islam di Malaysia tidak termakan dengan segala fitnah yang disebarkan. La samaha Allah hingga terjadi perpecahan seperti di Palestin.

Katanya lagi, “apa yang berlaku dan ditanggung oleh generasi muda Islam Palestine dan negara-negara Islam adalah kerana kesilapan generasi dulu. Generasi dulu dan yang sedang meminpin sekarang kerana terlalu banyak mengikit telunjuk (AS) dan berkiblatkan barat”.

Inilah akibatnya apabila terlalu berlemah lembut dengan kuffar dan terlalu ber
tolak ansur, hingga akhirnya Islam di tolak beransur-ansur. Kononnya berdiplomasi dan berdemorasi. Tapi masih wujudkah istilah itu pada mereka? Ya, Islam itu murunah (flexible) boleh bertolak ansur, tapi bukan pada perkara-perkara tunjang. Jangan kamu takut pada manusia ketika berurusan dengan Allah, tapi takutlah pada Allah ketika berurusan dengan manusia.

Namun yang peliknya tatkala dunia Islam dilanda fitnah, kedengaran bahawa negara-negara Islam yang kaya raya sibuk berlumba-lumba menjadi juara dunia. Berlawan untuk untuk melihat siapakah yang punya bangunan tertinggi, bandar tercanggih, masjid siapa di buat dari emas atau Kristal. Melabur duit untuk perkara yang lansung tidak memberi faedah kepada dunia Islam. Inilah fitnah harta barangkali. Tahukah anda bahawa jumlah unversiti di seluruh negara-negara Arab lebih sedikit dari jumlah university di Jepun!

“Kami tidak mengharapkan wang ringgit dari kamu. Doa dan sokongan moral kamu sudah menjadi senjata paling ampuh bagi anak-anak pejuang Palestine kami meneruskan perjuangan mempertahankan Islam, Al-Aqsa dan tanahair”
Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam,
Mantan khatib Masjid Al-Aqsa
Mantan Rektor Universiti Islam Gaza

Rujukan: keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA (MEGA). Rabu 8 Okt 2008, Palestine terus lahirkan mujahid!

p/s : Mabruk kepada Wan Abdullah Mujahid, seorang aktivis muda Palestine yang telah selamat mendirikan rumahtangga. Moga berbahagia. Kenala lagi rajin datang kelas pasni;)

Sunday, October 12, 2008

Once upon a time in America (pictures that speaks by itself)


Obama :Nice speech grandpa!


Down! down! down! dont cry baby.

OBAMA : the next BUSHES or the most awaited Hero to be?perhaps...


Sarah Palin :Does i looks like a Miss Universe? vote for me!


The war is going to start. Ready, Get set, Fire!!!


WATCH OUT!!!

MC Cain : huh! This is your birthday speech Obama?

Friday, October 10, 2008

Ungu


Saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi bernjanji
menyinari dunia yang tak kau singgahi

mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

sesungguhnya manusia takkan bisa
menkmati surga tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya

Monday, October 6, 2008

Sejarah Negara Arab pada bulan Oktober


Sejarah Negara Arab pada Bulan Oktober ..Perang tiga segi selama 6 hari.Bulan Ramdhan.Negara yang terlibat
1-Mesir
2-Syria
3-Israel
Pada tahun 1967 :5 hingga 11 hb 1967 :Kesan besar: Israel rampas Gaza dan Sinai dr Mesir, Bukit Golan dr Syria, Tebing Barat dirmapas dr Jordan. 500,000 pelarian lari ke Mesir, Syria, Lebanon dan Jordan.
Dinamakan Perang Yom Kippur
- Mesir dan Syria serang Israel pada bulan Ramadan
- Mula menang tapi kalah teruk.
- USA, Russia dan PBB cuba selesaikan
- Seramai 8,500 askar Mesir dan Syria mati dan 6,000 askar Israel mati - Oktober 1973, PBB luluskan resolusi 338 yg minta semua pihak hentikan perang
- Perang ini jadikan Israel semakin bergantung kpd USA
- Saudi Arabia mulakan embargo negara yg sokong Israel hingga March 1974.
Perluasan Negara Israel
- June 1967 – Perang 6 hari.
- Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Sinai (Mesir) dan Tanah Tinggi Golan (Syria) dikuasai.
- Baitul Maqdis timur dan ‘old city’ (Haram al-Sharif) diduduki oleh Israel.
- Masjid Al-Aqsa dikuasai oleh IsraelNegara Palestin lenyap dari peta dunia
Mesir berdamai dengan Israel dan Mengiktiraf kan Israel.
Anwar Sadat ke Israel dan berucap di Knesset pd 19 November 1977, iktiraf Israel.
- TT Camp David pd September 1978: ke arah keamanan di TT
- Sinai diserah kepada Mesir
- Pemimpin Arab boikot Mesir.
- Sadat dibunuh pd 1981
(Sumber : Fizzi @ Syiria) TQ

Sunday, October 5, 2008

'Eid yang bercampur baur rasanya

WELCOME TO HOME SWEET HOME;)



Allahuakbar...Allahuakbar…Allahuakbar. Selamat Hari Raya kepada semua. Kullu ‘am wa antum bikhair. ‘Eid yang bercampur baur. Antara rasa gembira, sedih, risau dan sayu. Gembira kerana telah berjaya mengharungi sebulan Ramadhan dengan sihat. Walaupun tidak pasti samada diterimakah segala amalan, sempurnakah segala ibadah, namun dengan kesihatan dan peluang yang diberi tuhan untuk bertemu dan bersama Ramadhan hingga akhir sudah patut menjadi satu kesyukuran yang tidak terhingga kepada semua. Gembira kerana dapat pulang ke kampung bertemu mak dan Baba, sanak saudara, adik beradik, anak saudara berderet dan kawan-kawan. Gembira kerana ‘Eidul Fitri memang keatas kita untuk bergembira. Hadiah dari tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang! Hari kemenangan dan kesyukuran. Namun rasa sedih itu terasa lebih dari rasa gembira. Saya pasti semua orang juga merasakan begitu. Sedih kerana Ramadhan sudah pergi. Tertunaikah segala janji? Terlaksanakah segala ibadah? Telah menangkah kita dengan perlumbaan ibadah ini? Segala ‘hot offer’ sepanjang Ramadhan, RAHMAT,MAGHFIRAH dan KEBEBASAN DARI API NERAKA ter ‘grabed’ kah segalanya? Mungkin hot offer dan sale-sale di pasaraya kita berjaya menolak dan berebut dengan manusia lain, sanggup beratur panjang di cashier dan ATM, berebut parking dan segalanya. Tapi bagaimana di Ramadhan? Huhu. Terus-menerus ia akan menjadi persolan yang tak terjawab.

Risau pula kerana masihkah panjang umur ini untuk bertemu Ramadhan seterusnya? Rasanya tahun ini paling banyak saya merasai perginya orang-orang yang saya kenal dan saudara kepada mereka yang saya kenali. Paling terbaru pada 26 ramadhan, ketika langit rembang-rembang menuju senja perginya ayah kepada sahabat saya Hasliza Abas. Al-fatihah. Sungguh beruntung mereka yang bertemu tuhan di bulan ini. Di dunia reality saya juga diserang penyakit risau. Ahh…tak sudah-sudah penyakit ini melanda. Risau itu satu penyakit dari syaitan. Seperti juga penyakit was-was. Membuatkan kita tidak tenang. Sedar akan hal ini. Tapi bolehkah untuk terus tenang melihat situasi negara sekarang? Sebagai seorang muslim, melayu dan seorang mahasiswa saya tidak mampu untuk begitu tenang. Namun tidak berniat, berminat dan tidak berkuasa untuk campur tangan. Semoga yang Haq akan tertegak dan yang Batil akan terhapus.Tukar cerita.

Dan sayu…kerana demam di Hari Raya. Terlantar dirumah sejak hari Raya Pertama. Nikmat yang tuhan ambil sekejap. Paling sayu…di dalam keghairahan Ramadhan dan Syawal, dunia Islam meletus lagi! Letupan bom tangan, bom kereta, berani mati terus bergema di Palestine (perhatian:tiada negara bernama Israel dalam peta dunia), Afghanistan, Iraq, Lubnan dan Syiria. Seakan dirancang. Kejadian yang berangkai. Berpuluh-puluh mati dan cedera. Syawal yang mengharukan, Syawal yang berdarah! Tertanya-tanya siapa sebenarnya di sebalik semua ini? kenapa bertanya begitu? Bukankah berita mengatakan itu hasil tangan org islam juga. Rasanya semua tahu apa yang terjadi di negara sana. Keadaan yang menyebabkan situasi seperti ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Malah kadang-kadang menjadi satu kewajipan atas nama untuk membela agama dan negara(boleh rujuk sumber sepatutnya). Saya juga tidak menolak perlakuan berani mati atau ‘amaliyyah al-isytishadiyyah dan punya cita-cita. Yang menjadi persoalan betulkah umat Islam sendiri yang melakukan segala jenis macam kemusnahan ini. Rasanya, sebagai seorang muslim bertaqwa yang punya keimanan dan keberanian untuk menegakkan dan mempertahankan Islam seperti pejuang islam sebenar tidak akan sanggup untuk melakukan kemusnahan begini. Membunuh saudara yang tak berdosa, wanita, kanak-kanak dan orang tua tanpa menghirau apa-apa. Rasanya kita diajar untuk menghormati nyawa orang lain, lebih2 lagi di bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia. Rasa geram di dalam dada, jika benar umat Islam yang melakukannya tahukah dia bahawa dia hanya mengikut nafsu dan amarah semata? Dia sebenarnya musuh kepada umat Islam sendiri. Ingat! Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang. Tapi musuh Islam itu sesungguhnya juga banyak perancangan. Jika mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri semata-mata untuk menjadi alasan menyerang Islam sebelum ini, pasti mereka juga tak teragak-agak untuk membunuh umat Islam. Cuma modus operandi yang berbeza, tidak secara terang-terangan. Mengambil kesempatan diatas kelemahan dan ketaksuban. Taktik tersilap bom seperti dulu sudah tidak berjaya. Dunia nampak dan tak bodoh apabila mereka membunuh rakyat tidak berdosa dengan alasan ooppss tersilap kerana mereka sedang memburu pengganas yang bersembunyi sebenarnya. Alasan paling bahlul tapi menyelamatkan. Apapun semua ini sebagai muhasabah sebenarnya kepada diri yang menulis dan kapada semua. ‘Eid yang bercampur baur, namun rasa manis itu tetap ada dan terasa. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin



Empat budak berlainan ibu yang baru bangun tidur

Friday, September 26, 2008

Jumaat terakhir...Ramadhan yang mendung




Subhanallah... Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Hari ini 26 Ramadhan, Jumaat terakhir. Langit kelihatan mendung. Sangat-sangat suram. Sambil hujan renyai-renyai membasahi bumi UIA. Mungkin semuanya sedih melepaskan Ramadhan pergi. Khatib hari ini mengatakan tentang Fathu Makkah dalam khutbahnya. Bagaimana Fathu Mekah berlaku, peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

Semalam semasa saya melintasi Main Gate UIA semalam, sekilas pandang saya terpandang satu banner. Tidak dapat menangkap secara keseluruhan, namun anak mata saya terpandang Last Jumaah in Ramadhan, Al-quds Day. Dan hari ini baru saya tersedar Today is Al-Quds day!

Hari ini Jumaat 26 Ramadhan 1429H adalah hari Jumaat terakhir dalam Ramadhan kali ini. Sejak 1980, Imam Khomeini, pendiri kerajaan Revolusi Iran telah mengisytiharkan hari ini sebagai Hari Al-Quds dan disambut sebagai satu upacara besar di Iran.
Signifikannya Hari Al-Quds dengan kita seluruh umat Islam ialah inilah hari untuk kita semua:
Meningkatkan komitmen kita dalam perjuangan membebaskan Palestin.
Menyedari dan berwaspada dengan perancangan Zionisma dalam setiap lingkungan kita.
Memperingati segala jerih-payah saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa penjajahan Israel laknatulLah .

Terfikir sejenak, bagaimana saudara kita disana menyambut Ramadhan? Di UIA, suasananya sangat menenangkan dan mengamankan hati. (saya takkan lupakan bagaimana perasaan tarawikh di UIA). Jika di Malaysia pula dengan masjid yang banyak, siap disediakan moreh, berbuka, ifthar, dengan karpet tebal seinci, imam yang sangat hebat tapi kita masih tidak mampu meletakkan khusyuk dalam hati. Malah masih ada yang tidak berpuasa apatah lagi bersolat tarawikh. Di Palestine, dengan maut menunggu di mana-mana, dengan sekatan ekonomi, mereka masih tetap teguh beribadah pada tuhan. Ujian Allah itu dua. Satu ujian dengan kesenangan, satu lagi ujian dengan kepayahan. Kita diuji tuhan dengan kemewahan, kesenangan, keamanan yang memerlukan keimanan yang kuat untuk menghadapinya. Manakala sahabat kita di palestine di uji dengan kepayahan, kelaparan, ketakutan yang bukan sekadar perlukan keimanan yang kuat malah kesabaran yang tinggi.
Saya terbaca satu artikel, tajuknya Palestin lenyap tahun 2020???http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2324. Sama-sama kita memikirkannya.

Allahumma Ballighna Lailatul Qadr...
Ramadhan Kareem, 'eid Mubarak

Monday, September 22, 2008

Lailatul Qadar...


Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata:

ู‚ู„ุช ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุฃุฑุฃูŠุช ุฅู† ุนู„ู…ุช ุฃูŠ ู„ูŠู„ุฉ ู„ูŠู„ุฉ ุงู„ู‚ุฏุฑ ู…ุง ุฃู‚ูˆู„ ููŠู‡ุง ؟ ู‚ุงู„ ู‚ูˆู„ูŠ ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุนููˆ ูƒุฑูŠู… ุชุญุจ ุงู„ุนููˆ ูุงุนู ุนู†ูŠ

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, kata at-Tirmizi: "haza hadis Hasan Sahih/ hadis ini Hasan Sahih"))

Wednesday, September 17, 2008

" Berlemah lembut dengan kafir, bertegas dengan Muslim" Why this happen???

Penyakit itu datang lagi…malas, culas, segan, untuk membaca suratkhbar, web dsb (hanya baca Kosmo yang rumate beli). Teringat di satu program, saya digelar ikon isu. Serasa-rasa mahu meletus tawa. Saya bukan lagi begitu sekarang. I am Zero the Zorro! Sungguh-sungguh saya merasakan bahawa neuron intelek saya, semakin kurang cakna tentang isu-isu semasa. Kenapa? Susah untuk ditafsirkan. Baru2 ini saya menerima satu mesej bertanya 1) Apakah pandangan anda ttg 16 september? 2) Apakah persediaan yang perlu ada bagi seorang mahasiswa untuk menghadapinya…sangat kecewa kerana tidak dapat membantu(maaf kak :( perlu diubati! Jika saya memberi jawapan , saya yakin ia akan menambah masalah kepada penerimanya. Saya mengadu pada seorang kawan. Jawabnya “kawan…politik itu sepatutnya tidak kotor, dan kita tak sepatutnya melabelkannya begitu. Politik (siasah) itu suci, Amir (pemimpin )itu golongan yang mulia, kebersatuan itu suatu yang dituntut. Masalahnya sekarang, orang melabelkan politik itu kotor, pemimpin itu pasti akan corrupt, dan kebersatuan itu suatu yang mustahil. Kenapa jadi begitu, kerana pemimpin-pemimpin yang berubah menjadi corrupt, mengotorkn politik dan sanggup memecah belahkan kebersatuan, mengapi-apikan untuk kepentingan politik individu.

Yang menarik perhatian saya sekarang ialah sikap “pandang ke belakang” kita. Kalau dulu Pierre Andre mengarah filem Jangan Pandang Belakang, dia sebenarnya gagal menyampaikan mesej filem tersebut walaupun menjadi Box Office. Jika Pak Pandir membunuh anaknya tapi tidak ditangkap polis, jangan pula kita berkata Pak Pancit yang membunuh anaknya sekarang, tidak perlu juga ditangkap polis. Pak Pandir memang akan diingati dunia sebagai PENJENAYAH BESAR kerana membunuh, cuma dia bernasib baik kerana tidak ditangkap, kerana polis itu dalam masa yang sama bekerja sebagai tukang sapu dirumahnya. Tapi atas alasan bencikan Pak Pandir yang menggunakan kuasa, Pak Pancit dibebaskan, kononnya atas sebab yang sama. Membunuh itu tetap satu jenayah! Maka teraniayalah siapa yang di bunuh, dan dalam masa yang sama Pak PanCheng mengambil kesempatan diatas alasan itu untuk terus membunuh.

Jika orang itu dulu pernah menghina isteri nabi, tidak ditangkap ISA (sebut UFO), kita akan berkata “kenapa orang itu dulu menghina juga, tapi tidak ditangkap, tapi kita menghina ditangkap,ini tak adil!” (jika betul berlaku penghinaan, im not sure). Jika terus menggunakan alasan begini, maka sudah gilalah umat. Sedangkan yang menghina itu bukan orang lain, seagama jugalah.

Jika orang itu pernah meruntuhkan benteng terakhir Melayu, kita akan berkata “eleh…kalau ini benteng terakhir, siapa yang telah meruntuhkan benteng-benteng sebelum ini? mereka kan? Jadi tak kisahlah kalau kami menyambung proses runtuhan” maka akan terus runtuhlah setiap benteng.

Jika orang itu pernah memporak-porandakan masyarakat, mengapi-apikan perkauman, kita akan terus mempraktiskan dasar pandang ke belakang. Maka akan ada orang yang akan pandang ke hadapan mengambil peluang untuk terus memporak-porandakan dan mengapi-apikan. (Segala contoh diatas sila ambil rasional bukan dari kesahihan cerita, tapi dari respon yang diberikan)

Sangat mengecewakan. Seakan seperti tidak ada hero lagi untuk memperbaiki apa yang telah dimusnahkan dan membawa masyarakat terus pandang kehadapan. Mungkin kita perlu mengimport hero-hero dari negara lain atau meminjam mesin masa dari Doraemon untuk membawa kembali hero-hero Islam sebelum ini ke zaman kita. Tanpa menyebut parti politik…berfikirlah untuk rakyat dan agama, jangan berfikir untuk kepentingan sendiri. Jika orang disebelah sana terus terang menghina islam dengan azan dan tulisan jawi, para YB dan pemimpin politik se parti hanya diam membisu. Kerana untuk mengelak perpecahan dalam perjanjian dan kumpulan, kononnya. Tapi jika ada orang di kaum berkulit sawo matang membuat salah mengikuti forum membantah Memeluk Islam, “Anda perlu dikenakan slot disiplin!”sekali lagi tanpa mengira parti politik. Berlemah lembutlah sesama muslim dan bertegaslah dengan orang kafir {mafhum ayat}. Keadaan seakan berbeza. Jangan hanya jadi hero apabila berdepan dengan keris melayu tapi apabila berdepan dengan kaum lain senyap membisu (saya bukan racism) Jangan kita dijadikan tunggangan untuk matlamat orang lain. Kita sendiri juga perlu rasional. Perasaan geram, benci,menyampah kepada mereka-mereka sebelum ini boleh menumpulkan pemikiran dan menyempitkan pandangan. Yang sudah jatuh, biarkan mereka bermuhasabah kenapa runtuh. But the leading party should move with some great ideas.

Walaupun begitu, Dasar pandang ke belakang sesuai digunakan dalam melihat Sirah. Bagaimana Nabi Agung mencatur politik yang pastinya lebih mencabar dengan adanya orang Yahudi, Nasrani dan kafir Quraish dan tidak kecuali kaum munafiqin yang berpura-pura dalam Islam. Rujukan yang baik dari sirah menunjukkan bahawa adanya orang kafir yang jelas dan orang munafiq yang terlindung yang sentiasa cuba memecahbelahkan Islam. Perlu diingat Abdullah bin Ubayy bin Salul lebih merbahaya sehingga nabi pernah memerintahkan dia agar dibunuh. Islam itu pemandu, bukan sekadar penumpang. Maka saya sebagai rakyat yang hubbul waton, cintakan negara berharap agar semua pemimpin, berjuanglah dan pandulah negara diatas matlamat Islam, bukan kerana nama, dendam, kepentingan politik. Berhati-hatilah membuat keputusan. Kerana jika ianya hanya bersandarkan emosi, nafsu, kepentingan semata pasti ada yang akan mengambil bahagian. Jangan biarkan Malaysia terus parah. Jangan biarkan saya terus dijangkiti kuman ini. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sungguh-sunguh Islam Is the Way of Life!!!

Nukilan rasa seorang rakyat muda

11 September... jadilah pengganas yang digeruni

11 September...masih segar dalam kenangan. Tak perlu diceritakan onar apa yang telah dibuat oleh Barat. Satu dunia telah mengetahui kebenaran. Osama Laden yang dicari tidak berjumpa, tapi dua negara Islam telah musnah. Bermula tarikh ini term TERRORIST dipelkenalkan. Islam itu pengganas, Islamophobia, dsb. Mungkin sampai mati label yang diberikan ini takkan hilang. Jadi jika mereka melabelkan kita pengganas, kita seharusnya jadi pengganas yang digeruni. menjadi pengganas yang mengganas untuk mempertahankan agama dan negara. Menjadi penggnas begini lebih baik dari menjadi pengecut yang hanya berselimut di sebalik selimut-selimut tebal. Adakah saudara kita di Palestine pengganas??? ya, mereka memang pengganas yang hebat. Pengganas = pejuang.

Saya tak pasti, mungkinkah wajah saya kelihatan seperti terrorist? pasti sgt menggerunkan.huhu. Dalam 7 orang kawan-kawan perempuan yang melepasi pintu pemeriksaan di Airport hanya saya seorang yang dikenakan body Checking. Bukan sekali tapi 2 kali! sedangkan cara pemakaian yang sama, barang yang dibawa hampir sama dan tak berbahaya. memang melampau! Apapun , semoga kita tergolong dalam mereka-mereka yang memperjuangkan islam di dunia ini dan Al-Fatihah kepada saudara-saudara yang syahid dalam mempertahankan agama dan negara. 11 September dalam kenangan...

Bukit Golan....akan kita rampas kembali dari mereka
Mungkinkah ini pengganas yang dimaksudkan??? lepas ini White House atau Camp David pula ye

Sidang Komander 12, KOMBAT 1511...mungkinkah jadi reality?(tribute to komander Hamasyie:) jangan tekke sahabat









Tuesday, September 16, 2008

Fatwa Halalkan Darah Warga Arab Palestin


Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

http://maszleemalik.blogspot.com

Tuesday, September 9, 2008

Al-Fatihah buat sahabat

Al- Fatihah kepada sahabat Siti Hajar Izham yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ramadhan. Sunguh2 bertuahlah mereka yang pergi menemui tuhan di dalam bulan yang penuh barakah ini. Sama-sama doakan Moga Ruhnya di cucuri rahmat, di ampun segala dosa dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat dunia dakwah di UIA. Dan Tuhan menunjukkan bukti bahawa Dia lah yang paling berkuasa dan kita hanyalah insan yang lemah. YA Allah...ampunkan dosa-dosa kami

Sunday, September 7, 2008

Mabruk Ya Ukhti...lahirnya seorang lagi khalifah di muka bumi

Dikesempatan ini, ingin saya berkongsi dengan semua satu berita gembira bahawa telah bertambahnya umat nabi Muhammad di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, Nasykuru Lillah…tanggal 6 Ramadhan, saya telah mendapat anak saudara baru. (xde nama lagi, sape nak cadang boleh,baby boy:) Believe it or not? saya adalah ibu saudara kepada 26 orang anak saudara. Believe it! Subhanallah…namun tatkala mendengar berita ini air mata saya bergenang. Pertama kerana gembira dan yang kedua kerana ianya begitu menusuk jiwa, terasa pedih. Benarlah hidup ini hanyalah satu rehlah yang singkat. Satu perjalanan menuju tuhan…Baru pagi semalam saya dikhabarkan ayah kawan saya si kembar Azizan dan Azizah telah kembali mengadap Rabbul Izzati. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Di dalam kehangatan Ramadhan, Allah memanggil hambaNya pulang. Berbahagialah ruh yang berjumpa tuhan di bulan yang mulia ini. Al-Fatihah….

Dan semalam juga lahirnya seorang lagi hamba tuhan menggantikan yang dipanggil pulang. Meneruskan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Moga anak saudaraku menjadi insan beriman dan bertaqwa. Begitulah sunnatullah…kita manusia datang dan pergi. Addunnya Mazra’atul Akhirah. Alam Akhirat itu amat hampir dengan kita ibarat di bilik sebelah. Cuma sakaratulmaut yang menjadi pemisah ibarat dinding…serentak saya bertanya pada diri, bilakah akan tiba saat saya dipanggil pulang dan digantikan dengan hamba Allah yang lain? Hakikatnya bersediakah saya untuk berjumpa tuhan??? Jawapannya mengecewakan…saat tuhan bertanya “Alastu birabbikum?” lantas kita menjawab “Bala”. Tapi kita kadang-kadang lupa pada tuhan…terlalu seronok dengan dunia. Ya Allah, terasa diri begitu hina. Terbaca saya akan sebuah buku yang sangat memberi tamparan, sepakan dan pukulan kuat tepat mengenai muka saya.

Kata-kata imam Nawawi Rahimahullah…
Karz Bin Wahbah mengkhatamkan Quran empat kali pada malam hari dan empat kali pada siang hari. Ibn Idris pernah mengkhatamkan Quran di rumahnya sebanyak 4000 kali. Imam Syafi’e mengkhatamkan Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali dan Imam Bukhari sebanyak 30kali. Imam Ahmad mengerjakan solat sunat dalam satu hari sebanyak 300 rakaat. Atha’ Bin Abi Rabah tidur di masjid sebanyak 30 tahun untuk mencari Ilmu…Subhanallah…Subhanallah…


Mereka ini insan biasa seperti kita. Namun kita tidak mampu menjadi diri mereka Mengapa??? Tanyalah diri, soallah hati. Untuk dijadikan alasan kita boleh mengatakan bahwa zaman kita dan mereka berbeza… kita sibuk dengan kelas, persatuan, usrah, program dan lain-lain. Mana sempat untuk khatamkan quran sebanyak itu? Ya, kita betul. Tapi adakah dengan menggunakan alasan ini kita berjaya sekurang kurangnya khatamkan quran sebulan sekali??? Solat sunat awwabin setiap hari? Payah! Jadi jika di bulan Ramadhan ini pun kita tak mampu mengkhatamkan quran walau sekali, malulah pada semut, malulah pada burung, malulah pada pokok….malulah pada Tuhan. Apalagi wahai syabab dan fatayat…lets challenge ourselves!!! Moga kita sempat membuat bekal sebelum berjumpa tuhan. moga kita mati seperti para mujahid dan pejuang islam. setiap yang hidup pasti akan mati!!!
























Kubur Sultan Salahuddin Al-Ayyubi






















Kubur Saidina Bilal Bin Rabah